SISMY 57

357 5 0
                                    

Aku menarik nafas lega apabila Fon aku dapat dihidupkan semula. Kalau tak apa aku nak jawab dengan Faiq tentang tiba tiba sahaja Fon aku rosak.

" Sayang okay tak ni? " Faiq mendekati Amya Natasha. Dia perasan sejak semalam Amya Natasha hanya mendiamkan diri. Tak seperti mula - mula datang ke sini. Ada apa - apa yang dia tak tahu ke?

Aku angguk. Tangan Faiq dibahuku dielus perlahan. " Okay. Hari ni kita nak kemana?"

" Betul sayang okay nak pergi jalan - jalan ni? Abang risau tau tak," omel Faiq. Dia bukannya apa, bila melihat Amya Natasha seperti ada sesuatu yang disembunyikan darinya.

" Sha okay. Berapa kali Sha nak cakap ni. Takkan kita datang nak terperap je kan dalam bilik hotel ni hm? " Balas aku. Pasal Izwan tu nanti laa aku fikir. Sekarang ni aku nak tebus apa yang tak jadi semalam. Lagipun kalau dalam bilik mesti aku teringat apa yang jadi semalam. Sekurang kurang nya kalau keluar aku boleh lupakan apa yang jadi walaupun mungkin untuk seketika.

" Abang tak kisah kalau kita terperap dalam hotel je asalkan Sha ada ," Balas Faiq sambil mengangkat kening. Sengaja ingin mengusik Amya Natasha. Dia ingin melihat senyuman Amya Natasha.

Aku yang mulanya nak marah terus tersenyum. " Abang fikir apa ni ? "

Faiq ketawa. Senang hati dia melihat senyuman terukir di bibir isterinya. " Sayang yang fikir bukan bukan. Sayang fikir apa hm?" Faiq mendekatkan wajahnya ke muka Amya Natasha. Sikit lagi bibirnya ingin menyentuh bibir Amya Natasha.

Aku pantas menutup bibir dengan tapak tangan. " Nope! Abang jangan nak ngada - ngada. Jom la keluar " Pinta aku.

Faiq tersengih. Kedekut betul la isteri dia ni. Nak bermanja pun tak boleh. " Abang tahu abang ni siapa. Abang kan bukan seperti yang Sha inginkan... Abang..."

Cup. Pantas bibir Faiq disentuh. " Okay dah kan? Jom ," Faiq ni kalau dibiarkan makin meleret mengadanya. Tapi yang ni la aku sayang sepenuh hati aku.

Faiq tersentak namun hanya sekejap. Pantas bibirnya mengukir senyuman. Lengan Amya Natasha ditarik. Suaranya sengaja dilembutkan " Sha... "

Aku mengangkat kening menandakan nak apa ?

" Sha sayangkan abang kan ?" Soal Faiq.

Aku hanya menggelengkan kepala. Entah berapa kali Faiq nak dengar yang aku betul2 sayangkan dia.

"Abang nak cakap apa sebenarnya ni ?"

Tubuh Amya Natasha ditarik mendekatinya. Selagi dia tak dapat jawapan selagi tu dia akan bertanya.

" Sha betul tak ada benda nak kongsi dengan abang?" Perkara semalam masih lagi bermain difikirannya. Apa yang sebenarnya terjadi.

Aku mengigit bibir.

" Haa ni dah gigit bibir, abang tahu ada yang tak kena kan. Cuba bagitahu abang hm ?" Dia harap sangat Amya Natasha akan memberitahu hal yang sebenar.

Patutkah aku bagitahu Faiq? Sedangkan Izwan dah bagi amaran. Aku cuma takut kalau Faiq dalam bahaya kerana aku. Tapi melihat wajah Faiq membuatkan aku ingin menceritakan semuanya. Dia suami aku. Dia berhak tahu.

" Sha " Panggil Faiq lagi sekali. Kenapa Amya Natasha susah sangat nak memberitahunya. Adakah ada masih halangan untuk isterinya mempercayainya.

Aku mengeluh lagi. Aku takkan sesekali membahayakan nyawa Faiq. Aku tak nak Faiq tahu tentang ini.

" Tak ada apa apa. Abang jangan risau. Jomla pergi nanti lewat2 tak sempat nak shopping. Banyak tempat lagi kan kita nak pergi," Aku bangun untuk menukar pakaian. Wajah Faiq yang muram aku biarkan.

Sayang I Still Miss YouWhere stories live. Discover now