Bab 4

322 24 3
                                    


"Tengok cerita apa tu?"

"Ni, Ketupat Palas Mr Handsome. Ada Fattah Amin!" balas Farah teruja. Iman hanya tersengih melabuhkan punggung, menyertai umminya dan Farah di ruang tamu.

"Lambat turun?" tegur umminya. Iman tersenyum.

"Tu lah, pukul 8 tadi baru sampai rumah. Sebab tadi masa on the way balik terjumpa dengan uncle Zamani, katanya kawan arwah walid. Ummi kenal?" soalnya. Dahi Puan Ummi berlipat.

"Zamani, entahlah, dah lama sangat, ummi tak ingat. Hah, tadi maksu nak jumpa kenapa?" soalnya. Farah melihat abangnya sekilas sebelum dia khusyuk memandang televisyen yang baru habis iklannya.

"Sebelum tu, maksu kirim salam kat ummi, dengan Farah. Dan kalau Iman nak cakap ni, harap ummi boleh terima, ya." Iman berhati-hati menyusun ayat. Meski dia yakin, umminya tidak setuju.

"Waalaika waalahassalam. Apa dia tu?" soal wanita itu. Farah mula tidak fokus, dan menanti bicara abangnya.

"Ummi tahu kan maksu dah tunggu hari untuk melahirkan, so dia minta Iman untuk replace..."

"Ummi tak setuju." Suaranya mendatar. Farah sudah mengagak respon ibunya. Dia pura-pura tidak masuk campur.

"Ummi, just three months then Iman janji akan sambung master terus. Please," rayunya.

"No way. Hari tu kan Iman dah janji dengan ummi masa mengajar kat sekolah tu. I gave you the chance and now you want me to allow you to break your promise? Tahu tak janji tu kena ditepati?" Iman mengeluh.

"Tahu, and I'm so sorry. Tapi Iman kesian dengan maksu, lagipun lect kat sana tak cukup. I won't be busy sebab ajar subject math je. Please..." Iman buat muka kesian. Puan Ummi mengeluh dan dia teringat sesuatu.

"Okay fine." Iman tersenyum lebar. Farah jadi pelik. Ni mesti ada apa-apa ni.

"Tapi ummi akan tentukan future wife Iman."

"What?!" Iman dan Farah dua-dua terkejut.

"So, you choose. Sama ada nak terus sambung master, or I'll choose your spouse."

***************

Iman merenung siling biliknya yang putih bersih itu. Keputusan yang sukar untuk dia pilih. Kenapa ummi sanggup buat macam tu sekali? Ah, serabut. Tapi dia memang betul-betul nak gantikan maksunya sebab teringat muka ibu saudaranya yang merayu itu. Alaa, nanti mesti ummi berlembut hati semula kan, dia menenangkan dirinya.

Badannya dibangunkan dan dia duduk di tepi katil. Bosan cuti-cuti ni. Terpandangkan kad di atas meja soleknya lantas dia capai. Zamani bin Razak. Telefonnya dicapai sebelum dia menyimpan nombor tersebut di dalam senarai kenalannya. Entah kenapa tangannya tiba-tiba terswipe ke kanan dan menelefon.

"Eh, alamak aku tercall pulak!" ujarnya sendiri. Menyedari hal itu dia hampir sahaja terjatuhkan handphone nya itu. Jarinya baru ingin menekan butang merah, namun malangnya talian telah disambungkan. Aduhai, Iman Asyraf oi.

"Hello, hello?" soal si pemanggil.

"Err... assalamualaikum, uncle," ujarnya ragu. Aduh, aku nak cakap apa ni.

"Waalaikummussalam. Maaf ni siapa?"

"Err ni saya, Iman, anak arwah Arman." Dia menggaru kepalanya.

"Oh Iman. Hah ada apa call uncle ni?" soal Encik Zamani. Suratkhabar di pegangannya diletak atas meja.

"Saya err saya nak tanya, uncle apa khabar?" Ish, apa aku merepek ni.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now