Part 9

5.2K 150 0
                                    

"Assalamualaikum. Ma ooo ma . Hisyam dah balik."

"Hah balik pun kamu . Ingatkan keluar dari pagi tadi , tak nak balik² dah." Aku tersenyum kearah seorang wanita yang umurnya aku agak dalam likungan 50 lebih

"Ma kenalkan ni Kyra Erina . Rina kenalkan ni mama saya , Hasni ."

Aku terus salam tangan mama Hisyam

"Apa khabar , makcik?"

"Alhamdulillah khabar baik . Eh tak perlu la panggil makcik panggil jer mama." Baik sama macam anak dia , eh Hisyam baik ke ?

"Baiklah mama." Aku , Hisyam dan Mama menuju ke arah ruang tamu

"Dudukla , mama buat air jap."

"Eh mari Rina tolong mama." Aku nampak macam mama nak menolak tapi tak sampai hati kut sebab aku buat muka comel .

Aku keluar bersama mama dari dapur sambil membawa sedulang air teh . Semasa aku keluar aku terdengar perbualan Hisyam dengan seorang perempuan dan perempuan itulah yang aku jumpa

"Rina meh sini saya kenalkan adik² saya ." Ish mamat ni terkejut aku , bagila salam dulu

Aku hanya tersenyum apabila terpandang dua orang yang berada di sebelah Hisyam

"Ni adik saya Hasnina Zaira dan ni pulak Haris Zainal . Ris , Has ni Kak Rina ." Hisyam mengenalkan aku kepada adik²nya

"Hai Kak Rina! Kalau tak silap yang Has jumpa kat ioi mall haritu kan?" Kuat la pulak ingatan budak ni

"Ha'ah." Itu jer yang aku mampu jawab

"Cantik la akak ni . Ris nak kawan nga akak boleh tak?" Ni la adik Hisyam yang autism tu tapi aku rasa boleh jadi geng aku kut sebab aku ni perangai budak² jugak.

"Terima kasih . Hrmm nak kawan eh ? Apakata kalau Ris jadi adik kakak ? Nak tak?"

"Boleh ke?" Tanya Ris sambil memegang patung dinosaur nya

"Mestila boleh." Ris sudah melompat² sambil tepuk tanganya.

Aku melihat mama tersenyum kearah ku sama jugak seperti Hisyam dan Hasnina . Eh hari senyum sedunia ke harini?

Macam² yang kami bualkan . Dan diantara nikah ataupun tunang dahulu pun sudah ditetapkan.



"Rina meh sini jap." Umi memanggil ku

"Yer umi." Aku pun merebahkan kepala ku diatas peha umi

"Eee manjanya ." Komen abang Emir

"Biarla . Bluerkkk." Macam biasala aku menjelirkan lidah ke arah Abang Emir, dengki betullah dia dengan aku

Umi dan abah hanya mengeleng kepala melihat telatah kami

"Rina pergi rumah family Hisyam tadi dah buat keputusan ke?" Abah mulakan bicara

"Opss lupa pulak nak cakap . Hihihi sorry."

"Keputusan dia mama Hisyam nak kami tunang dulu selama 2 bulan . Tarikh pertunangan 2 minggu dari sekarang." Sambung aku lagi

"Ish budak ni benda penting macam ni lupa nak beritahu." Aku hanya membuat muka 'blur' apabila umi marah

"Mengapa nak tunang?" Tanya abah

"Sebab mama Hisyam kata masa buat persiapan kahwin tu biar dah ada ikatan walaupun baru tunang."

Umi , abah dan abang Emir hanya mengangguk apa yang aku perkatakan

Sedar tak sedar hari yang aku tunggu akhirnya tiba jua. Yer hari ni , hari bersejarah aku. Hari ni mungkin tiba sekali dalam hidup aku , Insya-allah. Hari yang akan menukarkan status ku kepada isteri orang .

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now