SISMY 59

219 3 0
                                    

Aku yang tengah berkemas terkejut apabila tangan Faiq memelukku daripada belakang.

"Abang Sha tengah kemas baju kan ni," Namun kataku tidak dihiraukannya malah Faiq makin erat memelukku.

" Abang rasa abang nak duduk je sini dengan sayang, tak nak balik," Luah Faiq mengada.

Aku menoleh menghadap Faiq. " Amboi banyaknya duit abang. Kalau setakat seminggu memang la tak habis duit abang. Kalau dah hari - hari nanti bankrupt macam mana," omel aku.

" Kita carilah kerja kat sini," usul Faiq. Aku bulatkan mata. Tak percaya dengan cadangan yang diberi Faiq.

" Habistu company Sha dekat sana siapa nak jaga? Abang ni kenapa tiba - tiba tak ada mood nak balik hm ?" Soal aku pelik.

" Abang takut kalau Sha tinggalkan abang," Jujur Faiq.

Aku tepuk dahi. Faiq mimpi ke apa ni. Kenapa pulak aku nak tinggalkan cinta hati aku ni. Aku reganggkan pelukan.

" Kejap abang merepek apa ni?"

Faiq mengeluh. Kalau boleh dia tak nak sentuh pasal kontrak yang pernah Amya Natasha buat. Entah kenapa perasaannya jadi tak sedap hati apabila melihat Izwan ada disekitar. Itu pun dia kebetulan nampak Izwan setelah sekian lama.

Mana mungkin dia boleh lupakan seraut wajah Izwan yang pernah menumbuknya. Apatah lagi dengan senyuman sinis yang terukir di bibir Izwan seolah olah sengaja untuk dia melihatnya.

Adakah malam itu juga berkaitan dengan Izwan? Isterinya dipadang mencari jawapan. Namun dia masih tak faham kalau betul lah isterinya tahu tentang Izwan kenapa sepatah pun tidak berbicara dengannya? Sedangkan mereka dah berjanji untuk tidak merahsiakan apa - apapun.

" Sayang tak ada benda nak cerita dengan abang?" Tanya Faiq. Kalau boleh dia ingan mendengar daripada mulut isterinya sendiri. Dia tak nak kalau apa - apa berlaku nanti akan jadi salah faham.

Aku gigit bibir. Sejak kejadian tu boleh dikatakan hari - hari Izwan mesej padanya. Bukannya tak perasan Izwan ada mengikutnya dengan Faiq kemana sahaja. Cuma aku tak nak risaukan Faiq. Selagi Izwan tak buat benda yang bukan bukan aku akan merahsiakannya.

" Tak ada pun. Kenapa ?" Aku buat buat sibuk.

Faiq senyum kelat sebelum tangan Amya Natasha dipegang. " Betul ni? Sayang dah janji kan tak nak berahsia dengan abang,"

Aku terkedu apatah lagi dengan melihat wajah Faiq seakan akan tahu aku sembunyikan sesuatu.

"Dah la layan abang ni sampai esok pun tak habis. Sha nak kemas baju ni esok kan kita dah nak balik," Cepat aku menukar topik. Kalau boleh aku tak nak Faiq tahu tentang Izwan. Masalah Izwan biarlah aku selesaikan sendiri. 

Faiq duduk di birai katil. Perasaan tak sedap hati diusirnya jauh jauh. Mungkin Amya Natasha jugak tak tahu tentang kemunculan Izwan ataupun dia salah nampak. Mungkin pelanduk dua serupa.

" Sha ni cantik sangat ke sampai tak berkelip abang pandang ?" Apalah yang difikirkan Faiq. Jauh termenung.

Faiq senyum. " Cantik sangat. Sha janji kan kalau dah lepas enam bulan Sha tetap macam ni kan?" Faiq utarakan apa yang difikirnya. Dia takut dia yang akan menyesal nanti.

Tanganku berhenti apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Faiq. Faiq masih lagi risaukan tentang kontrak yang aku pernah buat sebelum ni ke? Ya Allah. Cepat aku menghampiri Faiq. Wajah Faiq dielus perlahan.

" Jadi Abang risau Sha tinggalkan abang lepas 6 bulan ke hm?" Baru perasan perkahwinan yang diatur oleh Daddy dah nak masuk 6 bulan. Dan Alhamdulillah pilihan Daddy tak pernah salah untuk aku.

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now