BAB 2
MatchingMedina dan Arasy bertahmeed sekuat hati setelah habisnya final exam mereka, dua bulan lepas. Bertawakkal dengan keputusan mereka adalah jalan terakhir untuk mengecap kejayaan mereka. Sungguh, mereka telah menelan sepahit hempedu mujahadah dan kini menunggu saat tiba manisnya madu kejayaan.
"Alhamdulillah Arasy !!!!", tersenyum keriangan Medina dan Arasy mendapat keputusan mereka. Arasy mendapat 4.0 flat, manakala Medina mendapat 3.94. Walau apa pun, Medina sangat bersyukur kerana dia selalunya hanya mendapat 2.5, 3.0 sahaja.
---
Sejak tiga bulan lepas lagi, Arasy menyiapkan urusan majlis makan malam tahunan bagi pelajar yang bakal graduasi pada tahun tersebut. Maka, malam ini akan menjadi malam kemuncak bagi segala yang telah Arasy dan jabatan yang lain uruskan.
"Kamu pakai baju apa nanti malam ?", tanya Arasy sambil membetul-betulkan tudungnya.
"Biasa-biasa aja kali... Saya mahu pakai jubah yang berwarna pink belacan itu bersama tudung yang iras warnanya.", jelas Medina menuju ke keretanya.
"Wah ! Pasti cantikkkk sekali ! Aku suka baju itu. Aku tahu kamu gak pernah pakai baju itu kan ? Aku suka sekali tenunan songketnya. Warnanya juga feminin dan modern.", ujar Arasy.
Medina tersenyum. Baju itu dihadiahkan oleh kawan Tok Wan nya tetapi dia akan memakainya apabila ada acara istimewa sahaja. Mungkin itu adalah kali pertama dia menampilkan baju tersebut.
"Aku sudah tidak sabar mahu menyambut kejayaan kita ini malam ! Pula tu, ada selebriti lagi ! Hafiz Hamidun, Mira Filzah, Akim, Hazama, Datin Rania sama suaminya, yang paling pentinggg... Hafidz Roshdiku !", ujar Arasy yang sangat arif dengan artis Malaysia sejak sebelum dia diterbangkan ke Malaysia lagi.
---
Medina adalah penyambut tetamu pada malam itu. Aeril juga menjadi penyambut tetamu bagi pihak lelaki.
Sedang Medina seronok melayani tetamu yang baru hadir, matanya terhenti pada seorang kanak-kanak yang berlari ke arahnya.
"Kakak !", gadis kecil itu memeluk kaki Medina. Medina yang sangat menggemari anak kecil itu, cepat menyambut nya.
"Ya Allah !", dia terus mendukung gadis itu.
"Adik... anak shiapa ni hahh ?", bersuara manja Medina dengan kanak-kanak tersebut. "Nama shiapa ni..", tanya Medina lagi membetul-betulkan rambut gadis itu.
"Eyya", Medina sudah tangkap, namanya Ayla barangkali.
"Ella ? Eya ?... Adik datang dengan si-", belum sempat Medina menghabiskan ayatnya.
"Yaa Allah, tengok tu ! Bertuah punya anak ! Ayla ni, nasib baik lari kat kakak ni tau ! Kalau tak susah mummy nak cari !", Rania menghampirinya.
'oh, inikah anaknya ? Sejak bilakah dia bersalin ?', bisik hati kecil Medina. Medina memang tidak tahu menahu tentang selebriti. Tidak seperti Arasy. Bagai rancangan Meletop!
Medina menghulur Aaisyah kepada Datin Rania. Suaminya yang turut hadir mengucapkan terima kasih padanya. Lalu didukungnya Ayla dari tangan Datin Rania
"Amboi, anak mummy ni... Sorry la dik, anak I memang macam ni... Pantang jumpa kakak cantik ya ?", Medina tersenyum, Ayla tersengih nakal. Sebelum Rania dan suami masuk ke dalam dewan, dua kelibat lelaki mengekori mereka dari belakang.
"Oh, I lupa pulak nak kenalkan. Ini anak I, Ammar and Aniq", Rania membuka sedikit ruang untuk menonjolkan diri mereka.
"Eh...", Aniq melihatkan baju yang membaluti badan Ammar dan Medina. Seakan serupa. Dipandang dari Ammar ke Medina, kemudian dari Medina ke Ammar. Ammar dan Medina sudahpun saling bertatapan mata. Dunia mereka bagaikan saling terhenti.
'Dia ni...', bisik hati kecil Medina.
'Dia ni... Macam aku pernah jumpa... Kenapa dia pakai baju yang sama dengan aku ?', bisik hati kecil Ammar.
Arasy datang, memecahkan suasana.
"Eh, Datin Rania ! Sudah sampai ! Jemput masuk...", Mereka sekeluarga diiringi oleh Aeril. Aniq mengekori rapat mummy nya. Ammar yang terakhir masuk ke dewan, dipandang tajam oleh Arasy setelah Arasy tersedar siapakah lelaki itu. Medina entah mengapa hanya tertunduk.
'Ish, baju dah la serupa ! Sibuk je !', bisik hati kecil Medina.
---
*flashback petang sebelum annual dinner*
"Go panggil abang.", Ayla, si kecil berumur 3 tahun itu berlari-lari anak memanggil abangnya di dapur.
"Apang, mummy . go... panggil", Ammar tersenyum kemudian mendukung Aaisyah keluar dari dapur terus ke ruang tamu.
"Yes, mummy ?", Ammar masih bermain-main dengan Aaisyah.
"So, abang, tonight, you know mummy and papa ada annual dinner right ?", Ammar mengangguk dan meletakkan Ayla diatas sofa terus Ammar duduk disebelah mummynya.
"Mummy nak abang and adik ikut mummy okay ?", terjegil mata Ammar.
"What ? Why ? Alah, mummy pergi je lah dengan Papa. I'm not going. I believe adik pun disapprove.", Bantah Ammar. Datin Rania menggeleng.
"Adik setuju dah, dia ikut je mummy. Right, adik ?", Datin Rania menujukan soalan ke arah anaknya yang sedang ralit bermain handphone, mengangguk.
Sekali Aniq menuruti kata Datin Rania, Ammar memang tidak boleh lagi membangkang.
"Oh, tunggu sekejap abang.", Datin Rania berjalan ke bilik pejabatnya kemudian keluar dengan sepasang baju melayu beserta sampin.
"This, is what you're gonna wear tonight, okay ?", Ammar mengerut dahi kekeliruan.
"Eh ? Aniq tak ada pun baju ?", Aniq mengerut dahi pula.
"No. This one's for Ammar. Tok Ma bagi ni, for abang. Specially handmade tahu ! Wear it.", Ammar tertunduk kepala. Dia mengangguk dan berlalu pergi terus bersiap.
Baju melayu berwarna pink belacan itu disarungkan. Bergaya. Sedikit tenunan songket dibahagian pergelangan tangan dan poketnya. Sampin tenunan tangan itu disarungkan ke pinggang.
"Wow, selfie lah sikit.", Ammar seronok sendiri.
'Macam lelaki melayu terakhir lah pula', bisik hati kecilnya. Setelah dia menangkap gambarnya di hadapan cermin, dia pos gambarnya dengan kapsyen,
"Masterpiece by my lovely Tok Ma. Thanks ❤"
Tanpa dia ketahui, baju bercorak sepertinya juga turut dipakai oleh Medina malam tersebut cumanya Medina berbaju jubah. Coraknya dipergelangan tangan dan ada tiga garisan panjang dari baju ke kaki.
*end of flashback*
---
YOU ARE READING
You Are NOT My Type !
RomanceKisah tentang Medina Haura yang menginginkan seorang suami ala-ala ustaz, Ammar pula menginginkan seorang isteri yang mudah bersosial, up to date apabila berfesyen. TETAPI tetapi Allah menentukan disebaliknya setelah takdirNya, mereka bertemu. Aras...