Part 16

6.7K 144 1
                                    

"Papa!" Haira memeluk kaki Hisyam dengan sekuat hati

"Haira , anak papa!" Hisyam mendukung dan mengomol pipi Haira. Selain daripada ibu dan adik yang baik, aku juga bekas isteri yang baik. Setiap bulan aku hantar perkembangan Haira kat dia. Baiknya kau Erina.

Aku yang melihat tidak tahu untuk buat apa. Penyatuan anak dan bapa membuatkan aku terkedu.

"Haira mari kat ibu jom." Aku cuba menarik Haira dari dukungan Hisyam namun terlampau kuat Haira memegang Hisyam

"Tak nak tak nak. Ira nak duduk dengan papa!"

"Hisyam please lah." Aku meminta bantuan dari Hisyam

"Haira sayang turun pergi kat ibu." Hisyam cuba memujuk Haira

"Tak nak!" Haira menjerit sekuat hati ditengah² khalayak ramai

"Okey². Rina apa kata kita pergi makan or somewhere else." Aku hanya mengangguk dengan keputusan Hisyam

"Ira nak apa² lagi?" Dan disini lah kami di Pizza Hut

"Tak nak dah. Spaghetti ni pun tak tau boleh habis tak." Haira sambung makan

Aku hanya menjadi pemerhati dari tadi. Tengok telatah anak dan ayah di hadapan aku membuatkan aku tercuit hati.

'Nampak gaya dia belum kahwin atau bertunang lagi.' Kata hati Hisyam setelah melihat tiada sebentuk cincin pun di jari Erina

'Eh dia masih pakai gelang yang aku bagi?' Terkejut Hisyam apabila ternampak gelang yang dipakai oleh Erina

"Hrmm." Deheman yang serentak membuatkan kami saling berpandangan

"Awak dulu." Aku memberi peluang kepadanya

"Awak tahu saya macam mana kan?"

"Oh okey. Awak pulang untuk selamanya or untuk beberapa hari?" Rasa janggal menyelinap dalam diri ini

"Untuk selamanya." Hisyam menjawab

"Hrmm apa yang awak nak tanya tadi?" Aku cuba membuang rasa kekok antara kami

Dia hanya mengeleng dan tersenyum. Aku mengerti yang dia tiada apa² untuk dikatakan

Kami meneruskan makan sehingga aku terdengar deheman seseorang dari tepi.

"Eh abang!"

"Buat apa? Kenapa tak tunggu kat Starbucks macam abang katakan?" Aku mengerling kearah Hisyam supaya abang Emir sedar tentang kewujudan Hisyam

"Eh Hisyam! Tak perasan pula aku dengan kau. Apa khabar?" Abang Emir dan Hisyam berjabat tangan dan berpelukan untuk seketika

"Alhamdulillah aku sihat. Kau tu sihat ke Emir? Nampak gaya macam semakin sihat." Aku rasa Hisyam mesti perasan dengan badan abang Emir yang boleh dikatakan sedikit tembam. Hahahah!

"Aku? Aku macam yang kau nampak sekarang. Oh anyway kenalkan isteri aku Qalesya." Hisyam tersenyum kearah Kak Qalesya

"Sya kenalkan ni Hisyam hrmm..."

"Papa Haira." Aku menjawab bagi pihak abang Emir

"Ohh!" Aku lihat reaksi Kak Sya yang terkejut. Yer Kak Qalesya hadir saat cerita kami dah selesai, jadi mana nak kenal jejaka hot aku ni. Wait, what?!




"Assalamualaikum." Kebunyian suara seseorang dari arah muka pintu

"Waalaikummussalam. Eh Syam , masuk la." Pelawa umi

Sejak kejadian accident di airport lima hari lepas , Hisyam kembali rapat dengan keluarga aku kerana Haira

"Papa! Yeay , papa datang." Haira lari kedalam pelukan Hisyam

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now