Bab 18

289 19 0
                                    

"Ish, apa yang aku dah buat ni ?"

Bibir diketap geram selepas menuturkan penyesalan yang tidak dapat diundur. Akalnya saling berperang dengan si hati tak habis mengingatkan jawapan yang diberi pada lelaki itu. Muka ditekap pada bantal sebelum dia menjerit kuat. Nasib baiklah kedua-dua kawan sebiliknya ada kelas, kalau tahu mahu dianggap si Fina ni psiko. Dia duduk bersila semula.

"Haish, macam mana kalau satu saat nanti, hati dia, dan mungkin hati aku berubah ? Ish aku menyesal sebab balas macam tu. Menyesal ! "

"Menyesal pasal apa ni beb?" soal satu suara. Afina tersentak sambil kepala dipaling ke arah pintu sebelum menghela nafas lega. Nasib baik suara manusia, bukan benda lain.

"Ish kau ni, buat terkejut aku je. Yang terjengul kat pintu tu kenapa ? Masuklah. Tapi, bagi salam dulu." Amira tersengih mendengar bebelan Afina sambil menanggal selipar dan menutup pintu.

"Assalamualaikum. Kau yang tak dengar aku ketuk pintu. Berangan tak habis lagi pasal sir. Eh, kau tahu tak dia last kat sini minggu ni?" soalnya dan duduk berhadapan sang teman.

"Waalaikummussalam. Ya, aku tahu," balas Afina malas sambil bersandar di kepala katil. Amira mencebik.

"Amboi bunyi macam tak kisah je."

"Buat apa kisah pasal dia. Bukannya dapat apa-apa pun."

"Habis tu kau jumpa dia semalam bawah pokok tak ada apa-apa lagi? Pergi toilet konon lama macam tu. Cemni lah kawan," balasnya acah-acah merajuk. Afina duduk tegak. Aduhai cepatnyalah informasi tersebar.

"Alaa Mira, sorrylah. Aku memang pergi toilet, pastu pergi kat pokok tu supaya aku tak terserempak dengan dia. Tup tup dia pulak yang datang tegur." Afina buat muka kesian.

"Haih yelah sahabat oi. Tapi kau kena cerita dengan aku apa yang korang sembang kat situ. Jujur." Afina teguk air liur.

"No offense ? No hard feeling, okay ?" soal Afina, takut Amira masih simpan perasaan pada lelaki itu.

"Okay." Amira tunjuk tiga jari. Nafas dihela perlahan oleh Afina.

"Sebenarnya, semalam dia cakap pasal dia nak quit sebab nak sambung master kat London for 2 years."

"Okay, then?"

"Then, he asked me for not accepting any other men, and wait for  him for 2 years. Once he come back from London soon, dia nak datang pinang aku."

"Wh...what, wow seriously?" balas Amira seakan tak percaya. Afina sekadar mengangguk.

"Pastu kau cakap apa babe kat dia? Cepat weyh, aku tak sabar ni." Mata Amira bersinar teruja.

"Nothing." Afina sekadar mengangkat bahu.

"Tipuuu ! Alaa, cepatlah cakap," rayu Amira. Afina tersengih sebelum mengetap bibir.

"Aku balas, 'Okay, maximum three years or never.'"

"Waaaaaa ! So sweet. Aku restu Fina, aku restu," balasnya teruja sambil menghulur tangan.

"Apa ni?" soal Afina, memandang pelik huluan tangan Amira. Amira menarik tangan Afina dan paksa dia untuk bersalaman.

"Salam tanda aku merestui dan ucap tahniah untuk kau. Tak sabarnya aku nak makan nasi minyak!" Afina sekadar menggeleng, menarik kembali tangannya.

"Tak payah nak berangan lebih-lebih. Sekarang ni aku tengah menyesal kenapa aku tak reject je dia semalam." Riak wajah Amira bertukar apabila mendengar ayat tersebut.

"Lah, buat apa nak reject kalau kau pun suka dia?"

"Tak aku baru terfikir tadi, what if after 2 years yang aku duk tunggu dia ni, dia dah ada orang lain? Pastu aku fikir, aku kan a step towards changing myself, why was I agreed with his words yang akan buat aku jadi lagha, duk teringat dia semua tu? Haih." Amira mengangguk memahami.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now