Di sekolah...
Hari yang ditunggu-tunggu oleh 3 jejaka idaman orang ramai itu. Mereka mahu mengenakan Caline.
Kai : Ish,kenapa dia belum datang?
Yo : Selalunya,waktu ni dia dah datang...
Roy : Mungkin dia tak datang ke sekolah hari ni.
Kai : Besar kemungkinan....Penantian mereka hanya sia-sia kerana Caline memang tidak datang ke sekolah hari itu.
Kai : Lain kali sahajalah.
Yo : Esok kita sambung plan kita.
Kai dan Roy : Ok!Namun,mereka bertiga telah menunggu di tangga perpustakaan itu sejak hari Isnin yang lalu pada setiap waktu rehat. Caline tak hadir selama itu juga. Sudah seminggu Caline tidak datang ke sekolah.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Dalam perjalanan pulang...
Kai : Mana dia pergi? Seminggu tak nampak dia..
Yo: Eh,risau nampak?
Kai : Eh,entahlah. Dia tu pelik dan tersangat pelik. Aku pun rasa macam pelik-pelik.
Roy : Jom kita siasat kenapa dia tak datang!
Kai : Ok juga!
Yo : Kita boleh bertanya kepada rakan sekelasnya.•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Keesokan harinya,di sekolah,kelas 4 Sakura ,kelas Caline.
Semua murid perempuan dalam kelas itu menjerit apabila melihat jejaka idaman mereka datang ke kelas mereka pada pagi itu.
Mina(budak paling gedik) : Ah,Kai! Jom berselfie! Selfie! (Sambil mengangkat handphonenya dan mula menghampiri Kai)
Yo : Erm,kami datang ni sebab nak bagitahu sesuatu.
Mina: Apa dia? Apa dia? Nak bagi kami hadiah ke?
Yo : Siapa tahu ke mana Caline telah pergi?
Mina : Ceh...ingatkan apa tadi...rupa-rupanya pasal minah tu je..Entahlah,kami tak tahu kenapa dia tak datang. Sejak minggu lepas dia tak datang. Biarlah.
Ami(geng Mina): Biarlah dia tak datang. Apa pentingnya dia!
Roy : Kamu semua ni bukan manusia ke?
Mina : Eh,kenapa you marah-marah ni?
Roy : Kamu semua ni macam sampah. Duduk sekelas pun tak ambil kisah tentang rakan sendiri.
Mina : Ish,kami pula yang dipersalahkan. Apa yang special sangat pasal minah tu?
Kai : (baru bersuara sejak mendiamkan diri tadi) Baik kita beredar. Tak baik gaduh-gaduh.Mina : Wah,makin angkuh dia ye? Takkanlah Kai dah jatuh cinta dengan minah senget tu?
Ami : Tidak! Kai kepunyaan aku!
Mina : Eh,Kai aku punyalah.!
Ami : Aku!
Mina : Aku!Kelas menjadi riuh-rendah dan bergaduh hanya disebabkan Kai.
Kai : Tak guna kita jumpa mereka.
Yo : Baik kita jumpa mak Caline je. Lagipun kau agak rapat dengan mak dia kan?
Kai : Ya..Lepas balik dari sekolah nanti,,kita terus jumpa dia.•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kai menekan loceng rumah Caline. Tidak lama kemudian,pintu pagar dibuka. Mereka disambut oleh ibu Caline.
Mak Caline : Jemputlah masuk.
Kai : Terima kasih,mak cik! Erm,Kai nak perkenalkan kawan Kai...ini Yo Shing dan ini pula Roy.
Mak Caline : Oh,begitu! Eh,duduklah dulu. Mak cik hidangkan air untuk kamu semua ya?
Kai : Eh ,tak perlulah bersusah-susah mak cik .
Mak Caline : Tak apa...tak susah...duduklah dulu...(berlalu ke dapur)
Roy:uhh..nasib bukan Caline yang bancuh. Kalu tak,masin kita nanti!(berbisik)
Kai menyiku Roy supaya Roy diam.
Kai : Kita datang ni ada tujuannya...iaitu nak tahu sebab Caline tidak hadir ke sekolah selama seminggu.Aku sedang berbaring di atas katil sambil mendengar lagu kegemaranku. Air mataku menitis perlahan-lahan sehingga membasahi pipiku. Nasibku sudah berubah. Rasa kesal juga terbit di hati.
~~~~~~~imbas kembali~~~~~~~~~
Aku berlari sekuat yang boleh supaya segera sampai ke rumah. Tiba-tiba,ada satu kereta lalu betul-betul di hadapanku. Aku dilanggar sehingga terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan. Kakiku sangat sakit. Kebetulan,ibuku pulang dari pekan. Ibu segera menghantarku ke hospital.
~~~~~~ imbas kembali tamat~~~
Aku termenung jauh. Aku risau dengan pelajaranku di sekolah. Mesti aku dah jauh ketinggalan.
Di ruang tamu,
Mak Caline : Jemput minum ye..
Kai,Yo dan Roy : Terima kasih.
Kai ; Kami datang sebenarnya nak tanya khabar Caline.
Yo : Ya. Dah seminggu dia tak ke sekolah.
Roy : kami rasa risau pula.
Mak Caline : Oh...sebenarnya Caline sakit. Itulah dia tak dapat ke sekolah.
Kai : Sakit apa ya,mak cik?
Mak Caline : Begini ceritanya..(menceritakn dari mula sampai akhir tentang kemalangan yang menimpa Caline)
Kai : Kesian,Caline!
Mak Caline : Itulah. Dah seminggu dia kurang selera makan. Dia kata dia nak pergi ke sekolah. Tapi doktor nasihatkan supaya dia berehat selama sebulan untuk sembuh sepenuhnya. Dia juga tidak dapat berjalan sebab kaki dia disimen.
Kai : Oh,begitu!
Mak Caline : Pergilah jenguk Caline kat atas. Bilik dia yang pertama sekali.
Kai : Ok,mak cik!
Roy : Kami pergi dulu.
Ketika itu,Caline sudah terlelap kerana mendengar lagu berirama sedih yang dipasangnya. Sisa air matanya masih tercalit di pipi tembamnya.
Kai perlahan-lahan mengetuk pintu bilik Caline. Namu,tiada jawapan mahupun suara kedengaran di sebalik pintu itu.
Yo : Buka sajalah.
Kai : Ok..
Kai menguak pintu bilik Caline perlahan-lahan.
Kai : Hello?Mereka bertiga terpandang Caline yang sedang tidur dia atas katilnya. Lagu yang terpasang sayup-sayup kedengaran.
Roy : Eh,lagu dia terpasang masa dia tidur! Membazir bateri je!Kai menghampiri Caline dan memandang muka Caline yang tembam.
Kai : Haha. .. muka dia cute dia waktu tidur..kalau jumpa kita...muka macam singa!
Yo : Perlahanlah sikit! Dia sedang tidur!
Kai : Oh..hehe..
Roy : Cantiklah bilik dia. Dia suka warna biru agaknya.
Kai : Apa nak buat? Dia sedang tidur.Tiba-tiba,mak Caline muncul di pintu bilik Caline.
Mak Caline : Hah...eh,dah tidur dah? Patutlah sunyi saja kamu semua ni. Biar mak cik kejutkan.
Kai : aa....(baru sahaja nak menegah mak Caline tapi mak Caline dah memanggil nama caline)
Mak Caline : Caline...bangun Caline. Kawan-kawan kamu datang menjenguk kamu.(menggoncang-goncang bahu Caline)Aku sudah bangun sebenarnya. Aku terdengar suara ibuku memanggilku >>> 'kawan-kawan kamu datang menjenguk kamu'<<<< . Ayat ini agak pelik bagiku. Setakat yang aku tahu,aku tak ada seorang pun sahabat yang sanggup datang untuk menjenguk aku ketika aku sakit. Aku tiada kawan. Rakan-rakan sekelasku meminggirkan aku kerana mereka mengatakan yang aku ni seorang yang garang.
Mana tidaknya aku garang. Siapa suruh mereka bising dan mengganggu aku baca buku cerita!Aku memejamkan mataku rapat-rapat dan mengiringkan badanku ke arah kanan. Aku tidak mahu berjumpa dengan 'kawan-kawanku' itu. Tapi,siapakah mereka sehingga mak aku mengatakan bahawa mereka kawan-kawanku? Rasa ingin tahu mula timbul di hati.
Mak Caline : Bangunlah Caline. Masa untuk makan. Lepas itu,Caline perlu makan ubat.
Aku mengeliat dan segera membuka mataku dan aku sangt terkejut apabila melihat 'kawan-kawanku' itu.
Kai : Hai, Caline!
Yo dan Roy : Hai!
Aku : Mak!
Mak Caline : Ye?
Aku : Bukan! ( memandang 3 jejaka di hadapanku)Aku segera menarik selimut untuk menutup seluruh badanku sehingga ke kepala.
Mak Caline : Janganlah macam ni! Makanlah, mak masak sedap ni!Selimutku ditarik. Kai yang menariknya.
Kai : Makanlah,Caline! Nanti susah nak sembuh.(tersenyum pada Caline)
Roy : Betul tu!Aku berasa sangat malu. Selama ini aku membenci mereka tanpa sebab dan mereka sudi datang menjenguk aku tanpa sebab. Aku berasa sangat bersalah terhadap mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Teman Tapi Mesra...Hey!
DiversosCaline jatuh cinta dengan mamat artis? Kehadiran mamat artis itu berjaya mengubah sikapnya yang keras hati? Adakah mereka hanya kawan biasa? Namun,suatu perkara telah berlaku menyebabkan hubungan persahabatan mereka dikorbankan untuk 5 tahun. Bagaim...