BAB 7

55.4K 398 18
                                    


Diana POV

Akhirnya perjalanan selama 40 minit itu berakhir juga. Sampai juga kami bertiga di Bukit Broga Semenyih ni. Kereta kami parking di dalam kebun kepala sawit. Wow ramai sungguh orang time hari cuti ni.

Kami bertiga keluar dari kereta dan menuju ke bonet. Beg kami keluarkan. Aku yang sememangnya membawa camera canon ni aku sangkutkan di leher. Nak hiking sambil tangkap gambar untuk simpan sebagai kenangan.

Kalau hiking selepas subuh mesti best kan. Tapi jangan lupa pula bawa lampu suluh sebab jalan nak naik ke puncak gelap jika pendakian bermula selepas subuh. Tapi kami datang waktu petang sama jela harus juga bawa juga lampu suluh mana tau sampai malam takpasal gelap kalau tak bawa lampu suluh.

Dan dekat bawah bukit juga ada orang jual makanan. Boleh la makan-makan atau berehat dulu kumpul tenaga sebelum nak memulakan dakian.

Lepas kami makan baru kami bertiga memulakan pendakian. Ia mengambil masa 50 minit untuk mendaki. Setelah sampai di puncak yang terakhir aku dan Aina mengambil gambar di signboard yang tertera 'Selamat Datang ke Puncak Bukit Broga' ini.

Ambil ketenangan dahulu di atas ni sambil-sambil menangkap gambar dan selepas berejam bersantai di atas ni baru kami cadang untuk turun.

"Seriously penat wei tapi seronok. Rasa macam nak datang lagi je." Kata aku ketika kami bertiga sedang berjalan menuju ke kereta. Dahi yang masih berpeluh aku lap dengan kain yang disangkut di bahu.

"Kann. Aku pun rasa macam nak datang lagi nanti." Terus kami bertiga masuk ke dalam kereta. Aku memandang Danish di sebelah. Dari tadi hiking sampai sekarang senyap ja. Malas la nak ganggu mood dia yang tah apa-apa tu.

Sebelum balik rumah kami bertiga lepak di mall dulu. Nasib baju tak berpeluh sangat kalau tak mesti busuk masa jalan-jalan dalam mall ni. Restoran kami tuju. Makan dulu meragam dah perut aku tahan lapar dari tadi.

(Part ini diambil dari babak drama Meh, Sandar Pada Aku.)

Danish yang duduk di hadapan aku ni nak makan ka nak usha aku ni. Hish tak selesa la pula dia ni. Aina disebelah aku ni pula duk jeling-jeling pandang aku. Apa kejadah dua orang ni.

"Difian" Haih Aina ni nak guna bahasa F pula dah. Layankan jela karenah dia ni. Tak layan tak pasal merajuk pula. Bukan dia taktau si Aina ni kaki kuat merajuk.

"Afapafa (apa)" Aku pula jeling Aina di sebelah ni. Kita layan jela si mengada ni. Mata aku julingkan keatas tanda menyampah dengan kawan baik sendiri.

"Afabafang kafau nifi lafa. Sifibufuk tefengofok kafau. Safakifik mafatafa afakufu. (Abang kau ni la. Sibuk tengok kau. Sakit mata aku.)" Hah tudia kau keluar terus bahasa alien dia ni.

"Yefekefe nifi. (Yeke ni.)" Terus kami berdua tergelak. Danish dihadapanku memandangku tajam lalu dijelingnya aku. Hamboi kau ingat kau cantik buat macamtu.

"Excuse me, kita ni duduk kat bumi tau. Bukan planet lain." Baru nak keluar suara si abang Danish ni. Susah betul nak cakap. Macam ada emas ja dalam mulut tu. Kalau betul ada emas alangkah bahagianya jadi kaya. Eh mengarut pula.

"Difian, difia tefengofok kafau lafagifi lafa. (Dian, dia tengok kau lagi la.)" Seorang pelayan datang ke meja kami dan menghidang makanan yang telah kami pesan. Aina terus menyambar minumanya.

"Aina, ini mata saya tau. Suka hati saya la nak tengok sapa pun." Kata Danish tenang. Aina yang baru sahaja menyedut minumannya itu terus tersedak.

Uhukkk.....

Habis air yang diminum oleh Aina tersembur di atas meja. Lebih-lebih lagi hampir-hampir sahaja nak terkena makanan abang Danish. Belakang badan Aina aku tepuk perlahan-lahan.

"Ermm.. ermm.. jadi kau faham la ni apa yang kitaorang cakap ni?" Tanya aku slow-slow kepadanya.

"Fafahafam. (Faham)." Jawab Danish selamba. Adukmak. Ya Allah malunya aku. Hish Aina ni memalukan sungguh. Terus kami berdua gelak-gelak malu atau lebih tepat gelak untuk cover malu.

Apabila kami bertiga sudah selesai menghabiskan makanan terus kami pulang memandangkan hari pun sudah lewat malam. Actually baru pukul 9 malam.

"Weh thanks untuk harini tau." Kata Aina apabila kereta kami sudah sampai di hadapan rumahnya. Aku hanya mengangguk. Penat untuk menjawab.

"No prob." Jawab Danish. Aina segera mengambil begnya di bonet sebelum memasuki ke dalam rumahnya. Sempat juga dia melambaikan tangannya kepadaku. Aku turut membalas lambaiannya. Lantas kereta kami beransur pergi.

"Asal kau diam ja harini." Tanya aku apabila merasakan awkward di dalam kereta. Tetiba rasa nak bersembang pula dengan dia disebabkan tak boleh tidur walaupun badan sudah letih.

"Saja. Malas sebenarnya nak layan kawan kau tu. Gedik semacam ja." Terus aku gelak apabila dia mengecop Aina sebagai gedik. Kesian kawan aku tu.

"Sebenarnya dia tak gedik pun. Cuma perangai manja dia saja yang lebih-lebih." Kata aku cuba untuk menafikan tuduhannya itu. Kawan aku comel apa. Itu sebab kawan aku menaruh perasaan kat kau. Kataku dalam hati.

"Kalau macamtu, aku nak manja dengan kau boleh la kan." Tanya Danish tiba-tiba. Terus aku memandang ke arahnya yang sedang memandu itu. Apa sudah sewel abang aku ni kena sampuk jin atas bukit tu apa.

"Gila." Kataku dengan perlahan. Tidak mahu didengar olehnya. Sejujurnya aku agak geli mendengar dia berkata begitu. Nak manja? Omaigud. Minta simpang.

"Hello, I can hear it." Terus aku mengigit bibir apabila dia memandang aku tajam. Lantas aku perasan yang kereta sudah diberhentikan di tepi jalan.

"Asal berhentikan kereta." Tanyaku sambil memandang luar. Kiri dan kanan cuma terbentang hutan sepanjang jalan. Apa jadahnya dia berhentikan kereta kat sini. Dengan lampu tiang pun ada satu saja. Seram la siot.

Tetiba terasa badanku di pusing. Tanpa sempat aku berkata apa terasa bibirnya menyentuh bibirku. Aku hanya mengetap bibirku apabila dia mula mengurut perlahan bibirku.

Lantas dia melepaskan tautan bibir kami. Pernafasannya masih terasa dimukaku. Aku tidak mampu untuk memandang mukanya lantas menunduk ke bawah. Sumpah malu gila.

"Lain kali jangan gigit bibir. You know what, its can seduce me." Katanya dengan suara yang perlahan di telingaku. Aku mengangguk perlahan. Baru saja dia ingin menemukan bibir kami kembali tetiba telefonnya berbunyi.

"Hish kacau la. Wrong timing betul." Danish mendengus kuat lantas mencapai telefonnya didalam poket. Setelah beberapa minit di corong telefon, Danish menamatkan pangilannya. Aku hanya mengangkat kening tanda siapa yang call.

"Mama. Dia suruh kita balik cepat." Aku hanya tersengih apabila melihat wajahnya yang murung apabila projek kami dikacau tadi. Lantas Danish menukarkan gear ke D dan terus bergerak untuk pulang ke rumah dengan cepat.



••••••••••••••

Sorry lambat update. Dan sorry juga kalau hambar. I tak mampu nak tulis macam penulis yang profesional. So apa2 pun mohon2 la VOTE ~ 😋🤩

𝘈𝘤𝘵𝘶𝘢𝘭𝘭𝘺, 𝘐 𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘠𝘰𝘶Where stories live. Discover now