SISMY 48

252 4 0
                                    

Aku sengaja balik lambat malam ni membiarkan Faiq menunggu dengan lebih lama . Aku tahu sikap aku membuatkan Faiq kecewa tapi aku jugak kecewa setelah mendengar penjelasan Farish . Sebelum Farish pergi ke pejabat Faiq . Farish datang menemuinya dulu untuk menceritakan segalanya . Aku yang memaksa Farish untuk cerita semuanya.

Aku masih tak percaya yang Faiq adalah anak tiri kepada Tan Sri Omar . Abang kepada Hana . Satu persatu yang muncul membuatkan aku tak tahu nak percayakan Faiq atau tak . Hati aku sakit . Faiq mempunyai banyak peluang untuk menceritakan . Tapi kenapa satu pun Faiq tak pernah bercerita .

Masuk sahaja dalam rumah , aku nampak Faiq tengah tidur di atas sofa di ruang tamu . Mungkin kepenatan menunggu aku balik . Aku mendekati Faiq .

' Saya sayang awak Faiq . Tapi kenapa awak buat saya macam ni ? Siapa saya di hati awak ? ' Bisikku dalam hati .

Faiq bergerak sedikit . Pantas aku bangun .

" Sha ? "

" Kenapa tidur dekat luar ? " Soal aku .

" Abang tunggu Sha . Sha dah makan ? "

" Saya tak ada selera Faiq . Saya nak tidur " Hilang perkataan abang di bibirku menandakan hati aku cukup terluka .

Banyak persoalan di mindaku . Kenapa dan kenapa Faiq tak pernah cerita pun yang dia adalah anak tiri Tan sri Omar . Dia kata dia sayang kan aku . Cintakan aku. Konon sanggup tunggu aku sampai bila - bila .  Tapi dia sendiri tak percayakan aku . Jumpa dengan ibu dia pun tak pernah . Allah . Sakitnya hanya tuhan yang tahu .

" Sha . Apa yang abang dah buat ? Cuba bagitahu abang ? " Faiq merayu . Kalau dia jatuhkan egonya hanya untuk Amya Natasha dia sanggup . Dia tak nak kehilangan Amya Natasha hanya disebabkan egonya .

" Awak pura - pura tak tahu ke ? " Okay aku akan jelaskan semuanya kalau itu yang Faiq nak . Entah la susah nak gambarkan perasaan aku . Marah sedih kecewa semua ada . Betul ke dia anggap aku isteri . Berita yang aku dapat musnahkan kepercayaan aku pada Faiq . Jahat sangat ke aku ni sampai Faiq pun tak percayakan aku ?

Aku menjauhkan diri apabila melihat Faiq makin mendekati .

Faiq berhenti melangkah . " Sha ... Abang ada buat salah ke ? " Soal Faiq sayu .

    " Awak tanya saya ke apa salah awak Faiq ? Saya tak tahu lah saya ni bodoh ke apa . Tapi awak dah berjaya buatkan saya jatuh cinta dengan awak setengah mati . Tapi saya tak tahu di mana saya dalam hati awak" Luah aku perlahan .

    " Ya Allah Sha . Cuba Sha terus terang supaya abang faham "

Aku gelak . Tapi gelak yang tak ikhlas . Aku tak tahu kenapa luahan hati aku menampakkan aku seorang yang menyedihkan . Aku tak tahu apa - apa pasal Faiq selama 4 bulan aku kahwin dengan dia .

    " Awak pasti ke awak cintakan saya ? Dah la Faiq kalau awak cintakan saya kenapa awak tak pernah cerita yang awak ada kaitan dengan Tan Sri Omar . Awak ada kaitan dengan Faris . Dan awak ada kaitan dengan Hana ! Jahat sangat ke saya ni Faiq ? Sampai hal sebesar ni pun awak rahsiakan " Balas aku . Mata aku tajam menikam Faiq .

    Faiq tersentak . Nampaknya dia dah terlambat . Farish lebih dulu selangkah dengannya . Amya Natasha mendengar dari mulut orang lain dan bukan dari bibirnya .

    " Sha dengar dulu . Ni bukan apa yang Sha sangka . Abang memang nak ceritakan Sha segalanya lepas .... "

     " Lepas apa Faiq ? Lepas awak tahu yang saya sayang kan awak sebab awak dan bukan kedudukan awak ? Sehina tu ke saya dimata awak ? Saya tak sangka Faiq . Lelaki yang saya ingat boleh bimbing saya prasangka buruk pada saya . Kalau awak tak ada apa - apa sekali pun saya dah jatuh cinta sebab tu adalah awak . Awak buatkan saya jatuh cinta . Tapi kalau ni lah pandangan awak terhadap saya . Saya rasa baik kita berpisah je. Saya tak boleh terima awak lagi dalam hidup saya " Potong aku . Jelas kelukaan di hati aku .

    " Sha . Abang tahu abang salah . Tapi jangan hukum abang macam ni . Sha tahukan macam mana abang sayangkan Sha . Lepas ni abang akan ceritakan semuanya . " Faiq melangkah setapak . Dia tahu Natasha sedang terluka walaupun setitis air mata pun tak keluar . Ya Allah apa kau dah buat ni Faiq .

     " Dah terlambat la Faiq . Semua dah tak ada guna . Memang awak anggap saya macam tu . Tak payah la awak nak mengaku yang awak sayangkan saya lagi . Saya dah tak percaya dengan janji awak . Kalau Faris tak ceritakan ni pada saya . Sampai mati pun saya takkan tahu "

    " Abang betul - betul minta maaf . Abang memang nak bawak Sha jumpa family abang hujung minggu ni . Abang tak sangka Farish akan bagitahu Sha dulu "

     " Dahla Faiq . Semua dah terlambat . Tak payah la nak bawak saya jumpa ibu awak kalau awak tak nak . Saya penat . Saya nak tidur "

    " Sha ! Sha nak abang buat apa sampai Sha maafkan abang " pinta Faiq .

    " Awak lepaskan saya " Balas aku untuk kali kedua . Aku dah tak sanggup nak tunggu 6 bulan . Biarlah Daddy tak nak bagi harta dia pun . Aku pergi cari kerja tempat lain . Hati aku ni . Kalau sakit siapa nak tanggung.

Faiq terkedu . Terasa jantungnya bagai diragut bila mendengar permintaan Natasha . Lepaskan perempuan yang bertakhta di hatinya ?

   " Sha dengar dulu penjelasan abang . Abang tak ada niat nak rahsia daripada Sha . "

   " Kalau awak sendiri tak percayakan saya macam mana saya nak percayakan awak . Lepaskan saya dan awak boleh bina hidup baru dengan perempuan yang lebih layak dan lebih baik dari saya ," Lirih suara aku . Siapa yang suka bila lelaki yang kita mula sayang tipu berkaitan keluarganya .

   " Tak ada siapa yang layak selain Amya Natasha . Abang takkan lepaskan Sha walau apa pun yang jadi . "

    " Awak ni tak faham bahasa ke . Dah penat saya nak ulang yang saya dah tak boleh nak teruskan semua ni ...."

    " Kenapa hanya satu silap abang , Sha terus buang abang dalam hidup Sha . Selama kita kahwin , Sha tak nampak ke yang abang betul - betul sayangkan Sha . Abang nak hidup dengan Sha sampai bila - bila . Abang ingat abang dah dapat hati Sha . Tapi abang silap . Bak kata Sha yang abang bukan pilihan hati Sha . Betulah kan sampai sekarang pun bukan abang yang Sha pilih "

Kata - kata Faiq membuatkan aku mendengus geram . Sekarang ni salah siapa ? Kenapa salahkan aku kalau dia sendiri yang buat hal .

" Suka hati awak lah Faiq . Saya cakap pun dah tak ada guna . "

" Abang akan bawak Sha jumpa dengan ibu abang . "

" Saya penat Faiq . Saya dah tak nak dengar apa - apa lagi . Mungkin jodoh kita sampai sini je "

Seraya itu aku terus melangkah namun Faiq cepat memegang tanganku .

" Faiq ..."

" Dan berapa kali yang abang nak ulang . Abang takkan sesekali lepaskan Sha . Tolong lah Sha dengar penjelasan abang dulu "

Aku pandang mata Faiq yang redup itu . Wajah yang penuh pengharapan . Aku sayang kan dia . Ya Allah . Perlu ke aku buat degil kalau aku memang inginkan dia dalam hidup aku .

" Bagi saya masa . " Kataku dan aku lepaskan pegangan tangan Faiq . Ye bagi aku masa untuk terima ini semua . Apatah lagi aku baru tahu Faiq ada kaitan dengan Hana . Faiq pun masih tak tahu hubungan aku dan Hana . Adakah sikap Hana yang berubah kerana aku ? Kerana aku kahwin dengan Faiq ? . Aku tak ada jawapan untuk itu . Mungkin aku patut tanya jawapan Hana sendiri .

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now