"Yeay² sampai dah." Haira menjerit keriangan apabila sampai di Sunway Lagoon
"Happy la ni?" Tanya Hisyam
"Happy! Tapi..." Wajah Haira kembali muram
"Tapi apa?"
"Kalau ada ibu lagi best."
"Siapa cakap ibu tiada." Aku munculkan diri antara dua beranak itu
"Yeay ibu datang." Haira meluru memeluk kakiku
"Dah² jom pergi mandi." Ajak Hisyam
Hisyam memberi barang yang dibawa kepada aku lalu mendukung Haira. Dari jauh kami bertiga seperti ahli keluarga yang sangat bahagia.
Setelah seharian suntuk kami bertiga menghabiskan masa bersama, Hisyam menghantar aku dan Haira pulang ke rumah abah dan umi. Haira di tempat duduk belakang tidur kepenatan.
"Thanks hantar sampai rumah." Aku tersenyum kearahnya
"My pleasure." Aku rasa nak pitam tengok senyumannya itu
"Hrmm Rina."
"Yer."
"Awak free tak esok?" Tanya Hisyam tetapi yang peliknya apasal dia tak tengok aku
"Insya-Allah free. Kenapa?"
"Saya ingat nak ajak awak pergi Taman Titiwangsa."
"Bawa Haira sekali ke?"
"Tengoklah kalau dia nak ikut." Aik apesal aku rasa pelik jer jawapannya. Macam tak kasi ikut jer
"Okey jumpa esok." Aku mendukung Haira dan masuk ke rumah.
Selepas solat isyak dan makan malam aku mengambil peluang untuk berehat di dalam bilik. Haira kembali tidur selepas kenyang. Penat sangat nampaknya tu.
Kling kling
As'salam. Rina esok jangan lupa tau. Oh lupa nak cakap , pukul 8 pagi eh?
-Hisyam-Apa kejadah mamat ni , pagi² buta nak keluar. Tak kerja ke dia esok?
Tak lupa pun. Tapi apesal awal pagi sangat , tak kerja ke awak?
-Erina-Esok saya minta EL.
-Hisyam-Mengapa awak minta EL?
-Erina-Ada benda saya perlu uruskan petang esok. Sebab tu saya nak jumpa awak pagi. Okey la awak , saya ada benda penting nak dilakukan. Okey bye. As'salam.
-Hisyam-Hrmm yer la. Wa'salam.
-Erina-Pelik pulak aku rasa nga mamat ni. Apa² jer la Hisyam baik aku tidur. Aku melihat Haira sekilas disebelahku sebelum dibuai lena yang panjang.
Akhirnya aku tiba jua di Taman Tasik Titiwangsa. Kelihatan tiada ramai pengunjung disitu memandangkan sekarang baru nak masuk pukul lapan pagi dan hari ini juga hari bekerja.
Aku melihat jam di pergelangan tangan.
"What dah pukul 8:15 pagi. Ah sudah, lambat dah la nampaknya." Aku lari seperti lipas kudung
Ni abang Emir punya pasal. Ada ke suruh aku hantar kat bus stop. Suruh naik kereta tak nak. Takut ada kesesakan lalu lintas la tu la ni la. Macam² cerewet macam perempuan.
"Sorry Syam saya lambat." Aku yang berada dihadapannya menarik nafas yang telah hilang sewaktu berlari ayam
"Tak apa. Jom." Dia menarik pergelangan tanganku. Berlapik okey.
YOU ARE READING
Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]
RomanceKisah Kyra Erina dan Hisyam Zufairi yang kahwin atas perasaan dan hati masing² . Tiada siapa yang memaksa. Tetapi kehilangannya kepercayaan salah seorang terhadap seseorang membuatkan masjid yang mereka bina goyah . Adakah masjid mereka akan roboh a...