Part 5

5.1K 155 1
                                    

"Che Su bangunnnn." Izzati mengoyangkan badan aku supaya bangun daripada tidur.

"Ish Zati ni . Harini Che Su kerja petang tau tak . So , bagi Che Su tidur puas² dulu." Rungutku . Haish budak ni awal pula dia bangun .

"Yang tu Zati tahu la . Tapi tu ada orang nak cakap ."

"Siapa?"

"Pak su."

"Hah ? Elok² la Zati."

"Yer dia suruh panggil dia Pak Su tapi Che Su tulis nama dia Hisyam."

"Hah ? Fon Che Su mana ?" Izzati menghulurkan fon aku .

"Assalamualaikum , yer ada apa awak call saya ?" Aku memulakan bicara .

"Hahahah . Waalaikummussalam , saja ." Amboi mamat ni apa benda yang lucu pun aku tak tahu .

"Kalau setakat nak gelak baik awak tak payah call ." Marahku .

"Hahahah , lawak la sebab budak kecik yang kejutkan awak." Kata dia masih dengan sisa tawa .

"Mana awak tahu ?"haish mamat ni bela 'saka' ke ?

"Zati yang cakap dia baru umur 4 tahun so , masih budak la kan ?"

"Wait , apalagi dia cakap kat awak?" Haish Izzati ni nak kena ni .

"Banyak sangat . Kalau nak tahu kita keluar nak ?" Boleh percaya ke banyak ni , macam perangkap jer .

"Cakap jer la kat sini."

"Kalau awak tak nak kita keluar berdua bawa la Zati ."

"Hrmm yer la yer la ."

"Tempat , masa dan hari awak decide . Nanti mesej saya . Okey la , I have to go . Bye , Assalamualaikum ."

"Okey Waalaikummussalam ." Ishh kemana eh ? Baik aku tak payah fikir sekarang ni yang tu kita fikir kejap² lagi . Sekarang sambung tido , yeayyyy .

"Ish Che Su ni . Dah bangun tu bangun la terus ni tak sambung tidur. Baik Zati keluar , Bye." MasyaAllah budak ni membebel tau. Sah ikut perangai Abang Khairul



"Wah , cantiknya ikan tu Che Su!" Jerit Izzati dalam dukungan Hisyam .

"Tak sia² Che Su pilih nak datang Aquria KLCC tau tak ." Kataku yang jelas memerli Hisyam . Yer la tadi kemain dia membantah . Kata tu la ni la , macam² tau tak .

"Hashtag whatever." Hisyam menjelir lidah kearah ku .

"Hashtag ingat cantik buat macam tu." Dia ingat dia sorang boleh guna hashtag , aku pun boleh la .

"Hashtag saya memang tak cantik tapi saya terlampau handsome . Betul tak Zati ?"

"Pak Su memang handsome ." Hisyam terus memeluk dan mencium pipi Izzati .

"Wuerk ! Whatever . But wait , Zati kenapa panggil uncle , Pak Su ? Panggil jer la Uncle Hisyam."

"Dengki la tu." Belum sempat Izzati menjawab , Hisyam dah tolong jawab bagi pihak Izzati .

Hisyam terus berjalan ke depan sambil melihat ikan . Izzati ? Dia dalam dukungan Hisyam la . Aku hanya mengikut langkah Hisyam .

"Oh mak kau" Latah ku tiba²

"Hahahah uish kaki latah rupanya." Hisyam apalagi ketawakan aku la .

"Awak tu la apesal berhenti tiba²?" Tak pasal² muka aku yang cantik ni berlanggar dengan belakang badannya

"Tu la mengelamun lagi . Tak ni ha Zati cakap lapar . So , kita pergi makan kat Suria KLCC la ." Aku hanya menganguk sahaja .

KFC sekali lagi menjadi pilihan kami berdua. Sebenarnya bukan nak ingat apa yang kitorang makan masa meet kedua tapi Izzati ni lah yang sibuk nak ayam goring macam Ipin. Ada juga aku buang dalam tangki ikan tadi.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now