BAB 9
Stay With MeAmmar's P.O.V.
Fuh ! Fuh ! Fuh ! Betul ke apa yang aku nampak depan mata aku ni ?! Wah wah, bukan main cantik lagi dia pakai depan mummy aku. Depan aku, kata malu lah apa lah.
Medina turun mengenakan sehelai t-shirt berlengan pendek berwarna pink lembut yang sesuai dengan kulit dia yang putih tu. Seluar joggers Nike dia yang seperti biasa dia pakai setiap hari. Rambut dia pulak, dia ikat dalam ponytail style !
Lengan dia, leher dia yang jenjang, rambut dia yang panjang beralun, semua tu dia tak pernah tunjuk dekat aku ! Mungkin inikah yang dikatakan, yang tertutup itu lebih indah ? Baru aku faham, orang yang lebih menutup aurat ni, hanya kerana apa yang selayaknya dipandang buat yang halal sahaja.
Beruntung lah aku. Bentuk badan dia yang cantik dan seksi tu, selalu tertutup disebalik pakaian dia yang longgar dan labuh. Kulit dia yang putih mulus tu, terlindung disebalik setiap inci kain yang menutupi segala auratnya.
Betul lah, memang indah.
---
"Hah, Ammar... Dok tercegat kat situ pasai apa ? Mai duduk kat sini !", ajak Datin Rania. Ammar pun mengambil tempat duduk disebelah Medina.
"Hmm, mummy datang ni kenapa ? Ada urusan penting ke ?",
"Aik ? Mummy kena buat appointment jugak ka nak jumpa dengan anak mummy ? Awat, mummy dah tak boleh tengok anak mummy lagi ka ?",
"Eh, tak lah macam tu... Abang terkejut je, ye lah mummy datang secara mendadak macam ni.",
"Hmph, mummy saja ja mai sini nak tengok hang pa... Amboi, abang... semenjak honeymoon dah tak mau jumpa mummy dah... Maklumlah, isteri cantik macam ni... Patut pun tak mau keluaq rumah...", ujar Datin Rania panjang. Ammar tersenyum bagai kerang busuk.
"Eh, mummy ni ada saja... Tak lah, Ammar bukan tak nak keluar rumah... Dia sibuk sangat. Mummy pun tahu kan, Ammar ni workaholic.",
"Hmm, mummy tau tu.. Alah, takpa mummy faham... Ni, abang... Mummy tidoq sini untuk beberapa hari ni nah ? Pasai Papa outstation, Aniq pulak pi holiday dengan kawan-kawan dia... Bosan lah mummy dok di rumah tu sorang-sorang...",
Ammar dan Medina saling berpandangan, masing-masing terkejut.
"Er, um, oh, okay mummy... Mummy tidur lah dekat depan master bedroom tu...", ujar Ammar teragak-agak kerana itu adalah bilik tidur Medina.
Medina yang mendengar kata-kata Ammar tadi memusing kepada Ammar membisik bertanyakan tempat tidurnya. Ammar hanya menggeleng kepala dan meletakkan jari di bibir.
"Okay lah... Ecah dah ngantuk dah tu, mummy pun nak pi tidoq ni. Penat.", Ammar hanya mengangguk, Medina memberi Aaisyah pada Datin Rania. Kemudian, Datin Rania terus naik ke atas.
---
"Dah, jom makan.", ajak Ammar.
Mereka berdua pun berjalan ke meja makan didapur. Meja makan disebahagian ruang tamu itu hanya digunakan apabila ada tetamu yang hadir ke rumah. Ammar mengambil tempat duduk, hanya melihatkan Medina menceduk nasi dan lauk.
"Hah, sekarang ni saya nak tidur mana ?", Medina mengganggu lamunan Ammar.
"Tidur dekat bilik aku lah. Kalau kau tidur dekat bilik lain, habis terbongkar rahsia kita selama ni yang kau tidur bilik lain, aku tidur bilik lain.",
"Dengan awak ?!", membulat mata Medina terkejut dengan arahan Ammar.
"Alah, tidur je kan ? Bukannya aku apa-apa kan kau pun... Kalau ya pun kau di 'apa-apa' kan, kau tak boleh dakwa aku... Kita dah halal...", Ammar mengangkat sebelah kening.
"Pervert...", ujar Medina menolak siku Ammar disebelahnya. Ammar hanya tertawa.
---
"Fuh, bro... Tak boleh jadi ni... Aku tak boleh kalah dengan nafsu aku malam ni bro.", Ammar yang sedang bercakap dengan Adam ditelefon ketika Medina sedang berada didalam bilik airnya.
"Bro... Kau cuba buat dia marah malam ni... So, bila dia marah, korang sama-sama sakit hati. Bila sakit hati, kau lupalah nafsu kau tu !", arah Adam.
"Tapi macam mana aku nak buat dia marah ?",
"Hmm, kau rasa perempuan sensetif dengan apa ?",
"Hmm... make-up ?!",
"ting, ting, ting ! you've hit the jackpot ! Now, go find something from her stuff and mess it up. Make it look like an accident.", arah Adam lagi. Ammar bersetuju kemudian masing-masing mematikan talian.
'Make-up... Make-up... Make-up... Hah!', bisik hati kecil Ammar yang telah menjumpai sebuah beg kecil didalam tas tangan Saint Laurent Medina.
Ammar menggeledah beg kecil itu dengan cepat, namun apa yang dia dapati adalah losyen tangan, hand sanitizer, tisu lembap dan pelembap bibir tiada warna. Dia cuba menggeledah lagi beg tangan Medina. Hanya ada sebuah tafsir, sebotol minyak wangi dan sapu tangan.
'Dia ni... tak pakai alat solek ke...', bisik hati kecil Ammar.
*ting !*
Bunyi notifikasi dari telefon Medina, membuatkan Ammar mendekati telefonnya.
'Peh, perempuan ni ada IG rupanya...',
Ammar pun mula scroll gambar-gambar yang terdapat dalam akaun Medina. Terdapat banyak fotografi alam dan gambar Aaisyah. Dia scroll lagi dan lagi...
'eh ? gambar aku ?!', Ammar menekan foto tersebut, gambarnya diperlihatkan.
"My view's looking into the view ❤"
"He patiently waiting for his wife. I'm sorry, my husband"
"The smile that light up my whole world 😍"
Ammar tersenyum sendiri. Dia cepat-cepat keluar dari aplikasi tersebut dan meletakkan segalanya ke tempat asal apabila mendengar Medina memegang tombol pintu bilik air. Ammar terus berbaring diatas katil.
"Eh ? Tak tidur lagi ? Awak... dah dekat pukul 12 ni... Awak kata esok ada meeting penting...", ujar Medina sambil meluru berjalan kearah tas tangannya dan mengambil losyen. Disapukan losyen ditangan dan dileher.
'Tsst', Ammar mengerang.
"Erh ? Awak okay ke tak ni ? Sakit ke ? Dekat mana ? Nak saya ambil ubat ?", Medina cepat-cepat mendekati Ammar yang terbaring diatas katil.
Ammar melihatkan Medina dengan rambutnya yang lepas teralun lembut, berbau wangi itu, semakin dia mengerang tetapi ditahan sedikit.
"Dekat sini", Ammar menunjukkan sakitnya di dadanya. Medina yang memahami gurauan Ammar itu memusingkan matanya keatas.
"Ish, awak ni ! Main-main pulak... Dah lah, tidur. Saya tidur dekat sana.", Medina menunjukkan sofa ditepi pintu bilik. Belum sempat Medina bangun dari katil Ammar, Ammar menarik tangannya. Badan Medina jatuh rebah diatas badan Ammar.
"Stay with me, on this bed, tonight.", bisik Ammar.
Malam pun larut membawa bersama rahsia mereka berdua.
.
.
./// what the actual heck im writing ?!?!?!?!? asdfghjkl; i literally am not gonna write anything smut in here.
YOU ARE READING
You Are NOT My Type !
RomanceKisah tentang Medina Haura yang menginginkan seorang suami ala-ala ustaz, Ammar pula menginginkan seorang isteri yang mudah bersosial, up to date apabila berfesyen. TETAPI tetapi Allah menentukan disebaliknya setelah takdirNya, mereka bertemu. Aras...