SISMY 20

271 8 0
                                    

Faiq memandang wajah Amya Natasha dengan padangan yang sukar ditafsirkan. Betulke . Betulkah dia tak silap mendengar . Ataupun Amyaa Natasha tersalah cakap .

" Faiq . You dengar tak ni ! " Suara aku naik senoktah tinggi apabila Faiq Naufal seperti di awang - awangan . Dia ingat aku takde kerja lain ke selain nak menghadap dia !

" Apa awak cakap tadi ? " Soal Faiq sekali lagi . Dia nak kepastian apa yang dicakapkan oleh Amya Natasha .

" I kata , I setuju kahwin dengan you . Jap yang you pekak tetiba ni kenapa ? " Marah aku . Dia ingat aku hadap sangat ke nak kahwin dengan dia . Kalau tak kerana pujukan Daddy aku takkan ajak la dia kahwin . Ye ke sebab pujukan Daddy . Ke tak nak harta Daddy hilang macam tu je . Eii suara hati aku ni suka betul menyibuk .

Faiq tersentak . " Awak nak kita kahwin ? " Faiq gelak yang dibuat buat .

" Kenapa saya rasa macam haritu baru terngiang - ngiang yang awak kata . Awak tak nak kahwin dengan saya kan ? Sebab saya anak Pak Majid . Driver awak . Tapi kenapa sekarang berubah fikiran ? " Tanya Faiq . Dia sendiri pelik kenapa Tengku Amya Natasha boleh setuju untuk menerimanya dalam hidup . Bukan ke Amya Natasha sendiri yang kata takkan sesekali menerimanya .

" Tak payah banyak tanya . Sebenarnya you ni nak kahwin dengan I ke tak ? Kalau you sendiri rasa terseksa apa kata you yang pergi jumpa Daddy I kata tak jadi kahwin . Senang kan "

Faiq senyum . Apalah yang Amya Natasha ni makan masa kecil . Mudah sangat marah. Muka yang putih tu mula kemerah merahan . Wahai hati . Jangan berharap yang bukan bukan . Dia tahu dia bukan sesiapa pada pandangan Amya Natasha .

Aku cuba nasib sekali lagi . Mana tahu Faiq ubag fikiran tak nak kahwin . Tak payah aku sia - siakan 6 bulan aku . Huhu .

"Saya tak cakap tak setuju . Saya terima sebab ni permintaan dari seorang Ayah . Saya minta maaf kalau awak rasa yang saya ni tak sama ta.... "

" Shh . Tak payah cakap banyak . Benda dah settle . So I tak nak jumpa you sampai la hari kita akan akad nikah. " Ujar aku .

Faiq terkedu. Entah kenapa dia rasa betulkah keputusan yang diambil ini . Namun permintaan ayahnya sukar nak ditolak .

Aku bangun . Tak betah lama - lama menghadap muka tenang Faiq . Hati aku mula bergetar apabila Faiq memberi senyuman . Ya Allah kenapa manis sangat senyum dia ni .

Baru sahaja aku ingin melangkah pergi , kelibat Izwan seperti menghala ke arah ku . Bala bala . Apa aku nak buat ni . Pantas mata aku pandang Faiq Naufal . Ahh , lagipun aku akan kahwin dengan Faiq kan . Ini masanya untuk hentikan angan - angan Izwan .

" Shaa . I tak sangka jumpa you kat sini . You dengan.... " Mata Izwan menghala pada lelaki yang berhadapan dengan Amya Natasha . Entah kenapa hati mula rasa tertusuk dengan sesuatu . Siapa lelaki tu pada Amya Natasha . Pengganti dirinya ?

" Oh Iz . I pun tak sangka " Aku jawab dalam keadaan paksa rela . Tak nak jadi perhatian ramai orang dekat Cafe ni . Nantikan tak pasal - pasal heboh .

Faiq yang perasan nada Amya yang berubah menoleh ke tepi . Pantas dia bersalam dengan lelaki yang menegur Amya Natasha . Nampak segak dan kaya . Kenapa Amya Natasha tak cakap yang dia sudah berpunya . Kalau nak dibandingkan dia dan lelaki ini memang jauh panggang dari api .

" Btw kenalkan . Iz , ini bakal suami I " Balas aku sambil menarik lengan Faiq supaya berdiri di sebelahku . Jelas kelihatan muka terkejut Faiq . Kalau tak kerana Izwan aku takkan pegang Faiq ni

Izwan tersentak . Bakal suami ?

" Sha you jangan main2 " nada suaranya mula bergetar . Hatinya sayangkan Amya Natasha . Mana mungkin dia membiarkan Amya Natasha untuk orang lain . Kalau nak dibandingkan dengan dirinya . Jauh dia lagi yang layak .

" No . Kitorang memang dah plan nak kahwin . Kan sayang " Aku menyiku Faiq . Time macam ni lah dia nak bisu . Eii menyampah .

" Haah ye ... " Faiq serba salah . Tak tahu reaksi apa yang nak diberikan . Baru tadi Amya Natasha memberi amaran . Tapi ini seperti dia dan Amya Natasha pasangan kekasih yang tak sabar nak berkahwin .

" Serius dengan laki ni . Sha takkan you pilih lelaki ni je nak gantikan I ? "

Faiq menahan rasa dalam hati . Apa teruk sangat ke dia untuk berdamping dengan Amya Natasha .

Belum sempat aku menjawab , Faiq pantas memotong . " Nanti kalau kau free jemputlah datang wedding kitorang . Buat sederhana je tak nak membazir . " Balas Faiq sambil senyum . Tak tahu kenapa dia rasa nak cungkil mata Izwan apabila memandang Amya Natasha . Amya Natasha belum lagi jadi miliknya tapi apa perasaan ini ?

Aku terkedu . Kejap . Ni berlakon ke betul2 .

" Sha . You tahu kan i sayang kan you . I nak kahwin dengan you . Kenapa you buat I macam ni ? Dulu you kata yang you pun sayang kan I . Tapi kenapa you nak kahwin dengan lelaki sengkek ni . I mampu beri semua untuk you .... "

Kenapa la dia ni tak faham bahasa . " Iz , I tak ada hati dekat you . Sekarang ni hati I hanya untuk Faiq . Jadi I minta sangat tolong lupakan I . Lupakan semua yang terjadi antara kita . " Balas aku lagi masih berlembut . Aku dah perasan ramai mata yang memandang ke arah kami .

Faiq yang mendengar tersenyum sinis . Ni kalau bukan sebab lelaki ni tak ada Amya Natasha nak menjatuhkan sahamnya mengaku mecintai dia .

" Sha . You tak boleh jadi milik orang lain.... "

Aku ni memang dah lama sabar . Psiko betul la dia ni .

" Izwan . Tolong berpijak di bumi yang nyata . Tolong jangan ganggu hidup I lagi ... "

Seraya itu Izwan menghadiakan penumbuk di pipi Faiq . Aku tersentak . Haaa sudah .

" Faiq . You okay ? " Soal aku . Aku perasan darah mengalir sikit di tepi bibir Faiq . Kenapa la banyak - banyak hari hari ni jugak aku bertembung dengan Izwan . Sebab ni aku tak suka tentang Izwan walaupun dia kaya . Nanti tak pasal - pasal semua lelaki yang dekat dengan aku dia gayang .

Faiq sentuh tepi bibir dia . Sakit . Tapi melihat wajah risau yang terbit di muka Amya Natasha meghilangkan sedikit rasa sakit . Betul ke ni Amya Natasha yang angkuh bongkak ? Kenapa dia rasa ini Amya Natasha yang lain ? .

" Izwan . Jangan sampai I report you sebab dah ganggu kententeraman . " Bidas aku sambil menarik tangan Faiq berlalu dari situ . Kalau tunggu lama - lama aku takut Izwan makin menggila.

Sampai sahaja di parking kereta aku lepaskan tangan Faiq . Wajah Faiq dipandang . Sejak tadi Faiq hanya mendiamkan diri . Mungkin sebab terkejut dengan tindakan Izwan yang tiba - tiba . Tapi aku nak minta maaf ? Memang tak . Siapa Faiq pada aku ? .

" You dah boleh balik . " Kata aku . Perasaan bersalah menular dalam diri . Aku sendiri tak faham . Mana pergi sifat tak peduli aku . Kenapa bila pandang wajah Faiq , buatkan aku tak mampu nak marah dia .

Faiq angkat kening . " Saya ingat awak nak tolong hantar saya dekat klinik . Btw Tengku Natasha . Kalau awak dah berpunya kenapa awak tak cakap je dengan Daddy awak yang awak nak kahwin dengan lelaki lain dan bukan dengan saya "

Aku mengeluh . Hal ni lagi ke . Aku dah elok setuju dia pergi tanya soalan yang boleh menukar fikiranku .

" Sikit je kan . Lagipun you boleh je pergi klinik sendiri . And for your information Encik Faiq Naufal urusan I dengan lelaki tadi jangan masuk campur . Mind your own business. Jadi tolong jangan caring sangat sebab antara kita pun takkan lama . Cukup masa I nak you lepaskan I "

Balas aku . Dari mata aku nampak riak wajah Faiq mula berubah . Tapi aku Tengku Amya Natasha takkan sesekali menyerahkan hati aku untuk lelaki miskin seperti Faiq Naufal . Itu janji aku .

Faiq mengawal wajahnya . Hatinya mula terusik . Tengku Amya Natasha yang dia kenal dah kembali . Biarlah takdir yang menetukannya .

Kalau betul Amya Natasha bukan jodohnya . Takkan dia nak melawan takdir . Hati yang mula bergetar akan dia simpan sendiri . Sebab baginya Amya Natasha takkan pernah menghargai cintai yang ikhlas .

Di mata Amya Natasha pangkat dan harta lebih penting . Untuk itu dia takkan sesekali memberitahu tentang siapa dia . Biarlah Amya hanya mengenalinya sebagai anak Pak Majid .

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now