Part 15

7K 136 0
                                    

"Akhirnya habis jugak berpantang." Aku mengeliat sehabis mahu

"Boleh tak kamu tunjuk contoh yang baik sikit. Kamu tu dah jadi mak budak bukannya anak dara." Bebel umi

"Tak mengapa. Lagipun Haira baru tiga bulan lebih. Dia tak faham lagi apa yang Rina buat." Kata aku sambil bermain dengan Haira

Haira seorang anak yang baik bagi aku. Unur beberapa hari sudah pandai tersenyum apabila aku bermain dengannya.

Aku melihat wajah Haira. Tidak menafikan Haira mempunyai kulit putih seperti Hisyam malah bibir tebal juga sama. Bagi aku dan keluargaku Haira banyak mengikut muka Hisyam tapi aku tak kesah sebab aku boleh melepaskan rindu. Hahahah jahatnya aku

"Tengok tu orang tengah cakap boleh pulak dia mengelamun. Hei Kyra Erina." Umi menepuk kasar pehaku

"Aduhh. Sakit la umi." aku mengosok² tempat kenanya bom tangan itu

"Tu la mengelamun sangat sampaikan Haira hisap botol susu kosong tak perasan. Boleh kembung tau tak budak tu." Aku memalingkan mukaku kearah Haira

"Tiada pun"

"Yer la sebab umi dah ambil." Aku hanya senyum sumbing kearah umi

"Tu Ida dengan Fikri datang. Umi suruh diorang tunggu kat ruang tamu." Aku hanya menganggukkan kepala. Tudung disarung dan aku turut mengambil Haira untuk dibawa keluar kepada dua malaun tu

Sampai di ruang tamu, aku menyerahkan Haira kepada Fikri. Sekurang²nya rasa lah juga anak aku ada lelaki lain yang pegangnya selain abah dan abang²ku

"Kau nak kerja apa?" Soal Ida

"Entah la Ida."

"Haish aku tak tahulah mengapa dia susah nak percayakan kau Rina." Rungut Fikri

"Aku pun tak tahu Fik. Yang aku tahu aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang."

"Andaikata dia nak rujuk dengan kau macam mana?" Soalan Ida membuatkan aku teringat satu²nya peristiwa menyakitkan

"Kau dengar sini Rina. Suatu hari aku akan lepaskan kau juga so , tak payah meraih simpati aku." Kata Hisyam

"Kalau abang tak kasihankan Rina pun kasihankanlah anak ini bang." Aku memegang perutku

"Aku tetap boleh melawat dia walaupun kita tiada apa²."

Aku terkedu dengan perancangannya yang benar² mahu melepaskan aku

"Lagipun siapa mahukan perempuan talam dua muka macam kau. Aku perit Rina aku perit ditipu oleh kau." Selesai dia berkata dia keluar dari bilik kami

Aku jatuh terduduk atas lantai. Sakit dipinggang aku tidak hiraukan. Malah air mata yang turun hanyalah untuk kesedihan dalam hatiku

"Ya Allah apakah dugaan yang aku terima ni. Aku tak sanggup hidup bersamanya lagi." Itu menjadi tekad aku sejak haritu

"Weh kau dengar tak ni?" Ida menggoyangkan bahuku

"Dengar."

"So?"

"Entah la. Biar Allah yang menentukan. Aku reda jer." Aku memandang Haira yang sedang enak dibuai mimpi dalam pelukan Fikri

Maafkan ibu sayang. Ibu tak mampu mempertahankan keluarga kita.




"Cik Rina, bunga tulip ni nak letak mana ?" Cik rina? Yer aku dah kembali dari puan kepada cik. Itulah panggilanku untuk dalam masa lima tahun yang berlalu ini

"Letak kat sebelah bunga ros tu. Oh satu lagi tolong hantarkan bunga itu kepada customer eh?"

"Dah siap ke gubahan tu Cik?"

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now