Bab 8

304 21 4
                                    

"Eh, bukan anak saya. Anak cousin saya, Cuma dah biasa dipanggil papa." Afina tersenyum memandang lelaki itu. Cet, terkejut beruk aku dibuatnya kalau betul dia dah kahwin. Melepaslah nanti. Haip Afina  Kata nak  jaga hati?

"By the way, saya nak berterima kasih sangat pada awak sebab bawa Fea kat sini. Macam nak pengsan saya cari dia tadi!" ujar Iman lagi, membalas senyuman Afina. Afina mengawal hati yang sudah lama berdebar.

"Tak ada apa lah. Kebetulan tadi kat kedai buku, nampak dia menangis sorang-sorang. Dia nakkan belon kat sana tu," balasnya. Iman mengangguk. Raut wajah itu mula diingati dan disimpan eok dalam galeri mindanya. Terhutang budi.

"Lah ye ke? Why don't you tell me earlier cutie? About the balloon?" soalnya pada Sofea.

"Sorry papa Im. It was my fault," balasnya menunduk. Iman mengangkat dagunya.

"Hey, no its okay. It was my fault too. Now, just be happy okay? I will always be at your side." Dia memeluk Sofea untuk beberapa saat. Afina makin tersentuh melihat keakraban dan kasih sayang Iman terhadap anak kecil itu.

Adakah seperti itu juga jika Iman melayan anak kami? Eh, apa ni. Afina menggeleng kejap. Teringatkan azam yang sudah terpahat. Dia ingin laju meninggalkan mereka.

"Fina! Weyh, kau pergi mana? Puas aku cari!" jerit seseorang mematikan niatnya. Iman turut memandang Amira yang datang mendekat.

"Sorry, ni tadi aku tolong anak cousin Asy.. eh sir Iman yang sesat," balasnya. Fuh, hampir terlepas panggilan yang sudah terbiasa dipanggil oleh dirinya sendiri. Amira tersentak memandang pensyarah aka crushnya lantas berdehem.

"Eh, Sir Iman. Comelnya your niece!" ujarnya mencuit pipi Sofea. Sofea yang tidak memahami hanya tersenyum.

"Eh, you both kenal saya? Sekolah atau u?" soalnya. Yalah, manalah tahu ni bekas pelajar sekolahnya dahulu. Afina jadi cemas. Dia tak nak Amira memperkenalkan mereka.

"Mira, jom..."

"Ish Sir ni, apa pulak sekolah. Sir kan ajar kami subjek math kat UKM. Saya Amira Insyirah, ni Afina Zalikha." Afina mengeluh. Cis, tak sempat nak mencelah sahabatnya yang terlebih ramah ini. Iman memandang Afina lama. Gaya pemakaian dan sopannya...

"Oh awak anak uncle Zamani, Zulaikha?" Iman meminta kepastian. Dia tersenyum girang. Bersyukur kerana yang menyelamatkan anak sepupunya adalah anak kenalannya sendiri. Senanglah kalau terjumpa lagi ke. Eh okay, Iman please behave. Wajah Afina yang seperti cacing kepanasan itu dipandang.

"Erm, ha ah ya. But correction, Zaaaalikha. Tak apalah lain kali kita jumpa lagi. Mira..."

"Eh, sayangku Afina!" ujar seseorang sekali lagi mematikan hasratnya. Empat pasang mata itu termasuk Sofea memandang aneh kepada dua orang lelaki yang menghampiri mereka. Lebih-lebih lagi yang sedang tersengih memandang Afina. Senyuman Iman mati. Sa...sayang ?

"Jodoh kita kuatlah. Sayang buat apa kat sini?"

*************************

"Ish, geramnya aku!" Afina membentak saat mereka tiba di kolej kediaman. Pintu bilik masih belum dibuka, kerana mahu melepaskan geram bersama Amira, lagipun mereka tidak sebilik.

"Aku pun rasa macam nak cili je mulut dia tu," balas Amira.

"Tak, masalahnya dia nampak kan sir Iman ada kat situ? Ish apa pulak dia fikir aku ni nanti." Rasa macam nak menjerit je.

"Aku pun perasan muka sir sebelum dia blah tadi. Aku pun tak faham kenapa Danial tu tak serik lagi." Amira menggeleng. Doakan jelah supaya pintu hati dia terbuka. Afina mengetap bibir. Sabar, sabar. Jangan terlalu ikutkan perasaan amarah tu.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now