4

1.4K 70 2
                                    

BAB 4
Birthday Party

Bagi mengelakkan kejanggalan, Medina mengajak Arasy menemaninya ke majlis hari jadi anak Datin Rania itu. Bertemakan baju biru, Medina turut mengikut warna tema, sungguh, tidak kira warna apapun, sangat sesuai dengan kulitnya yang putih mulus.

 Bertemakan baju biru, Medina turut mengikut warna tema, sungguh, tidak kira warna apapun, sangat sesuai dengan kulitnya yang putih mulus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Assalamualaikum, auntie... I have arrived.", Medina menelefoni Datin Rania.

"Oh, okay... Nanti ya, auntie keluar.",

Medina dan Arasy keluar dari Range Rover mereka dan ke pagar rumah bagaikan istana itu. Medina disambut sendiri oleh Datin Rania. Datin Rania mendukung Aayla dipinggangnya. Beberapa orang wartawan mendekati mereka untuk menangkap gambar.

"Haa, ni kakak haritu ! Ayla ingat tak...", ujar Datin Rania sambil mengusap-usap pipi anaknya. Ayla berpaling dan terus mengukirkan senyuman. Dia menghulur kedua-dua tangannya dan Medina tertawa kecil lalu menyambut nya.

"Aylaaa, akak rindu eyyyya ni", dicium pipi Aaisyah berkali-kali. Aaisyah tertawa.

"Hmph, lama dia tunggu kakak Medina datang tau... Kenapa mai lambat ni... Aniq dah potong kek dah tadi..", Datin Rania mengiringi Medina masuk ke dalam rumah.

"Em maaflah auntie, tadi ada urusan sikit dekat pejabat. Tu yang lambat... It's okay... Birthday party ni tetap nampak meriah.", Medina diajak masuk ke dalam rumah dan berkenalan dengan ahli keluarga Datin Rania.

Medina dijemput makan tetapi Aaisyah adalah tujuan utama dia menghadiri majlis tersebut. Jadi, dia lebih melayani karenah Ayla dan turut berbual dengan keluarga Datin Rania. Arasy juga turut sama mengikuti perbualan mereka.

Medina dipaksa lagi untuk ke meja hidangan diluar rumah, dia akur, sambil mendukung Ayla disisi. Keluar sahaja dari pintu ruang tamu rumah, kelihatan Aniq bersama-sama dengan rakan-rakannya sedang berbual. Aniq mengangkat kepala, melambai sedikit pada Medina. Ammar juga bersama rakan-rakannya yang lain.

Ketika Medina menghampiri bufet yang disediakan,

"Hey, hey, hey... Since when kau kenal family ni ?", si Hannah menyapa kasar.

"Um, saya tak nak lah buat kekecohan dekat sini. Tolong hormat majlis orang, ya ?", ujar Medina lembut sambil membetul-betulkan Ayla dipinggangnya.

"Ugh, sorry sikit. Ini majlis my future brother-in-law jugak. I tanya you tu, you buat apa hah dekat sini ? Siap dukung Ayla bagai", Medina dijeling Hannah.

"Saya dijemput. Jadi, tak baik kan kalau orang dah dijemput, tapi tak datang pula. Dah lah, jom Eyya, kita makan dekat tempat lain", belum sempat Medina melangkah kaki, Hannah menolak belakangnya. Nasib baik, Ayla kekal dalam pelukan. Hanya makanan Medina yang bertaburan dilantai.

"Woo, woo, girl, look, you've crossed the line. Nasib baik Ayla tak jatuh. Kalau tak-", belum sempat dia habis berbicara,

"Kalau tak apa ? Kau ni ... Kau lagi ?! Haish, kau ni memang stalker aku ke apa ? Mana aku pergi, semua ada kau.", dengus Ammar.

"Mana awak pergi, saya ada ? Wah, angau nampak ?", sarkastik bahasa Medina menaikkan baran Ammar.

"Hey, perempuan ! Siapa jemput kau datang sini hah ? Siapa ?!",

"Mummy yang jemput dia. Awat ni abang ?! Why'd you look so furious ? Why Hannah ?", Datin Rania kekeliruan.

"Ni hah auntie, dia ni lah yang Hannah cerita haritu. Dia yang pushed Hannah to the floor.", Medina terbatuk perli. Ammar menjelingnya tajam sekali.

"Look, I don't want any scenes here. Abang, drop it ! Settle down both of you. Aaisyah, Medina, come inside.", bisik Datin Rania. Nadanya berbunyi tegas.

"Ish, perempuan ni ! Dah la baju macam zaman purba !", bisik Hannah pada Ammar. Ammar hanya mengangguk. Dia fikir, baju gadis itu biasa saja. Lebih kurang gaya mummy nya juga. Cuma, mungkin lebih tertutup.

'Boleh tahan jugak style perempuan bajet alim ni', bisik hati kecil Ammar.

---

"Medina tidur sini saja lah malam ni ya?", ujar Datin Rania pada Medina yang bangun dari mendodoikan Aaisyah yang kepenatan bermain seharian dengannya.

"Eh, auntie.. Tak pe lah. Medina rasa tak eloklah pula sleepover dalam rumah yang ada lelaki bukan mahram. I'll go back home by tonight juga. Lagipun, siapa nak hantar Arasy balik, right ?", ujar Medina panjang lebar. Datin Rania berfikir seketika, lantas mengangguk memahaminya.

Arasy sedang menunggunya diruang tamu, masih berbual dengan kakak Datin Rania, yang pernah bersuamikan orang Indonesia sepertinya. Medina meminta izin Datin Rania untuk meminum air sebentar dan dia pun ke dapur.

Setelah meneguk dua cawan air sejuk, dia mencucinya disingki. Sedang dia mencuci disingki, bunyi tapak kaki masuk,

"Uish, kau ni lagi ! Terkejut aku !", Ammar masuk kedalam dapur, hampir terlepas pinggan Pyrex Datin Rania itu. Medina hanya memusingkan matanya ke atas.

"Buat apa lagi dekat sini ? Tak cukup ke makan free tadi ? Nak tidur free pulak malam ni ?", pedas kata-kata Ammar itu menaikkan kemarahan Medina.

"Dari tidur disini, saya lebih rela tidur di dalam kereta saya. Lagi selesa.", Ammar mencebik mengajuk kata-kata Medina. Bengang Medina, dia memercik air dari tangannya ke arah Ammar.

"Eh ! Apa ni ! Main kasar nampak...", Ammar pula memercikkan air kepadanya. Bertambah geram Medina, diikutkan, nak saja dia simbah sebaldi air. Tapi, dia mengambil langkah berlalu pergi.

"Dah lah, duduk dengan awak ni boleh jadi gila.", dia menuju ke pintu utama dapur.

"Hey, perempuan tudung khemah... Kalau kau gila pun, sebab kau gilakan aku !", Ammar bangga diri.

"Sorry, My name is Medina Haura binti Ahmadi bukan perempuan tudung khemah. And, for your information, YOU ARE NOT MY TYPE.", Dia menjegilkan matanya kepada Ammar.

"Eleh, do I look like I care about your name ? Plus, YOU ARE NOT MY TYPE EITHER.", Ammar keluar dari dapur. Bahu Medina hampir dilanggar, namun sempat dia mengelak.

---

You Are NOT My Type !Where stories live. Discover now