Diana POVSebelum keluar dari bilik aku memandang ke kiri dan kanan dulu. Takdak sapa. Okey line clear. Chau! Aku pantas berlari turun ke bawah dengan cepat. Takut tersempak dengan Danish pula. Lain pula jadi. Hihi.
Aku menuju ke dapur. Okey Danish takdak kat situ. Hanya ada mama dan papa saja. Malas nak tunggu lama terus aku rembat saja roti atas meja tanpa mempedulikan mereka.
"Awal turun, Danish pun tak siap lagi tu. Tak nak duduk dulu ke." Tegur mama selepas melihat aku seperti tergesa-gesa. Aku hanya mengeleng tanda tidak mahu.
"Err... papa kalau suruh Pak Imran hantarkan Dian ke sekolah boleh tak?" Tanya aku separuh berharap. Walaupun aku tahu takkan dapat punya. Sebab Pak Imran driver papa.
"Dahtu sapa nak hantar papa ke pejabat. Dia kan driver papa." Alahai kau kenapa tanya soalan macamtu. Kalau nak driver cari la sendiri. Mesti papanya akan kata macamtu dalam hati. Haha takdala.
"Ehem.. jom la cepat, dah lambat ni." Terkejut aku apabila ada suara bersuara di belakang telinga aku. Apalah dia ni lemah jantung ingatkan setan mana tadi. Ehh tak baik cakap kat abang macamtu.
Aku menjulingkan mata ke atas lantas menghampiri mama dan papa. Tangan kuhulur dan menyalam mereka berdua. Terus aku menuju keluar tanpa memandang Danish. Mama dan Papa yang memandang pelik aku hiraukan.
****
Sampai sahaja kereta Danish di perhentian bas berdekatan sekolah terus diberhentikan keretanya. Aku memandangnya. Dia memandang kehadapan dan masih senyap. Pahal dia ni.
"Keluar la. Sampai bila nak tenung aku." Terkejut aku disergah begitu pantas aku mencapai beg dan melangkah keluar dari kereta.
Terus kereta Danish meluncur laju dan masuk ke perkarangan sekolah. Aku mengeluh dengan mood Danish yang kadang-kadang tak tentu.
Tanpa membuang masa aku berjalan menuju ke sekolah. Nasib masa awal lagi. Terdapat banyak kereta mewah yang menghantar pelajar ke sekolah memberhentikan kereta di depan pagar.
Aku nak juga macam tu. Tapi apakan daya Danish taknak pelajar lain tahu bahawa kitaorang adik-beradik angkat. Jadi ditinggalkan aku di perhentian bas. Korang tahu dah kan.
Aku nak juga pandu kereta sendiri. Lesen dah ada tapi entah la mama dan papa masih tak benarkan. Dikatakan ada Danish yang boleh pergi sekolah sekali. Kata papa naik kereta sekali boleh save minyak petrol.
Kalau mama dan papa tahu yang selama ini Danish selalu tinggal aku kat perhentian bas, mesti mama dan papa akan mengamuk. Sebab agak jauh la juga jarak dari sini ke sekolah. Hahaha.
Sampai sahaja aku di perkarangan sekolah aku bertembung dengan pengawas-pengawas yang bertugas di depan pagar sekolah.
Mereka menayangkan senyuman manis kepadaku. Aku pun balaslah kembali. Ni kalau lambat takdak maknanya pengawas-pengawas ni nak senyum. Dijeling dan suruh dituliskan nama lagi adalah.
"Morning Diann." Bahu aku ditepuk dari belakang. Aku berpaling muka ke arahnya. Si Arina kot namanya.
Aku menjeling ke arah nametag dia. Okey betul. Dia ni salah sorang kawan baru aku. Sekelas denganku.
"Morning too. Mana yang lain?" Tanya aku ya ya ja kepada Arina sambil kaki kami berdua berjalan menuju ke dalam sekolah.
Aku bukan kenal sangat pun dengan classmates yang lain. Acah-acah ja tanya. Loker kami tuju sebelum ke tapak perhimpunan.