BAB 2

103K 526 9
                                    



Tahun 201x

"Diann woii cepat la bersiap. Aku dah lambat ni nak pergi sekolah. Bersiap mengalahkan perempuan" jerit Mohd Danish Aryan bersertakan bebelan. Dia berjalan menuju ke meja makan dimana mama dan papanya sedang sarapan.

"Hish kamu ni Dani, Dian tu memang perempuan pun, yang kamu kata macam tu kenapa. Sabar la sikit. Tunggu la dia kejap. Sarapan dulu." ucap Datin Irni sambil menuangkan air kopi dalam cawan suaminya.

"Dah lambat ni, Dani nak cepat-cepat pergi sekolah."

"Kalau ya pun makan la dulu. Penat mama buatkan sarapan ni untuk kamu ni" Datin Irni menunjukkan muka sedih.

"Yelah mamaku sayang." Danish menayangkan sengihan.

Setelah beberapa minit akhirnya Diana turun juga. Gaya Diana memang biasa campur nerd sikit tapi boleh mengetarkan hati siapa sahaja yang tengok termasuklah Danish. Tapi Danish ego untuk mengakunya.

"Haa turun pun tuan puteri mama ni. Ingatkan dah tak jumpa jalan turun tadi." Perli Danish lantas menyambung suapannya kembali.

"Kamu ni Dani. Kalau tak cari gaduh setiap hari memang bukan kerja kamu ni." Bebel Datin Irni kepada anak lakinya yang memang mulut puaka tu.

"Ok la mama, Dani pergi sekolah dululah. Sayang mama, love you." Danish bangun dari kerusi lalu mengambil bag sekolah disebelah lantas menyalam tangan mama dan papanya dan diikuti salaman dari Diana dan terus Danish menuju keluar ke keretanya.

"Ma Pa, Dian pun nak pergi dah ni. Bye ma, pa. Assalamualaikum." Diana pun bangun dan mengikut Danish menuju ke kereta di luar.

Masuknya mereka di dalam kereta, Danish terus start memandu sambil memberikan amaran kepda Diana.

"Dengar sini, Harini first day kau kan kat sekolah aku. So aku nak kau simpan rahsia yang kita ni adik beradik angkat. Aku taknak sapa pun tau yang kau tu adik aku. Sebenarnya aku tak pernah anggap kau adik aku. Kau tak layak ok." Diana hanya menjeling tajam kepada Danish. 'Macam la aku teringin sangat nak jadi adik kau tu. Haktuih.' bebel Diana dalam hati.

"Yelah aku tahu. Kau kan handsome, tahu la kau malu nak mengaku yang aku ni adik kau kan. Takpa abang aku tak kisah pun. Asalkan kau bahagia sudah" Nak termuntah Diana mengungkap ayat pasrah itu sedangkan hati jehh menyumpah seranah 'macam la aku kisah sangat. tuih tuih.'

"Haaa bagus la sedar diri pun kau ni. Aku nak bila kat sekolah nanti kau buat tak kenal ja dengan aku tau. FAHAM!?"

"Ya, Faham." Diana terus menjeling matanya keatas tanda menyampah.

"Okey sampai dah. Kau boleh turun." Danish terus memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Eh, takkan la kau nak turunkan aku kat bus stop ni je kod? Agak-agak la weh." Diana cuba mengawal amarahnya.

"Kau tak dengar ka apa aku kata tadi. Aku taknak orang lain tau yang kita ni ada hubungan adik beradik. KAU FAHAM TAK?" jerkah Danish.

"Dah, takyah buat muka. Kau keluar sekarang. GET OUT!" terus Diana keluar dari kereta Danish. Danish terus memecut laju ketetanya meninggalkan Diana.

"Hish dia ni pun macam la aku pekak nak jerkah-jerkah macam tu. Huh. Nasib sekolah dekat ja depan tu. Terpaksa la setiap hari aku exercise dari sini pergi sekolah."

..........

Diana POV

Kelas 5 Delta yang tadinya riuh bagaikan Pekan Ahad yang selalu Diana pergi itu terus senyap sampaikan orang kentut pun boleh dengar (hahaha mengarut) setibanya Cikgu Husna masuk bersama seorang murid baru iaitu akulah la sapa lagi kan. Adeh tu pun tak tahu ke huhu.

"Selamat pagi cikgu." Ucap ketua kelas Amri dan diikuti semua murid kelas itu.

"Selamat pagi." jawab Cikgu Husna.

"Okey harini kelas kita ada murid baru. Sila perkenalkan diri." Kata Cikgu Husna lantas meminta Diana memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, hai semua, nama saya Nur Diana Miasara binti  Khairul. Saya pindah ke sekolah ni sebab senang nak datang sekolah dengan abang. Sekolah lama jauh sangat susah nak pergi. takdak sapa nak hantar hahahaha" Orang suruh perkenalkan diri yang aku melalut sampai sekolah lama ni kenapa. Malu la pulak tengok diaorang pandang aku semacam. Aku mengeluh dalam hati.

"Wow awek segak. Ada boyfriend tak lagi ni?"

"Cantiknya mata kau. Brown teruk beb. Juling mata aku tengok."

"Kenapa kau cantik sangat. Jeles aku tengok."

"Abang kau sekolah sini ke? Sapa nama weh?"

"Cantik la rambut kau, boleh buat aku tergugat iman." wtf budak ni. Aku hanya menjelingnya.

Haaa tudia banyak gila soalan daripada diaorang ni. Pening nak layan doe. Soalan mengarut pula tu. Tarak aarh aku nak jawab. Pigirah.

"Eh, cukup-cukup la korang ni, kesian kat dia korang tanya soalan macam tu. Dah kamu Diana pergi duduk tempat kosong sebelah Aina tu." Fuhh nasib baik Cikgu Husna hentikan soalan mereka ni, kalau tak sampai kesudah tak habis.

Aku pun berjalan menuju ke tempat yang dikatakan oleh cikgu Husna tadi. Sepanjang perjalanan aku, aku merasa seperti semua mata memandang aku. Hahaha aku tau aku segak. Huahuahua. 'So welcome to new life at new school.' ucapku dalam hati.

"Hai aku Aina. Selamat berkenalan." ucap Aina sesudahnya aku duduk disebelahnya.

"Hai Aina. Kenal aku dah kan. Hahaha. Ermm nak tanya kenapa diaorang tengok aku macam tu. Macam tak pernah tengok orang pun ada." soal aku kepada Aina.

"Ala, takkan kau tak tau. Kau kan cantik macam Nora Danish persis muda sikit. Tu yang diaorang tengok kau especially budak lelaki tengok kau tak lepas babe." Aina ni duk puji aku pasai apa. Taktau ka yang aku ni duk kembang sekuali dah ni. HAHAHA. mohonkelaut.

"Hahaha kau ni ada-ada ja. Apa-apa jelah. Weh aku harap kita dapat jadi kawan baik. Boleh kan?" Tak malu aku mintak nak jadi bff dia. Terpaksa la weh. Kalau kau tak peramah cari kawan susah hidup kau nanti. hashtag jadilah seperti Diana. Kuangkuang.

"ofkos la boleh. Dialu-alukan. Lagi la aku suka jadi kawan kau ni. Boleh tumpang popular sekali. kau kan cantik. hahahahahaha. aduh." mengadu Aina kesakitan akibat dicubit oleh aku. Tula cakap lagi macam tu. Tengok tu baru dapat kawan dah buat pala main cubit-cubit orang. Takpasal dia taknak kawan ngan kau haru hidupmu. hukhukhuk. I mintak maap Aina. i lap you my new fwend. Hanya terluah di dalam hati ja.

"Okey thank Aina. Aku appreciate sesangat."

"Okey kawanku. Japgi kita rehat sekali nah." Aku hanya angguk tanda setuju. Yeah. Yeah dapat kawan baru

●●●●●●●●●●

Kalau la dikatakan ada typo. Lantak la asalkan faham udah ye hahahahahahahaha *nosepick*

𝘈𝘤𝘵𝘶𝘢𝘭𝘭𝘺, 𝘐 𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘠𝘰𝘶Where stories live. Discover now