Bab 7

314 21 7
                                    


"Weyh, sir Iman weyh!" ujar Amira teruja. Afina menjulingkan matanya ke atas.

"So what?" Dia sedang berusaha.

Berusaha mengawal perasaannya agar tidak teruja apabila melihat lelaki itu.

Berusaha untuk berpura-pura tidak mengambil berat tentang dia lagi.

Dan berusaha sepenuh hati untuk melupakan segalanya tentang Iman Asyraf.

Ya, meski sukar.

"So, kau tak pelik ke tiba-tiba dia datang café ni? Yelah biasanya kan lecturer pergi café kat bahagian dalam, most of the lecturers pun pergi sana," balasnya. Mata masih tidak dikalihkan.

"Alaa suka hati dial ah. Maybe penuh kot kat dalam tu," ujarnya malas.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia tarik Amira pergi dari situ.

Tak pun dia seorang yang pergi dari situ.

Tapi nanti ada kepelikan pula di situ.

Haih pasrah je lah di sini dan di situ.

"Fina, dia dah beli makananlah. Aku sure lepas ni dia nak order air. Aku rasa, hmm dia mesti akan order milo ais kan? Kau rasa?"

"Teh ais." Dia yakin dia betul. Jom throwback sikit.


"Leesha, kau tahu tak Asyraf suka makan apa? Macam kek ke? Boleh aku bagi birthday dia nanti," ujar Fina teruja.

"Aku macam pernah dengar dia cakap dia suka macam kek chocolate cheese. Tapi tak sure sangat," balas Aleesha.

"Oh ya ke? Habis apa lagi yang kau tahu pasal dia?" soalnya. Kebetulan pada waktu itu Iman dan rakan-rakannya baru selesai latihan bola sepak dan menyerbu kantin untuk membeli air.

"Hah kau dengar baik-baik dia order apa. Mesti teh ais." Afina dan Aleesha sama-sama menunggu.

"Kak, teh ais satu!" Suara Iman kedengaran.

"Wah, hebatlah kau!"


"Wah, hebatlah kau! Macam mana kau tahu?" soal Amira teruja. Iman kelihatan menyisip straw dari bungkusan teh aisnya. Afina hanya mengangkat bahu.

'I know everything about him, Mira.'

**********************

"Iman!"

Iman yang sedang ralit menelek handphonenya di bilik tersentak. Pantas langkahnya laju keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Ya ummi?" soalnya lantas melabuhkan punggung dan menghadiahkan senyuman buat keluarga Rayyan di situ. Sofea yang terlihatkan dia terus datang kepadanya.

"Papa Im! Mama make my hair curly. Is it beauty?" soalnya. Iman tersenyum sambil tangannya menyentuh dendanan yang dibuat oleh Ariana. Ariana hanya tersenyum.

"You are always beautiful, cutie." Iman mencuit pipi si kecil itu. Tubuh itu diangkat dan diletakkan ke ribaya lantas memandang umminya semula.

"Ni ummi nak bagitahu, semalam ummi keluar dengan kawan ummi, dia kata anak perempuan dia still single. Ummi ingat nak kenalkan pada Im." Ujaran tersebut mematikan senyuman Iman. Keluhan terbit. Dan perlahan Rayyan mengajak Ariana berlalu ke bilik, takut mengganggu privasi.

"Ummi, tak boleh ke Im nak tolerate sikit dengan ummi? Please, let me find myself. Iman nak cari orang yang Iman sayang, bukan yang ummi sayang." Penuh sopan Iman menutur kata. Walau apa pun di hadapannya itu tetap umminya.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now