Knock KnockPintu diketuk beberapa kali membuatkan kakiku melangkah jua membuka pintu .
" Ehem , " Aku angkat muka sebelum buat muka menyampah . Haih tadi Izwan yang kacau .
" Kau tak cakap pun nak balik , " Soal Ikmal . Sepupu yang paling rapat . Nak dipendekkan cerita semuat tentang aku dia tahu . Pasal perangai aku dekat London , pasal Izwan . Dia lelaki yang boleh aku percayakan seratus peratus .
" Malas " balas aku pendek membuatkan dia membulatkan mata . Ingat kacak ke . Walaupun jujur aku katakan dia sedikit kacak . Mukanya ada iras iras Kang min hyuk kumpulan Cnblue . Hmm aku layan jugak lah korea ni sikik sikik . Tak ada lah obses sangat .
" Kalau Paklong tak kasi tahu memang tahun depan pun aku tak tahu kau balik , " Rungutnya .
Bukan aku tak nak beritahu cuma tak sempat . Dia ni pun tak menyempat je . Kalau boleh aku nak rehatkan diri secukupnya sebelum jumpa sesiapa .
" Dah jumpa kan ? " kah kah . Apasal kejam sangat aku ni . Alah bukan Ikmal tak tahu perangai aku . Semua dalam poket dia je .
" Nak ajak kau keluar . Pak long kata kau asyik terperat dalam bilik sejak balik ni . " Dia angkat kening . Alahai .
" Malas . Aku nak rehat . "
" Tak kira aku nak kau siap dalam lima minit . Kalau tak semua rahsia kau aku kasi tahu Pak long " ugutnya .
Aku pukul lenganya . Perlahan je kay . Tapi bukan jenis manja. Tak ada benda lain dia nak ugut .
" Macam aku tak tahu rahsia kau " balas aku . Tak nak mengaku kalah. Memang aku tak ada mood nak keluar .
" Tapi tak sepenting kau kan ? " Ikmal ketawa jahat . Dia sebenarnya suka melihat Natasha dalam keadaan marah . Pipinya yang putih itu akan bertukar kemerah merahan . Makin menyerlah kecantikannya .
" Yelah . Tunggu sejam " Aku tutup pintu bilik sebelum sempat Ikmal membalas .
*********
Buku buku di rak aku perhatikan . Tak ada yang menarik perhatian. Selepas makan Ikmal ajak aku ke kedai buku . Katanya nak beli novel untuk aweknya . Kenapa tak ajak aweknya kan ? Boleh la pilih . Ni kang terpilih yang dah baca kan naya je . Hmm sweet jugak mamat ni .
" Kau termenung buat apa . Bantulah gila " Suara Ikmal tak pernah lembut ditelingaku . Asyik kasar je . Macam manalah awek dia boleh tahan dengan mulut laser Ikmal ni .
" Mana aku tahu . Aku bukannya baca buku cinta ni . Menyampah " kata aku. Cerita novel semua fantasi. Tak ada yang betul pun . Semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan sedangkan dalam realiti tak seindah yang disangka . Aku tak nak khayal dalam dunia fantasi sahaja .
" Kau ambil je yang mana berkenan " ujar Ikmal lagi . Aku lihat novel yang bertajuk Red Velvet . Hmm nama kek pun jadi . Lapar balik aku rasa . Hahaha . Tak ada mengena lasung kan ?
Aku baca sinopsinya sedikit . Hmm menarik . Kisah seorang perempuan yang cantas laki orang . Macam tak ada laki lain dalam dunia ni nak ke suami orang. Tapi cerita macam ni mesti bukan dengan suami orang . Cayalah . Aku baru baca sinopsis dah tahu dah ending dia . Cewah !
Baru je aku ingin berpaling mencari Ikmal . Bukk . Tubuhku dirempuh dari tepi membuatkan novel yang ku pegang terjatuh . Fuh . Untung novel . Kalau aku yang jatuh dah lama aku lempang .
" Sorry Miss . " Aku kutip novel sebelum pandang seorang lelaki berdiri di hadapan aku dengan muka yang bersalah .
Aku tak ada mood nak gaduh . Kalau ada mood dah berdas das aku kasi ni . Memang tak cukup telinga mamat ni nak dengar . Jadi aku angguk je . Malas nak cakap banyak .
" Apa ? " soal aku apabila Ikmal melihat seperti aku buat kesalahan yang besar .
Ikmal tersenyum senget .
" pelik , aku tunggu tadi kau marah mamat tu " Kata Ikmal berterus terang . Memang aneh sangat bila Natasha hanya berlalu seperti tiada apa yang berlaku. Biasanya tak boleh salah sikik adalah nak membahasnya .
" Aku tak ada mood . Nah ni novel aku pilih . Bayar dan balik . Penat " balas aku sambil julingkan mata .
" Ke kau terpegun tengok mamat tadi " usik Ikmal sebelum mengambil novel ditangan Natasha . Dia berlalu pergi ke kaunter . Kalu tunggu lama lama tak pasal pasal Natasha buka gelanggang wrestling kat sini .
Aku julingkan mata . Namun tak dapat dinafikan agak kacak . Tapi aku malas nak describe buat masa ni . Kalau aku jumpa kali kedua , aku kasi tahu korang macam mana muka dia . Huhu .
YOU ARE READING
Sayang I Still Miss You
RomanceTengku Amya Natasha kecantikan dan wang yang dimilikinya menjadikan dia seorang yang angkuh. Kemunculan Faiq Naufal mampu merubah hidupnya seratus peratus . Dipaksa kahwin setelah balik dari London mengejutkan dirinya . " Apapun yang berlaku Sha...