Bab 17

298 21 10
                                    

"Waalaikummussalam. Masuklah." Kedengaran pintu terbuka sebelum dia mengangkat muka. Tersenyum dia melihatkan gerangan yang memasuki biliknya itu.

"Sebelum tu, saya minta maaf sebab kacau Sir," ujar Afina sebaik sahaja berada di hadapan meja lelaki itu. Dipandang sekilas meja yang kemas dan ada beberapa fail folio yang terbuka di hadapan lelaki itu sambil mengawal debar yang mula bertandang.

"Tak lah, saya tak buat apa pun. Ada apa nak jumpa saya? Rindu ke dah seminggu tak jumpa?" soal Iman selamba sambil menutup fail tersebut lalu matanya memandang wajah lembut milik Afina yang mula tertunduk dan memerah. Please, jangan buai hati yang mudah terjatuh ni.

"Tak, dan Sir, please jangan perasan. Saya datang ni nak minta maaf pasal hal tempoh hari, sampaikan buat Sir pengsan tu," balasnya jujur. Memandang wajah itu sekilas sebelum tunduk semula menekur meja.

"Miss Zalikha, it is not all your fault. Salah saya sebab saya yang beria nak ambil tahu tentang masa lalu saya. Saya yang patut sedar risiko sebab nak buat semua sendiri. And I should thank you for what you've done. Saya dah mula ingat masa kecil-kecil dengan Farah, pasal cikgu kat sekolah dan pasal kawan-kawan rapat saya. It is just not enough to pay your kindness."

"Alhamdulillah kalau macam tu. Ada satu benda saya nak beri sebenarnya. Ni no telefon Firdaus, kawan rapat Sir sepanjang sekolah dan saya pasti masa di UTP juga. Mungkin kalau Sir cuba minta tolong dia, Sir boleh ingat pula pasal zaman universiti dan tentang kejadian kemalangan tu. Cuma saya tak pasti dia guna lagi nombor ni ataupun tak, sebab lama dah nombor ni." Sekeping kertas yang dicatit 10 angka tersebut diletakkan atas meja itu. Seingatnya dia dapat nombor tu dari sekolah lagi. Iman di hadapan, tersentak. This girl is really something.

"Sure, I will call him sooner. Thanks again. Banyak sangat yang awak tahu tentang saya sampai saya sangat terharu dan tak tahu nak cakap apa. Thats why saya bagi tasbih tu, dan harap awak sudi simpan." Iman mengingatkannya tentang hadiah tersebut.

"Oh ya. I am sorry but still saya tak mampu terima." Afina mengeluarkan kotak kecil itu dari dalam beg dan diletakkan di atas meja Iman.

"But why?"

"Sebab ... sebab saya..." Dia menggantung ayat tak tahu nak bagi sebab apa.

"Sebab awak nak buang saya dari hati awak?" soal lelaki itu membuatkan Afina lantas mengangkat wajah.

"Ma...mana Sir tahu..."

"I just know it. But don't you ever pretend macam awak tak ada apa-apa perasaan pada saya. It does hurt me too. Please Zalikha, even if you really want to forget me, please just keep this. Saya ikhlas nak bagi pada awak," balasnya pantas. Afina mengeluh sebelum menggeleng.

"Masalahnya Sir takkan pernah faham. Saya ada sebab sendiri kenapa saya patut tolak pemberian ni. I just don't wanna it messing up with my mind and heart. Saya sedang mencuba, untuk berubah," balasnya lembut tapi tegas. Iman tersentak, perlahan wajah ditundukkan. Sedar, dia terlalu gelojoh, hingga dia sendiri jatuh dalam kealpaan menjaga ikhtilat dan hati.

"Baiklah kalau macam tu. Terpulang pada awak sama ada nak simpan atau tak. Saya minta maaf kalau terlalu memaksa," balasnya akur dengan permintaan si gadis. Afina mengangguk, lalu ingin beredar. Hati membentak ingin mengambil semula kotak itu, namun dia berpaling dan melangkah.

"Dan terima kasih, sebab tolong sedarkan saya," ujar Iman membuatkan Afina berhenti melangkah. Dia menggaru kepala yang dibaluti tudung.

"Saya sebenarnya, tak nak jadi buruk siku. Tapi, saya tak mampu nak tahan keinginan hati," Perlahan dia berpaling dan melangkah ke meja Iman semula. Kotak itu dicapai. "Saya akan simpan sebagai hadiah, terima kasih, Sir." Pantas dia berjalan keluar, membuatkan Iman termangu. Namun kemudian dia tersenyum.

Ku Titipkan Rasa Rindu (ON HOLD)Where stories live. Discover now