BAB 6

69.9K 831 26
                                    

Hi. Sebelum tu tekan la dulu '⭐️' Hehe thanks you 😍 Muahhh cikid 💁🏻👋🏻

Diana POV

Ting.

Satu noti whatsapp masuk. Diana mencapai telefonnya di atas meja tepi katil. 'Sapa la pula mengacau aku tidur ni.' Monolog Diana dalam hati.

Lantas jam di telefonnya dikerling, baru pukul 8 pagi. Nasib harini sabtu bolehlah aku guling-guling bermalasan satu hari atas katil.

Noti whatsapp aku buka. Dari Aina. Haih apalah yang dia nak pagi-pagi ni. Macam malas ja aku nak layan.

Wei. Kau busy tak. Jom keluar. Aku amik kau. Aku bosan ni. Huhu jom la teman aku hiking.
-Aina-

Hiking budak ni ajak aku. Memang la aku minat aktiviti lasak macam ni. Masalahnya kenapa bagitau last minit. Kalau dari semalam boleh-boleh la aku packing barang.

Haa boleh2. Satgi kau amik aku pukul 2 petang. Aku nak gi kemas barang.
-Aku-

Kalau dia bagitau awal-awal kan senang. Dapat la juga pergi hiking selepas subuh. Baru best dapat hirup udara segar. Ini tak chat aku lambat terpaksa la pergi petang. Kalau pergi sekarang tak pasal hiking time tengahari. Woii boleh terbakar kulit aku nanti.

Aku bangun dari katil dan mencapai towel. Bilik air aku tuju. Mandi dulu apa-apa pun. Selepas mandi aku memakai bathrobe dan towel tadi aku gulung rambut aku.

Malas nak pakai baju lagi. Aku mencapai beg dan sumbat barang-barang yang hendak dibawa untuk hiking.

Selepas siap berkemas baru aku terus pakai baju. Perut pun dah lapar cepat-cepat aku turun ke bawah dan menuju ke meja makan.

Mama, Papa dan abang pun dah ada kat meja makan. Apasal mereka pun makan lambat juga harini? Macam aku memang suka sarapan lambat bila hari cuti. Papa pula tak kerja ka harini.

"Hai anak dara sorang ni baru bangun ke. Ni dah mandi ke belum." Tanya mama selepas aku duduk di sebelahnya di meja makan.

"Dah mandi mama." Takkan la mama tak nampak yang rambut aku ni masih lagi basah. Takpala. Aku pantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Papa tak kerja ka harini?" Papa macam biasa makan sambil membaca surat khabar.

"Tak. Malas. Papa nak pergi main golf lepas ni." Aduhai papa aku sorang ni. Mentang-mentang dia boss kat syarikat sendiri senang-senang ja nak ponteng sesuka hati. Aku hanya sengih memandang papa. Abang Danish pula aku tengok hanya diam menjamah nasi. Biarla kat dia malas nak layan.

"Mama, papa harini Dian nak keluar dengan Aina. Nak pergi hiking. Nanti Aina datang ambil." Belum sempat mama dan papa bagi kata setuju terus Danish menyampuk.

"Aku ikut. Nanti naik keta aku la." Eh eh dia ni suka hati makbapak dia aja nak ikut. Sebok ja. Nanti apa pula kata Aina.

"Bagus juga kalau Dani ikut. Bolehla tengok-tengokkan Dian dengan Aina tu. Dahla kamu dua tu perempuan kalau jadi apa-apa macam mana. Baik Dani ikut boleh tolong jagakan." Mama dah bagi arahan. Alahai terpaksa la benarkan si Danish ni ikut. Menyemak adalah.

Ingat kami dua tak reti jaga diri ke. Semua aktiviti lasak kami terer la. Nasib tak duduk kat ipoh kalau tak dengan tembok-tembok ipoh tu kami panjat sekali. Hahaha gurau.

"Ha yela-yelah mama. Kami pergi petang satgi tau. Okey la nak naik atas dulu." Pantas aku naik ke bilik selepas membasuh pinggan dan cawan.

Ip6s plus aku capai. Whatsapp aku buka. Wah bagus Aina tengah online. Ni online mesti chat dengan pakwe. Macam la kita taktau.

Woi kau si gadis yang tak manis. Hahaha wei abang aku nak follow la kita hiking ni. Huhu ingatkn nak girlsdayout harini tapi terpaksa la ada boy sekali.
-Aku-

Wow abang Danish nak follow. Boleh beb boleh. Amat dialu-alukan. Dah la hensem boleh la cuci mata sikit.
-Aina-

Amboi kau. Satgi bawa satu keta jela. Naik keta abang aku. Nanti aku pergi amik kau. Kalau kau nak bawa bf kau sekali pun buleh.
-Aku-

Alright boss!! Taknak la bawa bf aku. Dia ada nanti takleh la aku nak usyar abang kau. Uhukk. Kita 3 dahla.
-Aina-

Apa-apa jelah. Okey blah dulu. Bye buwerkkk.
-Aku-

Terus aku lempar telefon ke atas katil. Bosannya. Lambat lagi nak pukul 2. Baik kau pergi bercucuk tanam kat taman mama tu. Aikk bila masa aku minat bertanam ni. Haih lantak la.

*****

Beg aku sumbat dalam bonet. Terus aku ke bahagian penumpang. Cepatkan aku siap sedangkan baru pukul 1:30 petang. Danish tu pun masih ada kat atas lagi.

Pintu belah pemandu dibuka dan Danish terus masuk. Segak sungguh abang aku ni. Dengan tshirt ketat polo berwarna biru digandingkan dengan cap nike atas kepala dan rayban dipakai di mata. Wah perfect.

"Tau la aku hensem. Takyah la tengok aku macam nak telan ja. Kalau nak sangat malam ni masuk bilik aku." Aku pantas mencubit lenggan dia. Amboi gatal sungguh. Terus dia megadu kesakitan. Padan muka tula ulat bulu sangat dengan aku kan dah kena.

"Eh eh perasan la. Aku tak tengok kau pun. Aku tengok tu hah rumah jiran sebelah. Tak sangka eh anak-anak kucing dia punya banyak." Sedangkan memang banyak pun anak-anak kucing jiran sebelah ni. Aduh nak cover line pun tak pandai. Failed.

Danish hanya sengih sinis memandang aku. Malas aku nak layan dia lantas ip6 plus aku capai dari dalam poket. Nak main game. Hilangkan bosan dari layankan orang sebelah ni.

"Jangan lupa pula, amik Aina." Aku menekan-nekan alamat Aina di waze. Actually aku pun taktau rumah Aina kat mana. Nasib dia bagi alamat. Boleh la waze tolong carikan.

Sampai di hadapan rumah Aina. Terus Aina masuk kedalam kereta. Bakhang rumah dia besar gila. Tapi aku punya rumah besar lagi. Hahaha ada riak disitu.

"Woi bedah apa khabar kau." Aduhai Aina ni nama aku punya sedap dia panggil kitak bedah.

"Amboi kau ni kiah sedap betul nama bedah yang kau sebut tu." Amik kau Aina. Kau panggil aku bedah aku panggil kau kiah. Baru adil kan.

Sepanjang perjalanan aku dan Aina sahaja yang banyak potpetpotpet dan menyanyi mengikut lagu di radio. Danish hanya diam fokus kepada pemanduan. Dah macam tunggul batu aku tengok.

Bukit Broga Semenyih Selangor kami tuju. Hanya memakan 40 minit sahaja untuk ke Semenyih dari KL. Yeah tak sabar aku nak hiking ni.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Sorry kalau ada typo. Enjoy !!

𝘈𝘤𝘵𝘶𝘢𝘭𝘭𝘺, 𝘐 𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘠𝘰𝘶Where stories live. Discover now