Part 1

16.5K 336 4
                                    

Namaku Kyra Erina dan baru lepas SPM . Sijil SPM aku boleh dikatakan lepas-lepas nyawa ikan . Dalam keluarga aku boleh dikatakan aku paling teruk tetapi aku paling disayangi . Selepas beberapa minggu aku mencari kerja akhirnya dapat juga walaupun tak setanding dengan kakak dan abang² yang lain .

Aku mendapat kerja di sebuah pasar raya berdekatan dan harini hari pertama aku kerja . Saat kaki aku mula melangkah masuk ke kawasan tempat kerja , aku terasa seseorang telah melanggar aku . Kaki aku tidak sempat untuk berpijak di bumi yang nyata dan turut merasakan tidak lama lagi aku akan jatuh .

"Cik , are you okey ? ", suara yang tidak aku kenali menyapa gegendang telingaku . Segera aku membuka mata dan terlihat muka seseorang yang aku tidak kenali dan yang pasti juga dia yang telah memelukku disaat aku hendak jatuh tadi .

'Ya Allah tampannya dia . Mengapa hati aku rasa lain macam ni ? ' , kataku dalam hati .

"Cik , awak okey ? ", dia melepaskan aku saat dia mengulang kembali persoalannya .

"Yes , yes . Saya okey ." , jawabku dengan teragap²

"Saya minta maaf . Anyway , nama saya Hisyam . Hisyam Zufairi bin Zuqrish . And you ?"

"Saya? Hrmm , nama ... naa ... ma ... sa ... say ... saya "

"Syam cepat la . Kau ingat lunch hour kita lama ke ? Woi , cepat la sikit !" , bunyi laungan seorang lelaki di depan kedai makan .

"Yer , kejap . Anyway this is my card . Ada kat mana² cedera , just call me okey.", selepas habisnya berkata² , si dia terus berlalu pergi .

"Hisyam Zufairi , pengawai bank . Hrmm , nice name and work . Anyway Erina , kau jangan berangan sangat . Dia tu pengawai bank , kau tu promoter perfume jer . Manala dia nak . Wait apa yang aku melalut ni . " pipiku ditampar lembut. Aku hanya melihat susut badan si dia yang berlalu pergi.

Dua hari dah berlalu dari kejadian haritu . Dan minda ini tak habis² teringat akan dia . Apa kena dengan kau ni Erina ? Bisikku perlahan.

"Rina waktu kerja kau sampai petang ke ?" Ida rakan tempat kerja yang merangkap sahabat aku .

"Ha'ah , asal ?"

"Jom ah pergi lunch nga aku. Aku belanja."

"Aku on jer. Jom !"

Tibanya waktu rehat, kami memilih untuk makan di KFC memandangkan hanya KFC yang satu tingkat dengan kawasan tempat kerja kami. Berbanding food court yang memerlukan kami untuk turun ke tingkat bawah.

"Kita nak duk mana ni ?", aku melihat sekeliling sambil tenjengket² untuk mencari tempat duduk . Almaklumla aku ni boleh dikategori seorang yang kecil dan pendek. 152cm dikira pendekkan?

"Cari la dulu ." kata Ida sambil melilau mencari tempat duduk tanpa perlu jengketkan kakinya. Hrmm untung tinggi.

"Kita pergi food court la . Luas sikit . Sini sempit la ." Memandangkan sekarang waktu lunch jadi sedikit sesak pula kawasan KFC ni .

"Hah , tu ada orang bangun dah . Cepat² sebelum orang lain duduk." Jeritku saat terlihat ada orang yang mahu meninggalkan meja .

Saat sampai di meja, aku dan Ida baru sahaja ingin menarik kerusi namun ada yang terlebih pantas menarik kerusi di depan kami dan duduk disitu.

"Woi apa ni ? Kami yang sampai dulu ." Jerit Ida kepada seorang lelaki.

"Siapa cepat letak makanan atas meja dia ah menang. Lagipun aku dah duduk." Jawab mamat yang muka seposen tu . Wait mengapa aku rasa macam pernah tengok muka mamat ni .

"Apasal tak makan lagi ni ?" Muncul pula suatu suara yang lain .

"Ni hah minah ni terjerit² kat aku . Nak berebut meja katanya." Kata mamat tu sambil menunjuk² kearah Ida .

Aku cuba mengangkat kepalaku sedikit dari belakang Ida . Dan melihat figura itu membuatkan aku tergamam.

"Awak ?" Jeritku dengan nada terkejut .

"Awak? Tak sangka kita berjumpa lagi." Senyumnya manis

"Ehem² ." Kebunyian deheman dua orang yang setia melihat gelagat aku dan si dia.

"Ermmm" gumam dia perlahan.

Aku memandang Ida dan rakannya silih berganti, haish si dia ni takkan nak senyap. Tak nampak ke dua orang ni dah nak macam makan orang.

"Oh , ni Hisyam . Alaa yang aku cakap aku ada terlanggar orang tu." terangku kepada Ida .

"Whatever la . Aku tak kisah , apa²pun ini meja ana yang punya" kata mamat poyo tu lagi sambil menjeling Ida

Haish aku ingat dah habis dah hal meja ni, rupanya belum.

Aku melihat Ida yang dah mula nak lipat lengan bajunya . Hai nampaknya gunung berapi dah nak meletup . Senyum ku kecil.

"Ermm apakata kalau kita kongsi meja. Lagipun meja ni muat untuk 4 orang. Okey kan ? " cadang Hisyam

"Tapi...."

"Boleh juga tu." Sebelum dua orang ni berperang lagi baik aku beri kata putus .

Duduklah kami semua di meja itu. Aku duduk berhadapan Hisyam manakala Ida duduk di hadapan kawan Hisyam.

"Hrmm , haritu saya ada tanya nama awak kan? Tapi awak belum jawab lagi . Boleh kita mulakan semula ?" Tanya Hisyam kepadaku .

"Hah ? Mula ? Mula apa?" Tanyaku pelik .

"Haish , macam ni . Hai nama saya Hisyam dan ni kawan saya Fikri . And awak ? "

"Ohh . Saya Erina . Kyra Erina dan ini kawan saya Farida dan boleh panggil dia Ida "

"Korang berdua ni kerja apa?" Sampuk Fikri .

"Kami kerja..... " sebelum aku habis menjawab Ida menyampuk .

"Buta ke ? Bukan ke kalau pakaian macam kami ni kerjanya sebagai promoter." Aku menyiku tangan Ida. Terlebih ajar sangat minah ni. Kan ada perang dunia ketiga meletus.

"Apa?" Tanya Ida sambil mengosok tangan nya . Nak cakap ni walaupun badan aku ni kecil , siku aku boleh dikira tajam tau.

"Ha'ah kami kerja promoter perfume . Dalam supermarket ni jugak." Jawabku .

"Ooohhhhh"

Lepas aku menjawab soalan itu semua orang hanya tumpu kepada makanan memandangkan waktu rehat sudah hampir ke penghujung.

"Cepat ah Syam . Aku tak kuasa nak duk sini lama² nga minah gangster ni." Ajak Fikri memandangkan makanannya sudah habis .

"Weh mamat jamban tak siap . Kau ingat aku kuasa sangat. Ri , makanan kau dah habiskan ? Jom ah ." tanpa menjawab sepatahpun Ida terus menarik tanganku keluar dari KFC .

"Apa ni Fik ? Macam budak² . Cik Rina, Cik Rina tunggu jap." laung Hisyam kepadaku.

"Yer saya." Aku berhenti berjalan sesaat Hisyam sudah ada didepanku sambil mendepa tangan . Erk sekali tengok macam nak peluk .

"Haritu saya ada bagi nombor saya kat Cik Rina . Tapi Cik Rina tak mesej pun malah jauh sekali call . Boleh saya minta nombor Cik Rina ?" Kata Hisyam sambil tersenyum .

"Dah haritu En.Hisyam cakap kalau ada cedera baru call . Saya tiada cedera kat mana² so , saya tak call la. Hrmm jap." Aku mengambil keluar fon aku dari dalam poket . Inilah padahnya tak hafal nombor telefon sendiri.

"Terima kasih"

Aku hanya menjawab dengan senyuman dan saat aku sudah jauh dari dia tangan aku naik ke dada. Aah demi allah hati aku berdebar rancak.

'Ya Allah handsomenya saat dia senyum. Ya Allah andaikata dia jodoh ku dekat kan lah , andaikata bukan kau kuatkanlah aku saat dia hampir denganku.' Doa ku didalam hati .


Masa editkan Fa tak tipu Fa cakap why lah Fa buat satu² chapter tu pendek, I mean boleh jer kan gabungkan? MasyaAllah ponet den.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now