Special chapter akan mula di'publish' mulai bulan puasa 😘
Bunyi takbir raya pada malam terakhir Ramadan memenuhi semua rumah. Disetiap pelusuk kedengaran. Tidak kira radio mahupun dari television.
Erina sekeluarga sibuk menyiapkan persiapan raya untuk hari esok. Langsir ditukar. Karpet di vacuum. Biskut pulak dipenuhkan dalam balang.
"Ada apa lagi mama nak Hisyam tolong?" Hisyam yang baru selesai memasang langsir mendekati mama
"Hrmm mama tengok santan dekat dapur tu nak habis dah. Boleh tak kalau kamu pergi beli kat supermarket jap?"
Hisyam mengangguk tanda boleh. Dengan baju melayu yang dipakainya dia menuju ke pasar raya berdekatan. Nasib baik lah malam raya supermarket tutup lewat kalau tak panjat pokok kelapa lah jawabnya
"Has pergi ambil dah barang yang mama suruh?"
"MasyaAllah! Terlupa ma." Mama mengelengkan kepala mengenangkan perangai anak daranya itu
"Biar Ira pergi ambil lah tok ma." Haira yang kebetulan mendengar perbualan nenek serta mak saudaranya menawarkan pertolongan
Haira mengambil basikalnya lalu mula mengayuh. Destinasi ke rumah Mak Som kampung sebelah dia pergi. Mujurlah malam ni malam raya at least tak lah sunyi sangat. Walaupun sudah nak masuk pukul 10 malam , kampung itu masih bising dengan orang kampung yang mula memasang pelita diluar rumah.
Kring kring
"Waalaikummussalam yer saya Erina." Erina menjawab fon rumah yang kebetulan berhampiran dengannya
"Ya Allah!" Erina terus terduduk mendengar khabar berita itu
Tidak disangka pada pagi raya itu tiada gelak ketawa seperti biasa. Malah kesedihan yang dari semalam sahaja yang bertakhta dihati. Jenazah yang disimpan semalaman dikebumikan pada pagi ini.
Selepas solat raya orang ramai berpusu² datang ke rumah mama. Ucapan takziah yang menjadi halwa telinga Erina dari pagi tadi. Siapa sangka selama ini suara kanak² sedang bermain riang bertukar kepada tangisan dan kesedihan.
"Semoga tenang disana." Tanah yang disirami air digosok oleh Erina sebelum dia mula melangkah pergi. Sungguh langkahan dia kali ini amat berat sekali. Amat berat untuk dia tinggalkan. Amat berat untuk dia berjalan kehadapan tanpa bertoleh. Amat berat sekali baginya.
Soooooo itu dia 😈 teaser untuk special chapter Akan Kah Bahagia Milikku 😂 Kalau Fa nak tulis tragic chapter boleh tak 😋
Ps : Special chapter ni Fa tulis masa bulan puasa 2018. Rindunya nak rasa suasana kampung semula :(
YOU ARE READING
Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]
RomanceKisah Kyra Erina dan Hisyam Zufairi yang kahwin atas perasaan dan hati masing² . Tiada siapa yang memaksa. Tetapi kehilangannya kepercayaan salah seorang terhadap seseorang membuatkan masjid yang mereka bina goyah . Adakah masjid mereka akan roboh a...