Bab 16

290 22 5
                                    

Sudah hampir dua minggu berlalu sejak kejadian itu. Afina mengeluh memandang sekeliling. Bayang-bayang Iman langsung tak kelihatan, seiringan setiap kelas matematiknya dibatalkan. Amira pula? Ada lah sekali dua ternampak, itu pun buat-buat tak nampak dirinya. Kenapa tiba-tiba keadaan ini berlaku? Mengapa mesti muncul ujian ini, hanya disebabkan seorang lelaki?

Menggeleng lagi. Dia pasrah kini. Malas nak fikir lama-lama. Ada baiknya ummi Iman menghalang anaknya untuk berjumpa dengan dia lagi. Mudah sikit nak lupakan dia. Lagi pun, dia semakin yakin bahawa rasa yang pernah bertapak dalam hatinya untuk lelaki itu, semakin pudar, dan rasa kosong. Semakin hari, hati itu terus tetap ingin mengingati Allah, meski kadang lalai dan alpa ada mencelah, meski kadang bisikan syaitan ada mengganggu. Tapi dia tetap cuba dan cuba. Mungkin inilah namanya dugaan, dalam cubaannya berhijrah.

"Kak Fina!" panggil seseorang. Afina yang masih termenung di bangku itu tersentak. Pantas dia berpaling, melihat wajah gerangan yang datang menghampirinya itu.

"Ya Qira, ada apa ni?" soalnya sambil tersenyum pada juniornya di universiti itu. Qira di hadapannya membalas senyumannya, lalu menghulurkan sesuatu.

"Ada orang kirim kat akak." Dengan dahi berkerut, dia mengambil kotak kecil berbalut kertas hadiah itu.

"Siapa yang kirim?" soal Afina. Qira tersengih.

"Akak bukalah hadiah tu, nanti akak tahu. Dia kirim salam jugak tau. I've got to go. Assalamualaikum," balas Qira kemudian cepat berlalu pergi.

"Err...waalaikummussalam." Tak sempat nak cakap apa-apa, dah pergi. Haih. Afina memandang semula kotak itu. Dengan penuh rasa curiga, dia membuka balutan tersebut dan penutup kotak itu. Sinaran dari dalam kotak itu membuatkannya tergamam.

"Subhanallah."

Reaksi yang sama pada saat dia melihat kiriman tasbih dari lelaki itu tempoh hari. Cuma hadiah kali ini, lebih cantik dari yang tempoh hari. Dengan senyuman terukir di bibir, dia mengambil tasbih yang sangat cantik dan unik itu, dan membelek seketika. Cantiknya... Tapi, adakah dia yang kirim hadiah ni? Dan dahinya mula berkerut. Enggan melayan rasa hati yang sudah mula terbuai tadi, dia meletakkan semula tasbih tersebut. Cebisan kertas yang baru dia perasan, diambil, dan dibuka lipatannya.

*Tanda terima kasih kerana sudi membantu saya untuk ingat semula, meski bukan semuanya. Ikhlas dari saya untuk Zalikha, dan harap sudi terima. Jumpa lagi, dengan izinNya. -Iman Asyraf

Pantas diletakkan semula kertas itu dengan wajah memerah. Malu bercampur geram. Hati mula rasa berdebar bagai nak gila. Baru sahaja tadi, dia rasa yakin bahawa dia hampir berjaya melupakan lelaki ini, lantas ini apa pula ? Bukan ke ummi dia ada bagi amaran supaya tak berhubungan lagi dengannya ? Lagipun, dia kan sudah mula untuk ada ikatan dengan Amira ? Haish, pening-pening. Tekad, dia nak pulangkan hadiah itu. Pantas, dia bangun dan berpaling ke belakang.

"Aku tahu, kau suka dia Fina."

Afina terkejut memandang wajah itu. Wajah yang kini sedang memandang sinis kepadanya. Wajah yang dia rindu nak tatap hampir seminggu ini.

"Tak Mira, kau tak tahu apa-apa," balasnya mengalih pandangan. Takut Amira tahu bahawa dia berdusta.

"And you know what? He do love you, too." Afina memandangnya, terkejut dengan ujaran sahabatnya itu. Seketika dia tersenyum tawar.

"Kau tak payah nak buat lawak hambar lah, Mira. Dah lah, aku ada hal ni," balasnya cuba melarikan diri.

"Aku bencikan kau Afina, sebab kau tak pernah nak jujur dengan aku." Dan langkah yang baru diatur, terhenti. Perlahan mengangkat muka.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now