Bab 12

293 17 1
                                    

Pintu bilik ditutup rapat lalu beg laptopnya diletakkan di atas kerusi tepi meja solek. Perlahan tubuh direbahkan atas katil tanpa menukar baju terlebih dahulu. Penatnya menjadi pensyarah, lagi-lagi bila kelas ada memanjang. Tidak mengapalah, dapat juga dia merasa jadi pensyarah. Pengalaman berharga. Perlahan dia bangun dengan malas, dan duduk. Teringat sesuatu, dia mengeluarkan dari koceknya, tasbih itu.

"Tak lain, dan tak bukan. Ini memang tasbih yang aku bagi dekat uncle hari tu," ujarnya sendiri. Urut dagu sambil berfikir.

"Tapi, kenapa dia bawa tasbih ni ? Kalau iya pun uncle bagi, kenapa dia tak simpan kat tempat lain? Lagi pun, beg tu, mesti dia bawa hari-hari kan. Takkan lah..."

Gelengan sebentar. Tak nak perasan lebih. Fokus pada pangkal utama, dan tolak perihal perasaan.

"Tapi, ayat tu..."

Dia bangun menuju ke kerusi. Zip beg laptopnya dibuka lalu mencapai buku berwarna maroon tersebut. Dia menyelak seperti siang tadi, dan berhenti pada muka surat yang sama. Ada sedikit jadual, dan nama subjek serta pensyarah yang mengajar. Tulisan yang tidak berapa kemas itu ditatap dengan dahi berkerut.

Matematik ~ Professor Ilyana

diganti sementara oleh si dia yang sudah lama aku tak jumpa, dan tak nak jumpa pun. Bantu aku untuk bertahan dan memendam ya Allah.

"Si dia? It is me right, aku yang mengajar dia? And through the sentences, dia dah kenal aku lama. Dan tak nak jumpa aku lagi? Tapi kenapa?" Iman mengeluh.

"Dan, apa yang dia tahan dan pendam? Aduh, sakit pulak kepala ni." Persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan dia pening sedikit, apabila dia memaksa mindanya untuk mengingat namun tidak mampu. Tasbih itu digenggam. Tekad. Jika dia orangnya yang mampu membantu.

"Ya, mungkin dia. Aku kena jumpa dia."

********************

Azan yang berkumandang menyejukkan hati yang masih berduka. Perlahan dia melangkah ke bilik air, untuk mengambil wudhu'. Sungguhlah, wudhu itu juga meredakan hatinya yang gusar tadi. Senyuman ikhlas terukir lalu membentang sejadah. Telekung dipakai dan dia mula khusyuk menunaikan solat fardhu Maghrib, mengabdikan diri pada yang Esa.

Usai solat, dia mencapai beg telekungnya. Tasbih dicari untuk memudahkannya membaca wirid solat dan berzikir. 33 kali zikir Subhanallah, Alhamdulillah serta Allahuakbar lazim diratib bersama tasbih selepas membaca Ayatul Kursi. Puas diselongkar begnya, namun tiada. Hati mula rasa tak tenang. Lalu, beg kuliahnya pula diselongkar. Tiada juga. Dia duduk semula. Allahu akbar. Terdetik di hati. Bahawa mungkin itu petanda Allah menyuruhnya cepat-cepat melupakan perasaan terhadap lelaki itu.

"Astaghfirullahal'azim." Istighfar diucap apabila dia terlampau risau. Dia takut jika dia terlalu mengharap. Tak mengapalah jika tiada tasbih tersebut pun, meski terkilan sedikit. Setelah hatinya sedikit tenang, dia menyambung berzikir dan menggunakan jemarinya untuk menghitung. Lebih afhdal. Tangan ditadah, matanya ditutup.

"Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Aku mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepadaMu kerana masih memberikan aku peluang dan nikmat kehidupan ini. Kau ampunilah dosaku, ibuku, ayahku, adik-beradikku serta seluruh keluargaku dan sahabat-sahabatku. Permudahkanlah tiap-tiap urusan kami, ya Allah.

Ya Allah, bantu aku. Tolong aku untuk membuang perasaan tidak halal ini. Agar aku dapat memahat dan menyulam cinta halal ku kepadaMu ya Allah. Kau jauhkanlah aku daripada dia yang aku pernah dan masih cinta, agar Kau dapat aku dekati dan rapati. Aku mohon padaMu. Jika itu yang sebaiknya. Dan berikan aku jodoh yang terbaik, dan diredhai olehMu. Aamiin."

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now