SISMY 7

275 15 1
                                    


   Pak Majid memandang anaknya yang termenung ditangga rumahnya . Entah apa yang difikirkan oleh Faiq Naufal . Satu satu anak lelakinya . Walaupun dia dah bercerai dengan isterinya , anak anaknya masih dapat menerimanya . Kesilapan yang dilakukannya dulu akhirnya memakan diri sendiri .

     " Faiq , pikir apa nak ? " soal Pak Majid . Dia duduk di sebelah anaknya .

     " Eh . Tak ada apa apa , Akak mana yah ? " Faiq senyum . Dia cuma teringatkan gadis yang dilanggarnya petang tadi . Dia yang terlalu asyik bercakap di telefon sehingga tak perasankan gadis itu .

     " Akak kamu tengah tidurkan si Maryam . " Faiq angguk . Maryam anak buah kesayangannya.

    Jujur dia terlalu sayangkan ayahnya . Ayah dan kakaknya sahaja tempat dia bergantung hidup selama ini setelah ibunya mengambil keputusan ingin menikah lagi. Dia bangkang keputusan ibunya bermati matian. Namun apa yang boleh dibuat bila ibu dan ayahnya sendiri membuat keputusan . Nak tak nak dia sebagai seorang anak perlu terima .

      " Ayah ada benda nak bincang dengan Iq , " Pak Majid serba salah ingin meneruskan ayat yang seterusnya . Melihat muka anaknya. Dia sebagai seorang ayah kalau boleh tak nak membebankan Faiq dengan permintaanya . Namun melihat harapan Tengku Erman semalam membuatkan perlu untuk berbincang dengan Faiq .

   " Majid aku ada benda nak cakap ni " ujar Tengku Erman.

   Pak Majid menghentikan seketika perbuatannya . Dia memberi fokus terhadap Tengku Erman.

   " Cakaplah Man , kalau aku boleh tolong , aku tolong "

   " Kau tahu Natasha macam mana perangai dia . Aku pun susah hati bila dia asyik marah Mak Nab . Kasihan Mak Nab terima je apa yang diarahkan olehnya . Dah berbuih mulut aku nasihatkan dia , tapi tak ada perubahan " Luah Tengku Erman. Hanya Pak Majid yang dapat membantunya kala ini .

    " Kau nak aku buat apa Man " soal Majid . Dia tahu kawannya kini dalam keresahan memikirkan anak tunggalnya .

     " Aku nak jodohkan dia dengan anak kau . Faiq Naufal " Balas Tengku Erman jujur . Dia kenal sangat dengan Faiq Naufal . Budi bahasanya sangat baik . Mana taknya datang dari keturunan yang baik baik .

Pak Majid tersentak .

    " Aku minta maaflah kalau permintaan aku melampau . Cuma kalau kau tak keberatan aku nak Faiq ubah Natasha . Aku nak Faiq bimbing Natasha ke jalan yang benar . Aku dah gagal jadi seorang ayah yang baik untuk bimbing dia "

    " Aku tak boleh nak kata apa apa Man . Semuanya di tangan Faiq . Nanti aku cuba bincang dengan dia. Lagipun Faiq dah kenal sangat dengan kau "

     " Apa dia yah " balas Faiq .
Suara Faiq menyerdarkan Pak Majid dalam lamunannya .

Dia memandang muka ayahnya dengan penuh kasih sayang . Selagi dia masih bernyawa dia akan memenuhi segala permintaan ayahnya .

     " Ayah minta maaf kalau permintaan ayah membebankan iq , "

      Pak Majid menarik nafas sebelum menyambung ucapanya .

       " Ayah nak kahwin kan Faiq dengan anak kawan ayah , " sebaris perkataan yang keluar dari mulut ayahnya membuatkan Faiq terkesima .

     Kahwin ? Anak kawan ayah ? . Dia masih belum bersedia ingin memikul tanggungjawab itu . Dia ingin mencari seorang perempuan mampu menerima dia dan ayahnya seadanya. Kali ni dia hanya ingin membalas jasa ayahnya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang dirinya.

      " Ayah tahukan perasaan iq , " balas Faiq lembut . Dia tak lagi mempunyai perasaan ingin berkahwin buat masa sekarang . Dia ingin menumpukan perhatian pada keluarga .

      " Ayah tahu . Tapi ni harapan Tengku Erman . Dia nak sangat anaknya berubah dan dia tahu Faiq boleh ubahkannya , " jawab Pak Majid berterus terang .

     " Ayah . Tengku Erman boleh cari lelaki yang lagi baik dari Iq untuk anaknya . Iq tak ada apa apa untuk dibanggakan , " Ye dia tak ada apa apa . Dia kerja pun di syarikat milik ayah tirinya walaupun dia seorang CEO .

       " Anak ayah terlalu baik . Ayah tahu ini permintaan yang berat . Tapi Iq tahukan Tengku Erman dah banyak tolong kita . Ye ayah pernah selamatkan nyawa dia dulu . Sejak tu dia tak pernah kedekut untuk tolong apa yang kita perlukan Iq , "

   Pak Majid menepuk lembut bahu anaknya . Tengku Erman tak pernah berkira dengannya . Walaupun bekas isterinya pernah menghulur bantuan dari segi kewangan namun cepat dia menolak . Dia seorang lelaki dan masih mempunyai maruah , ego untuk menerima bantuan dari bekas isterinya .

     " Ayah nak Iq fikirkan perkara ni . Ayah tak paksa , " kata Pak Majid sekian kali sebelum masuk ke dalam rumah .

    Faiq Naufal mengeluh . Bintang dilangit dilihat . Masih adakah yang sanggup terima dia seadanya ? Tanpa pangkat dan harta . Anak Tengku Erman ?

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now