1

3.3K 93 3
                                    

BAB 1
First Meeting

"Okay, that's all for today. As usual, assignment on my desk by this evening.", tegas arahan pensyarah Medina.

Medina mengeluh kuat. Tugasannya diberi pada rakannya, Azwa untuk dihantar pada Mr. Harriz. Perlahan kakinya melangkah ke kereta Range Rover hadiah Encik Ahmadi dan Puan Baizura untuknya. Baru saja langkahnya terhenti dihadapan pintu kereta, dia disapa oleh rakannya, Arasy.

"Medina.. Aku tahu kamu lagi sibuk, tapi aku mahu minta tolong kamu sebentar aja", pinta Arasy. Masih pekat dialek Indonesianya walau sudah 3 tahun belajar di Malaysia.

"Ya, apa Arasy ? Aku bisa aja bantu kamu.", Medina mengukir senyuman. Dia sentiasa menuruti segala kata-kata abi nya, Encik Ahmadi,

'Walau buruk macam mana keadaan kita, kalau orang perlukan pertolongan, ringankan tangan, kayakan senyuman.'

Arasy meminta Medina menemaninya ke Pavilion kerana Arasy perlu mencari bahan hiasan untuk majlis makan malam tahunan bersama universiti tersebut minggu hadapan. Medina bersetuju. Black Matte Range Rover Medina laju meluncur ke Pavillion.

"Ayuh, kita ke tingkat atas aja ya ? Aku fikir, ada barang yang menarik disana.", ajak Arasy. Medina tersenyum mengikuti Arasy. Sepanjang mereka bersahabat, Arasy memang seorang yang periang orang nya.

Tanpa Medina sedari, dia dibawa ke kedai MNG Mango.

"Eh, katanya nak beli barang hiasan ? Kenapa ke sini pula ?", Medina kehairanan.

"Hehe, aku mau cari baju baru juga. Kamu sudah punya dress buat makan malam itu ? Kalau tidak, ayuh, beli bareng ya ?", ajak Arasy. Senyum manisnya tak pernah menggagalkan hari Medina. Medina tertawa kecil.

"Arasy, kamu beli saja apa-apa dulu. Saya mahu kesana ya ?", Medina menunjukkan kearah aksesori. Arasy mengangguk tanda setuju. Laju saja kaki Arasy ke baju-baju keluaran terbaru itu.

Entah mengapa, Medina seperti 'out of zone' pada hari tersebut. Dia berjalan, tanpa dia sedari, dia terlanggar dengan seorang gadis. Badang ramping, seksi, punggung dan dadanya jelas terbentuk dari baju dress yang ketat membaluti tubuhnya itu.

"Allahu... cik, saya minta maaf ! I was out of zone. Sorry cik !", berkali-kali Medina meminta maaf kepada gadis tersebut.

"You were out of zone ? Hey, kalau nak berangan, dont go here okay ! Duduk diam-diam dekat masjid", Sepertinya mulut pedas gadis tersebut memerli Medina.

"I beg your pardon ? Miss, I said I was sorry right ?", Belum gadis itu kenal pedas lagi mulut si Medina. Ditelan barannya.

Tiba-tiba seorang lelaki, bertubuh sedikit sasa menghampiri mereka.

"What's wrong here, Hannah ?", Lelaki tersebut memeriksa gadis tadi, Hannah barangkali namanya.

Hannah mengaduh kesakitan. Padahal, Medina yang tersungkur diatas lantai tadi. Hanya barang ditangan gadis itu terjatuh diatas lantai. Kejadian tersebut memang menampakkan seperti Hannah yang terjatuh.

'This girl, seriously drive me nuts !', bisik hati kecil Medina.

"Ouch, baby... I sakit... This girl, tak reti tengok depan agak nya bila berjalan.", Hannah menjeling Medina. Arasy datang menghadiri kejadian itu.

"Kenapa Medina ? Kamu tidak kenapa-kenapa kan ?", Arasy kelihatan cemas. Medina mengangguk tersenyum. Sikunya terasa pedih. Dia tahu, sikunya sudahpun luka.

"Eh, what's your name again ?", Lelaki itu mendengus marah, Medina hanya mengerling.

"Wow. Rude enough eh ? Perempuan bertudung litup macam ni biadap jugak kan ? Kau ni layak buang je ni", ditujukan jadi di kepala terlilit bidang '60 Medina itu, "...dari kepala kau ! Si-", Belum sempat lelaki tersebut menghabiskan ayatnya,

"Hey, you ! Watch your mouth eh ! Kalau gak tahu hukum, masuk tadika lagi aja !", Arasy boleh tahan beraninya berdebat dengan orang.

"Kau !", Lelaki itu menuding jarinya ke arah Arasy.

Hannah yang sudah ketakutan dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, dia menarik lelaki tersebut.

"Ammar, baby, it's okay, let's just drop it okay ? Let's go.",

'oh Ammar nama lelaki ni', Medina fikir. Direnung Ammar setajam-tajamnya.

Mereka pun berlalu pergi.

"Hey, Medina...", ternganga besar mulut Arasy melihat baju Medina dibahagian sikunya berdarah.

"Kamu pendarahan Med ! Ayuh, kita ke tandas yuk !", Arasy laju menarik tangan Medina. Medina berkali-kali meyakinkan Arasy bahawa dia baik-baik sahaja. Tapi, diikutkan sahaja rakannya yang 'caring' itu.

Petang itu, mereka pulang ke rumah dengan Arasy membawa kereta. Arasy tetap berkeras menjadi 'driver' Medina kerana luka Medina dianggapnya parah.

---

Usai solat Maghrib, Medina dan Arasy melakukan tadarus. Arasy membuat keputusan untuk bermalam dirumah Medina memandangkan dia menganggap luka Medina terlalu serius dan tidak dapat menghantarnya pulang.

Medina juga seronok. Mana tidaknya, jarang sekali rakannya meluangkan masa dengannya di penghujung semester begitu. Mujur, mereka tiada kelas selama dua hari.

Tadarus berakhir. Arasy dan Medina meletakkan tafsir mereka diatas meja. Dicabut telekung mereka dihamparkan diatas kerusi belajar lutsinar milik Medina.

"Ahhh", Medina melemparkan diri diatas katilnya yang empuk itu.

"Penat ya ?", Arasy bertanya sambil menyisir rambutnya.

"Ya... Saya gak tahu, mengapa saya sepertinya diluar kawalan hari ini", Arasy mengangguk tanda dia memahami Medina itu tertekan kerana final exam mereka semakin hampir.

"Aku geram sekali sama lelaki tadi. Apa namanya tadi kamu sebut ?",

"Ammar...", Medina menjawab lemah.

"Ya, Ammar... Ish, kalau saja aku kenal dia. Aku mahu bubuh cabai saja dalam mulutnya. Biar dia tahu rasa !", dengus Arasy kemarahan.

"Uish kamu ini Arasy... Kuat berdendam ya ? Sudah... let's drop it.", Medina malas memikirkan kejadian petang tadi.

Azan Isya' berkumandang, mereka terus solat dan tidur. Seharian mengharungi detik sukar, akhirnya Allah beri peluang pada mereka untuk berehat.

-
-
-

You Are NOT My Type !Where stories live. Discover now