*3 Bulan Selepas Itu*
"Bluerkkk!" Muntah ku dalam sinki di dapur
"Sayang ! Sayang okey tak ni?" Hisyam menolongku untuk duduk di atas sofa
"Okey kut."
"Kalau tak okey abang teman pergi klinik." Hisyam berura² mahu membuka semula tali lehernya
"Eh tak apala. Lagipun abang kata ada meeting kan?" Aku memakaikan semula tali leher yang dibukanya itu
"Hrmm kalau macam tu nanti abang pulang kita pergi klinik." Aku menyalami Hisyam dan dia mengucup dahi ku
Begitu la rutin harian kami dipagi hari. Selepas breakfast aku akan hantarnya hingga kemuka pintu. Jika pulang dari kerja pun begitu. Aku pun dah tak kerja , nak jadi suri rumah sepenuh masa la katakan.
Selalu selepas Hisyam pergi kerja, aku memilih untuk membasuh kain atau mengemas rumah tapi entah mengapa harini aku rasa penat sangat. Sofa diruang tamu menjadi pilihan untuk aku berbaring seketika.
"Assalamualaikum. Sayang ooo sayang." jerit Hisyam dari depan pintu
Hisyam mengeluarkan kunci rumah untuk membuka pintu. Kalau ikutkan jarang dia gunakan kunci rumah sebabnya aku akan menunggunya didepan pintu terlebih dahulu
"Sayang." Hisyam mengosok lembut bahu aku yang tertidur di sofa
"Hrmm." Jawabku namun aku masih tak membuka mata. Dah berapa lama agaknya aku tertidur hinggakan dia pulang aku tak sedar
"Ya Allah sayang. Panasnya badan sayang. Kita pergi klinik sekarang." Hisyam mengambil tudungku lalu menyuruhku memakainya
"Boleh tak bangun ni?" Aku mengeleng dan Hisyam mendukung ku hingga ke dalam kereta
Dari rumah hingga ke hospital, aku dibantu Hisyam. Sewaktu pemeriksaan aku dibantu oleh seorang jururawat. Selesai pemeriksaan itu doctor meminta suamiku untuk masuk ke bilik. Dia mengambil tempat ditepiku
"Doktor macam mana dengan isteri saya?" Soal Hisyam kepada seorang doktor perempuan
"Isteri encik ada 8 bulan lebih jer lagi." Doktor itu berkata sambil melihatku dan Hisyam silih berganti
"Hah? App...pa ma...makk...sudd doktor?" Melihat Hisyam yang tergagap membuatkan aku hendak tergelak
Maintain Rina biar lakonan kau berjaya.
"Abang , abang kena sabar tahu untuk melalui hari² yang akan datang." Kataku sambil memegang erat tangannya. Aku lihat Doktor Jasmin sudah sedikit sebanyak mahu tersenyum
"Apa yang sayang merepek ni?" Tanya Hisyam kepadaku
Aku memandang Doktor Jasmin untuk memberi hint supaya dia yang memberi tahu
"Sebenarnya Encik Hisyam. Kamu ada 8 bulan lebih lagi untuk berdua sebab selepas itu mungkin kamu akan bertiga." Keterangan Doktor Jasmin masih tidak membuat Hisyam memahami
"Ish abang ni lambat la pick up. I'm pregnant." Aku memeluk Hisyam
Aku mendengar Hisyam berkata Alhamdulillah lalu membalas pelukan aku. Kehadiran Doktor Jasmin langsung tidak dihiraukan. Anak first kut mestila terlebih happy
Beberapa hari sudah berlalu, semua perkara yang aku ingin lakukan pasti perlu beritahu suamiku. Rimas? Adalah sikit.
"Abang boleh tak esok Erina nak pergi jumpa kawan?" Aku mengurut lembut bahu Hisyam
"Kawan? Siapa?" Hisyam memalingkan mukanya untuk memandangku
"Ha'ah kawan. Alah kalau Rina nak bagitahu abang bukan kenal pun. Pleaseee..." Aku melentokkan kepalaku atas bahu Hisyam
"Hrmm yer la. Anak papa sihat?" Hisyam mengusap perutku walaupun masih kempis lagi
Selain daripada semua perkara kena bagitahu dia, suamiku juga menjadi seorang mak² yang asyik memberi pesanan. Contohnya macam sekarang.
"Drive elok² tau. Jangan balik lewat. Makan jangan lupa." Hisyam meninggalkan pesanan kepadaku
"Ish abang ni. Rina nak keluar pergi Subang Parade jer. Ni pot pet pot pet sampai tie pun senget." Aku memperbetulkan tie Hisyam
"Bye. Take care. Assalamualaikum." Hisyam berlalu ke kereta selepas mengucup dahiku
"Bye. You too, take care tau. Waalaikummussalam." Aku melambaikan tanganku sehingga kereta Hisyam tiada pada pandanganku
Disebabkan semua pesanan tanpa penaja tadi, aku terlambat untuk berjumpa rakanku. Langkahan besar diambil bagi mempercepatkan perjalanan aku.
"Sorry² Rina lambat." Aku menarik kerusi yang berhadapan seorang lelaki
"Tak mengapa, abang pun baru sampai." Kata lelaki itu
"Ye ke? Ni makanan dah siap terhidang ni." Melihatkan makanan sudah terhidang aku merasakan yang dia tengah menipu
"Hahahah. Memang susah abang nak tipu Rina kan? Ha'ah ada la dalam 30 minit dah." Lelaki itu menyisip sedikit capuccino yang berada dihadapannya
"Lamanya! Sorry tau. Hrmm Haikal , jom la kita makan dulu and then baru kita borak²." Cadangku
"Hrmm good idea. Shall we." Dia memulakan dengan bacaan doa dan aku hanya mengaminkan jer
Kedengaran sudu dan garfu yang berlaga². Kami berdua diam menikmati makanan
"Rina pergi mana dah tengah hari semalam?" Hisyam memandang tepat kearah mata aku
Mengapa aku rasa seram sejuk. Dia tidak pernah segarang ini denganku.
"Rina pergi Subang Parade." jawabku
"Dengan siapa?" Hisyam masih lagi dengan suara garaunya
"Dengan kawan." Jawabku sepatah. Serius memang aku takut nak pandang dia sekarang
Hisyam hanya mengangguk. Tiada secalit pun senyuman yang terhias dibibirnya sejak pulang dari kerja semalam
'Aku nak tengok selama mana kau nak berahsia dengan aku , Kyra Erina!' Hisyam mengenggam buku limanya sekuat hati apabila teringat akan peristiwa tengah hari semalam
Semasa waktu lunch dia dan rakan karibnya , Fikri memutuskan untuk lunch di Mcdonald Subang Parade.
Sewaktu menunggu giliran hendak memesan makanan dikaunter , Hisyam ternampak satu figura yang amat dia kenali bersama seorang lelaki. Gelak ketawa hiasi meja makan diaorang. Dan orang itu lah...
Kyra Erina! Isterinya!
Betapa sakitnya hati dia , dia terus menarik kawannya keluar dan makan ditempat lain.
Selepas lunch sengaja dia balik terus kerumah untuk menunggu isterinya namun melihat isterinya yang kelihatan penat, dia lupakan soalan itu buat seketika
"Harini sayang tiada kemana ke?" Pancing Hisyam
"Hrmm. Sayang ingat nak ke Sogo nak jumpa Ida. Boleh tak abang?"
"Boleh jer. Just take care of yourself and baby okey?! Okeyla abang pergi dulu." Hisyam terus berlalu begitu tanpa mengucup dahi isterinya seperti selalu
Sewaktu dalam kereta, Hisyam megeluarkan telefonnya. Nombor Fikri dicari dan didail.
"Salam. Fik , aku tak masuk kerja eh hari ni. Ada hal sikit. Cakap kat bos aku ambil EL atau apa²lah." Hisyam bercakap melalui fonnya
"Kuat benar kau EL sekarang. Apahal?" tanya orang disebalah sana
"Ish kau ni sibuk jer. Ada la kerja aku." Hisyam mendengus sedikit memandangkan mempunyai kawan yang sibuk jaga tepi kain orang
"Hrmm yer la." Selepas salam diberi dan dijawab , Hisyam meletakkan panggilannya
' Meh kita tengok. Pergi lepak ke ataupun pergi curang?!' Hisyam tersenyum sinis memikirkan apa yang dia hendak lakukan selepas ini
Siyes ni, why Fa rasa macam seram jer Hisyam curiga kat Erina. Ke Fa jer rasa macam tu?
YOU ARE READING
Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]
RomanceKisah Kyra Erina dan Hisyam Zufairi yang kahwin atas perasaan dan hati masing² . Tiada siapa yang memaksa. Tetapi kehilangannya kepercayaan salah seorang terhadap seseorang membuatkan masjid yang mereka bina goyah . Adakah masjid mereka akan roboh a...