HAPPY NEW YEAR !! 🤩🤭••••••••••••••••••
Diana POV
Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur. Tiada sapa di dapur. Almaklum la aku bangun lambat harini. Sabtu kan. Confirm-confirm la bangun lambat.
Nasi goreng yang dirembat dari dapur aku bawa ke kaunter dan aku duduk disitu. Aku mulakan makan sambil tangan menscroll telefonku. Telefon dan aku tak dapat dipisahkan.
Selepas sahaja menghabiskan makanan aku menuju ke ruang tamu. Aku membuka television. Channel KBS aku buka. Layan drama korea dahulu.
Sunyi sahaja harini. Kelibat mama, papa dan Danish pun tak kelihatan. Apabila semua tayangan mula memberikan kebosanan aku mula menukar-nukar channel.
"Weh." Tegur seseorang dari belakang. Terpelanting remote tv apabila terkejut dijerkah dari belakang. Aku kutip balik dan aku letakkan di atas meja kopi depanku.
Terus dia melompat dan duduk di tepi aku. Aku memandangnya tajam. Tiba-tiba saja muncul macam hantu. Boleh lemah jantung aku macam ni. Kalau aku depress nanti jangan cakap kenapa aku nak bunuh diri. Hahaha gurau.
Aku mengangkatkan kening sambil memandangnya. Menanyakan soalan kepadanya mengapa dia memanggil sebentar tadi.
"Bosan." Luahnya. Dicapai remote tv yang terbaling tadi lantas menukar siaran kegemarannya.
Eh dia ni penat aku cari channel yang best boleh pula dia pergi tukar. Cerita WWE pula tu. What de. Sakit mata aku melihat jantan-jantan hanya berseluar dalam sambil fight.
"Yela. Aku pun bosan juga." Kataku mencapai bantal di sebelah sofa dan aku peluk bantal itu. Kepalaku aku sandarkan ke bahu Danish. Acah tak malu sikit. Kisah apa.
Terus dia menolak bahu aku. Aku menjelingnya. Time aku nak bermanja dia tolak. Time dia nak bermanja dengan aku, aku pula yang tolak. Hahaha adil sekarang.
Iphonenya berdering tanda ada mesej masuk. Dicapai telefonnya yang sudah terpele'ot' di dalam sofa akibat punggung Danish yang besar. Act biasa ja punggung dia sebenarnya.
Aku kerling Danish sepintas lalu. Malas nak ambil tahu. Mungkin girlfriend dia kot. Dah tu takkan saja-saja nak post ajet broken heart kat story ws.
Keyboard telefonnya berbunyi tanda Danish membalas mesej berkenaan. Actually nak tahu juga aku apa yang dimesejnya. Bukan main panjang lagi karang ayat itu aku dengar.
"Sapa?" Tanya aku sambil mengintai sedikit dari sini. Aku injak sedikit ke arah Danish supaya lebih dapat melihat telefonnya. Ditolak aku kembali.
"Sibuk ja kau budak." Danish terus mengangkat punggungnya lantas berlalu ke biliknya. Aku mengeluh. Kedekut piang.
Remote aku capai dan aku menukar siaran lain. Makin sakit hati pula aku tengok diaorang pakai seluar dalam ni.
Beberapa minit kemudian Danish kembali turun dan berdiri di tepi sofa yang aku duduk ini. Sambil itu dia masih lagi menghadap telefonnya.
"Bersiap. Kawan aku ajak bercuti." Katanya. What. Kalau cuti selolah panjang takpala juga nak ajak. Ni cuti dua hari ja kot. Esok dah ahad. Isnin dah sekolah.
Aku membuat muka pelik memandangnya. Buang tebiat ka apa kawan-kawannya. Tak puas la macam ni. Tunggu la cuti panjang baru syok.
"Pergi mana?" Tanya aku lalu aku berdiri di hadapannya sambil mengcekak pinggang. Macam mak nak marah anaknya.