BAB 7
Turn Back Time"Abang ingat kahwin ni perkara main-main ke ?! Abang tau kan yang wartawan semua dah dengaq apa abang kata tadi ?!", bising Datin Rania.
"Alah, mummy... biarlah diorang tahu pun. Lama-lama diorang let go lah benda macam ni",
"Let go tengkorak hang ! Abang, Tok Ma rasa abang memang kena nikah jugak dengan budak ni. Jatuhkan nama mummy dengan papa ja nanti..", ujar neneknya.
"Tapi Tok Ma, mummy !", Ammar membantah.
"Ah ?! Uh ?! No, no, no, no auntie ! Medina rasa, Ammar panik tadi. We can explain to the reporters right ?!", cadang Medina.
"Ha ! Betul cakap Medina !", Ammar menyokong cadangannya.
"NO ! Seriously, abang ! You can't undo what you've said. Alasan bodoh lah abang. Mummy tak nak dengar apa-apa alasan lagi. This weekend, abang kena kahwin jugak ! Kita buat majlis akad nikah je dulu. Grand wedding kita tangguh next month. Mummy akan call personal designer mummy untuk dress hang pa hari pernikahan tu", Datin Rania terus berlari anak menaiki tangga ke atas sambil menelefoni pereka fesyennya.
Ahli keluarga Ammar yang lain turut bangun meninggalkan ruang tamu, balik ke rumah masing-masing.
"Wow, now what ?! Saya kena jadi mak sanggup pulak ?!", tinggi suara Medina kemarahan dan panik.
"Oh, kau nak salahkan aku lah ?!",
"Memang salah awak pun ! Kalau mulut awak tu reti jaga, takkan jadi macam ni lah !",
Ammar tertunduk. Kesal dan marah, perasaannya bercampur baur. Malam itu juga seluruh keluarga Ammar bertemu dengan keluarga Medina. Pula tu, keluarga mereka setuju begitu sahaja.
"Medina, abi dapat rasakan Ammar ni memang seorang lelaki yang baik. Dia sanggup bawak satu keluarga dia jumpa umi dengan abi, terus minta restui hubungan kalian. Jangan risau, do'a abi dengan umi sentiasa iringi hubungan Medina dengan Ammar.", ujar Encik Ahmadi panjang.
.
.
.'Huh... I wish I could turn back time...', bisik hati kecil Ammar.
"Go break a leg, Ammar !", gurau Aniq.
"Kau buat lawak bodoh apa pagi-pagi ni. Orang kena kahwin bukannya nak pergi bereperang.", dengus Ammar.
"La.. nak kahwin ke... Ingatkan nak pergi berperang tadi... Muka masam semacam je... Cheer up la abang...", Ammar tersenyum kelat. Aniq mengajaknya turun ke tingkat bawah untuk meneruskan majlis pernikahan tersebut. Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa orang rakan dan ahli keluarga terdekat Ammar dan Medina.
"Fuh, abang... You're so lucky.",
"Ha'ah la Ammar... Dapat isteri ustazah macam tu... Untung lah kau, dapat wife yang terjaga macam dia tu...", puji Aniq dan rakan-rakan Ammar yang lain.
"Ammar, are you sure about this ? I can help you, kau boleh je lari dari semua ni.", ajak Adam.
"No, Adam. This is important for my mom's reputation. Dia dah cukup malu masa aku mula-mula confess yang aku nak kahwin tu and I dont want to embarrass her twice.", ujar Ammar membetul-betulkan sampinnya.
---
Setelah dengan sekali lafaz, maka diisytihar Medina dan Ammar menjadi suami isteri. Setelah sedikit jamuan makan pada malam itu. Waktu hampir larut malam, semua tetamu pulang. Esok, puluhan akhbar akan meletakkan berita tentang perkahwinan Ammar dan Medina dimuka depan akhbar.
---
Medina's P.O.V.
Huh, dah lah kena kahwin dengan lelaki yang bukan jenis yang aku suka. Pulak tu, dia benci aku, aku benci dia. Eiii ! Kenapa mulut dia tu mesti celupar sangat !
"Hoi, termenung jauh !", hampir melompat Medina, terkejut.
"Huh, awak ni tak reti nak beri salam ke ?",
"Eh, ni bilik aku, sukahati aku lah !", ujar Ammar.
"Oh, okay. Kalau macam tu, saya ikut abi dengan ummi balik lah malam ni. Bye !", Medina berlagak ingin keluar dari bilik.
"Hey, hey, hey ! Cakap sikit, merajuk ! Kau ni, kalau mummy nampak, kau nak jawab apa ?!",
"Jawab saja lah perkara yang jujur.", selamba Medina.
"Amboi, senangnya mulut tu bercakap... Kau senang-senang je nak jatuhkan maruah mummy dengan papa Zain ke ? Plus, kau nak jatuhkan maruah Dato' Ahmadi, pengurus syarikat import-export dekat Malaysia ni ?", Medina faham, tetapi keegoannya menarik matanya menjeling Ammar.
"Jeling... jeling... Aku cucuk mata tu kang !", gurau Ammar.
Medina yang malas mahu melayan Ammar terus mencapai beg galasnya kemudian masuk ke dalam bilik air. Dia terus mandi dan mempersiap diri. Pakaiannya biasa sahaja, disarungkan baju berlengan panjang, seluar jogger Nike dan bersarungkan tudung biasa. Jujur, Medina masih tidak biasa ingin membuka auratnya dihadapan suaminya. Setelah bersiap, Medina keluar dari bilik air.
"Kau ni dah buang tabiat ke ? Pakai tudung dalam bilik ni. Bukannya ada orang lain pun.", ujar Ammar yang telah siap mandi, berbaju t-shirt, berseluar pendek.
"Sukahati kau lah, kalau kau buka semua pun, belum tentu aku tergoda.", ujar Ammar.
Medina mengambil tempatnya tidur di sofa disebelah katil Ammar. Letak sahaja kepalanya, terus dia tertidur.
'Damn... I wish I could turn back time...', bisik hati kecil Ammar.
.
.
.
YOU ARE READING
You Are NOT My Type !
RomanceKisah tentang Medina Haura yang menginginkan seorang suami ala-ala ustaz, Ammar pula menginginkan seorang isteri yang mudah bersosial, up to date apabila berfesyen. TETAPI tetapi Allah menentukan disebaliknya setelah takdirNya, mereka bertemu. Aras...