SISMY 44

240 3 0
                                    

Aku cuba untuk memasak makanan kegemaran Faiq . Sumpah ini kali pertama aku masuk dapur dan itu semua kerana Faiq . Faiq suka makan nasi tomato . Aku sekarang cuba jadi isteri yang sempurna untuk Faiq .

Sanggup balik awal sebab nak sambut Faiq balik kerja . Aku dah tanya Faiq tentang pekerjaanya . Dan dia kata hanya kerja pejabat biasa . Lepas tu aku tak tanya lagi . Aku takut Faiq masih ingat aku pandang harta dan pangkat . Aku dah tak peduli semua tu . Hanya Faiq kebahagiaanku . Aku tak perlu benda lain.

" Sha ... Tulaa dulu Mummy suruh belajar masak tak nak . Pastu mula lah kelam kabut nak masak " Suara Tengku Marina membebel . Lupa pulak aku tengah video call dengan Mummy kesayangan aku . Siapa lagi aku nak tanya resipi kalau bukan Mummy .

" Alaaa Mummy ni . Mana lah Sha tahu . Lepas dah siap potong semua ? " Tanya aku .

" Dah panaskan minyak ? "

Aku tepuk dahi . " Lupa pulak " Cepat - cepat aku keluarkan kuali . Benda semua jadi kelam kabut . Mana tak kabutnya bila pertama kali . Ni kalau Faiq tak sayang tak tahu lah .

" Aduh Sha buat Mummy gelak tahu tak . Dah pergi panaskan minyak . Pastu tumis rempah dalam 1-2 min " Tengku Marina mengeleng kepala melihat tingkah anaknya .

Jujur dia bahagia bila melihat Amya Natasha mula menerima Faiq . Betul kata suaminya . Faiq Naufal boleh membahagiakan Amya Natasha . Pilihan yang dipilih tak salah . Tengoklah betapa berubah Amya Natasha sehingga masuk dapur memasak . Kalau dulu masuk dapur sebab makan je .

" Okay Mummy done . Pastu ? "

" Masukkan bahan dikisar tadi "

" Ohh halia bawang putih semua tu eh ? "

" Ye sayang ... Masuk semua . Pastu kecikkan api . Tuangkan sos cili , masuk kiub ayam, garam dan sedikit ajinamoto. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras"

Aku membuat semua yang dikatakan Mummy dengan tekun . Aku harap sedaplah . Jangan Faiq sakit perut pulak bila makan .

" Kacau rata-rata selama 1-2 minit, masuk 1 cawan setengah air" Suara Tengku Marina berbunyi lagi . Nasib baik ada Mummy penyelamat .

" Last Sha Biarkan cecair meresap ke dalam beras sebentar dan Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak. Faham tak ni ? "
Aku senyum pada Mummy dan mengangguk faham . " Okay Mummy . Sha Faham . Terima kasih untuk masa Mummy . Sha minta maaf ganggu Mummy "

Tengku Marina gelak . " Ada - ada je Sha ni . Teruskan memasak . Kalau ada apa - apa bagitahu Mummy . Okay ? "

" Okayyy Mummy . Sha tutup fon dulu eh "

Selepas tutup video call dengan Mummy aku sambung apa yang terbekanglai tadi . Fuh mudah mudahan semuanya lancar seperti yang dirancang .

Aku menarik nafas lega . Selepas 2 jam berperang di dapur . Akhirnya nasi tomato versi Natasha dah siap . Aku tengok jam . Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 malam .

Sempat aku solat maghrib dulu . Faiq dah kata dia balik lambat sikit tadi sebab ada hal perlu diuruskan . Sebab sempat aku sediakan makanan . Tak sabar nak tunggu Faiq balik .

Dalam pukul 8 aku keluar untuk menghidangkan atas meja . Tengok macam sedap tapi tak tahu lah lepas dah makan .

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan cepat - cepat aku menyambut Faiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan cepat - cepat aku menyambut Faiq .

" Abang ...."

Faiq yang nampak wajah isterinya terus memberi senyuman . Semua penat lelah hilang dalam sekelip mata .

" Sayang tunggu abang balik ke ? "

Aku angguk . Tangan Faiq aku salam . Benda yang perlu aku buat setiap kali Faiq balik dan pergi kerja . Aku ingin menunjukkan padanya aku betul - betul ingin jadi isteri yang baik .

" Sha ada masak makan malam untuk abang " Balas aku dengan ceria .

Faiq kecikkan mata . " Sayang masak ? "

Aku cubit pinggang Faiq bila Faiq mula sakat aku . Suara tak percaya sangat lah tu aku masak .

" Ye Sha masak . Kalau tak nak takpe . Sha makan sorang "

" Eh siapa kata tak nak . Lagi - lagi sweetheart abang yang buat . Awal Sha balik hari ni "

" Kerja Sha habis awal " Bohongku . Takkan nak bagitahu balik sebab nak masak untuk dia . Malu lah aku .

" Cuba abang rasa " Kataku bila sampai di meja makan . Tak sabar nak tahu reaksi Faiq . Aku duduk di depan Faiq sambil menongkat dagu . Mataku memandang Faiq .

" Aduh sayang buat abang gabra tahu tak . "

Faiq cuba rasa sikit . Dia terharu apabila Amya Natasha bersusah payah memasak untukknya . Walaupun dia tahu Amya Natasha bukan seorang yang suka memasak . Namun demi dia Amya Natasha memasak . Sebab tu lah dia tak minta apa - apa lagi selain kebahagian Amya Natasha .

Aku tak tahu reaksi yang diberi Faiq . Tapi aku nampak Faiq masih cuba senyum . Tak sedap ke ? Aku mula rasa tak sedap hati . Tapi makin lama aku tengok Faiq makin berselera.

" Abang makanlah slow2 . Ada banyak lagi kan " Kataku .

" Sedap sayang . Terima kasih sebab masakkan untuk abang . " Ujar Faiq .

Aku yang tengok Faiq berselera menaikkan seleraku untuk makan . Nak try sedap sangat ke aku masak .

Suapan pertama ke mulutku hampir membuatkan aku termuntah . Tak sedap lansung . Tawar , masin semua ada . Ni bukan nasi tomato ni .

" Abang . " Aku panggil Faiq yang masih meneruskan makan . Tak sanggup aku tengok Faiq sakit perut hanya disebabkan nak jaga hati aku .

" Tak payah lah makan . Nanti kita beli makanan dekat luar . "

Faiq geleng . " Sayang dah susah masak untuk abang . Takkan abang nak buang . Abang boleh makan . Ni kan first time sayang masak . Nanti lepas ni mesti pandai "

Aku geleng kepala . Air mata aku menitis .

Faiq berhenti makan . " Ya Allah kenapa pulak ni . Kenapa isteri abang makin manja ni "

" Sha tahu abang nak jaga hati Sha . Tapi tak payah la paksa diri abang . Sha makan sekali pun rasa nak muntah .  "

" Abang tak paksa . Sebab abang tahu sayang abang ni masak dengan penuh kasih sayang . Jadi rasa sedap sangat . Okay abang tak makan dah . Jangan nangis "

Aku lap air mata . " Sha minta maaf . Nanti Sha belajar lagi " Sungguh aku rasa tak berguna di mata Faiq . Aku rasa aku dah ikut betul betul resipi yang Mummy bagi tapi kenapa rasa tak sama macam Mummy bagi .

Faiq yang tengok wajah kelat Amya Natasha mendekati . " Heyy . Abang tak kisah pun okay sayang masak ke tak . Sayang masak pun abang dah hargai "

Aku senyum kelat . " Tapi Sha rasa macam Sha tak buat apa - apa untuk abang "

" Siapa kata ? Tu . Sha dah bagi hati Sha untuk abang pun dah cukup . Abang nak mandi lepas tu kita makan dekat luar ? "

Aku angguk . Aku tahu Faiq nak ceriakan suasana .

" Ke Sha nak mandi dengan abang ? Abang makan Sha pun takpe . Sha dah habis period kan " Tambah Faiq yang tersengih tu membuatkan aku menjegilkan mata . Tak senonoh betul lah Faiq ni .

" Tak nak . Sha dah mandi tadi . Abang pergi mandi . Sha nak kemaskan ni jap "

Aku yang bangun nak mengemas terus terhenti bila Faiq memberikan ciuman di pipi .

" Abang sayang Sha " Terus Faiq masuk bilik . Aku pegang pipi aku . Rasa bahagia .

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now