Kling kling
Taman Tasik Titiwangsa. Selepas Asar okey . Pakai tracksuit sebab saya ingat nak ajak awak joging . Bye jumpa kat sana .
-Hisyam-Erk , ajak pergi date kat taman ? No class sungguh . Tapi kan Erina bila dia ajak kau date . Perasan sorang² jer kau ni. Erina tersenyum sendirian .
Lepas Asar ? Ni baru kul 12:24pm chill la Rina , awal lagi kut .
Solat zohor, tengok cerita, main fon semua dah buat. Ya Allah lambatnya masa berlalu. Aku baring atas katil kemudian mata aku lirikkan kearah jam diatas meja.
OMG dah pukul 4pm dah . Asar pukul berapa eh harini ? Tanpa berlengah Erina mendapatkan fon samsung nya lalu membuka aplikasi waktu solat . Asar pukul 4:32pm , ada 32minit lagi . Cari baju yang sesuai dulu la .
Semua T-Shirt dibawa keluarnya .
"Tak leh yang ni warna terang sangat."
"Yang ni pulak singkat sangat."
"Baju siapa pulak ni besar sangat ni?"
"Kalau yang ni nak padan dengan tudung mana pulak."
Pelbagai komen keluar dari mulut dan akhirnya dapat juga aku membuat pilihan .
Selepas mandi terus aku menunaikan solat Asar memandangkan waktu Asar sudah masuk .
"Wau , you look so gorgeous Erina . Hahahah sekali sekala angkat bakul sendiri tak salahkan ." Aku berdiri tegak di hadapan cermin yang panjang itu . Aku mengenakan tracksuit hitam , baju berlengan panjang berwarna blueblack dan tudung shawl berwarna biru muda.
Okey done. So lets go. Teriak kecilku lalu keluar dari bilik
"Umi abah kat mana?" Laungku saat menuruni tangga .
"Ni ha duk kat dapur."
"Umi abah , Na keluar dulu eh . Nak pergi joging kat Taman ."
"Kamu mimpi apa semalam ,Na ? Tak pernah² kamu pergi joging ." Tanya umi
"Biar la Mah oi . Daripada dia duk terperuk dalam bilik tu baik la dia keluar . Lagipun dia pergi joging ada faedahnya jugak. Nak pergi tu boleh Na tapi sebelum Maghrib Abah nak tengok kamu ada kat rumah . Faham ?" sampuk abah pula
"Faham Bah . Erina janji sebelum Maghrib Erina dah ada kat rumah . Thanks Abah . Saaaayang Abah ." Aku memeluk abah dengan erat sekali selepas melepaskan pelukan tu aku terus menyalami abah dan umi .
Yes , memang aku tak menafikan aku anak kesayangan abah . Sebab dari kecil lagi aku hanya turuti abah kemana sahaja berbanding adik beradik ku yang lain .
"Abang ni selalu manjakan Na tu . Sebab tu la dia tak sama macam yang lain." Komen umi.
"Abang rasa la Si Rina tu ada dua tangan , dua kaki sama jer macam yang lain." Jawab abah lalu bangun meninggalkan dapur .
Sesampainya aku di Taman Tasik Titiwangsa terus aku mencari kelibat dia . Saat aku tercari² seperti kucing hilang anak terasa ada orang menyentuh bahu aku .
"Chak aaa." Hisyam membuat gaya seperti sedang mengagah bayi .
"Arghh..." Jeritku . Uish siapa tak terkejut mak aiii , dia boleh pulak datang macam tu kat belakang aku. Bebelku , tapi dalam hati jer . Bukan tak berani tapi kawal perangai . Hahahah ...
Terkekeh² Hisyam mentertawakan aku .
"Ish dah la tu , Syam."
"Teruk sangat tu muka masa terkejut."katanya masih dengan sisa ketawa .
"Awak tak berhenti ketawa saya balik." malu kut ditertawakan , dah la orang lalu lalang duk tengok . Abahhhh mana Rina nak sembunyi ni .
"Okey² , saya berhenti." Amboi siap buat tangan seperti menyerah kat polis .
"Jom. Tapi kita mulakan dengan senaman dulu , okey ." Dia menarik lengan bajuku supaya berdiri dibahagian tepi laluan berjalan kaki.
Selepas membuat sedikit senaman aku dan dia mula berjoging . Selepas hampir satu round kami keliling taman ni kami sama² duduk diatas bangku .
"Awak selalu ke datang berjoging ?" Aku membetulkan sedikit ikatan kasut yang longgar .
"Adalah dua minggu sekali tu pun atas kerajinan saya . How about you ?"
"Saya? Hahahah. Kalau datang pun ada la sebulan sekali ataupun setahun sekali , hihihi. Tapi kalau datang pun sebab abang saya yang suruh teman dia." Terangku panjang lebar .
"Hrmm , awak tak nak cerita ke hal family awak?" Aik apasal tiba² dia tanya ni . Curious ni .
"Apa awak nak tahu ?" Tapi tak salah kan kalau aku bercerita sedikit sebanyak . Tak salah kut, tak salah kan? Kan?
"Anything about you." Hrmm apa² yer . Meh kita tengok apa yang aku akan cerita .
"Hrmm okey . Nama saya Kyra Erina..." Aku berhenti sejenak dan melihat muka Hisyam yang jelas tak puas hati .
"Hahahah okey² . Hrmm binti Khairi . Nama mak pula Esmah . Anak bongsu daripada 4 adik beradik . Dua abang satu kakak . Anak manja abah . Hrmm apa lagi eh ? Hah ! Belajar tak tinggi sangat , spm jer tu pun nyawa² ikan ."
"Macam mana pula dengan awak ?" Mana adilkan kalau dia sorang je yang bertanya .
"Nama ayah dah tahu kan ? So , nama mak saya Hasni . Anak pertama daripada 3. Mempunyai satu adik perempuan dan adik lelaki . Adik bongsu saya yang lelaki tu tak sihat sikit , emak alhamdulillah masih sihat."
"Ermm ayah awak?" Dia cakap emak dia je sihat ayah dia tak cakap pulak .
"Ohh , ermm ayah saya dah lama dah tiada . Masa saya sekolah menengah ." aku melihat muka dia sedikit berubah .
"Sorry." Aku tunduk sikit untuk melihat muka dia yang sedang menunduk .
"Eh tak mengapa. Saya okey jerlah ." Dia mengangkat kepala lalu tersenyum .
Banyak yang aku bualkan dengan dia tentang family,kerja dan macam² lagi la .
"Eh Hisyam dah pukul 6 lebih dah ni . Saya kena balik dulu , nanti abah saya marah pula." Kataku sambil melihat jam di pergelangan tangan .
"Jomlah , saya hantar awak ke kereta ." Sesampainya aku dan dia di tepi kereta aku membuatkan aku terasa tidak tahu hendak melakukan apa. Masuk kereta dan pergi macam tu? Tolong, first time ni aku bercinta bukan di alam persekolahan.
"Rina , thanks sebab sudi temankan saya . Saya rasa happy sangat dapat keluar dengan awak." Saat aku bergelut dengan perasaanku , Hisyam menuturkan kata²nya dengan senyuman manis.
"Hah ? Ermm sss...sama² ."Ya Allah Erina apesal kau gagap ni. Aku salahkan senyuman dia tu okey teman².
Aku masuk ke dalam kereta. Lambaian aku berikan sebelum startkan enjin kereta dan berlalu dari situ. Jam dashboard aku pandang. 10 minit lagi nak pukul tujuh, okey sekarang ni aku bukan sahaja baca doa naik kereta tapi doa sampai rumah sebelum maghrib. Kalau tak mati aku dikerjakan Encik Khairi.
Fuh ! Nasib baik baru pukul 7:38pm masa tibanya aku dirumah . Biarlah maghrib sudah lama berlalu. Apa²pun aku salahkan kesesakkan lalu lintas. Ye ke ada kesesakan lalu lintas tadi?
"Assalamualaikum umi abbb , aik ramainya." Aku terlihat abang² dan kakakku , ipar²ku dan anak saudara turut ada di disitu .
"Waalaikummussalam . Hah , balik pun . Abang ingat kau nak joging sampai subuh." Perli abangku yang ketiga
"Abah kata balik sebelum maghrib tapi kalau terlepas pun abah suruh balik." Aku menjelirkan lidahku .
"Emir , dah la tu . Rina baru jer pulang . Rina naik mandi , solat lepastu turun , okey ? Ada benda nak dibincang." Tegur Umi lembut .
"Baik umi . Rina naik dulu ."aku memukul tangan abang Emir lalu berlari naik ke atas .
Kalau korang ingat selepas habis satu bab mesti Fa macam komenkan? Okey yang tu pun Fa hapuskan sebab cringe sangat diri ni dulu :)) Apa²pun ada jer Fa biarkan, so abaikan kalau korang tengok cara Fa berbeza :-|
YOU ARE READING
Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]
RomanceKisah Kyra Erina dan Hisyam Zufairi yang kahwin atas perasaan dan hati masing² . Tiada siapa yang memaksa. Tetapi kehilangannya kepercayaan salah seorang terhadap seseorang membuatkan masjid yang mereka bina goyah . Adakah masjid mereka akan roboh a...