BAB 5

66 4 2
                                        

Pagi,selepas sarapan...
Aku : Mak! Caline pergi dulu!
Mak ; Ok! Hati-hati!

Sewktu aku membuka pagar depan rumahku,Kai kebetulan lalu. Kai memandangku. Aku tetus menundukkan kepalaku. Dengan selamba aku melangkah pergi untuk ke sekolah tanpa menoleh ke arahnya.
Kai : Good morning,Caline!(walaupun masih rasa sakit hati)

Aku buat tidak dengar.

Kai : Jom kita pergi ke sekolah bersama-sama!

Aku hanya diam dan terus berjalan . Dia pula terus berjalan di sisiku. Aku rasa pening dan ingin muntah dan nak saja tumbuk dia! Ini kerana bau minyak wanyinya yang terlalu kuat sehingga menusuk ke hidungku. Ingin saja aku pengsan sebab pening sangat.

Tiba-tiba, Roy dan Yo Shing menyapa Kai..
Roy dan yo:Hai,Kai!
Kai: Hai!

Aku terus saja berjalan tanpa memandang mereka. Mereka pula mengekoriku dari belakang.
Aku:(ah!lagi peninglah aku! Lemas aku! Apabila bau minyak wanyi mereka bergabung....ahh!
Aku : Hahchoo..!(terbersin)

Aku menyilangkan tanganku dan sekali lagi aku terbersin. Hampir 5 kali aku terbersin. Merah dah hidung aku!
Kai : Nah,gunalah fresh care ni(minyak angin)

Aku hanya diam . Aku terus berlari ke sekolah..bukan apa,bila dia dekat dengan aku,aku  akan   terbersin lagi! So,baik aku pergi jauh dari dia.
Yo Shing : Pelik betul budak tu!
Kai : Itulah budak pelik yang aku kata semalam!
Roy : Oh...kenapa dia asyik terbersin saja? Tak sejuk pun pagi ni!
Kai : Entahlah....
Yo : Cepatlah...nanti lewat!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Aku bergegas menuruni tangga perpustakaan sekolah yang terletak di tingkat 3 blok bersebelahan dengan blok kelas aku. Aku memegang erat buku cerita yang dipinjam olehku sebentar tadi.

Tiba-tiba, aku tersepak satu pasu bunga yang ada di sepanjang tangga itu.
Aku : ahh....aduh!
Aku tergolek jatuh dari tangga di tingkat 2 . Aku hanya terduduk di lantai. Bukuku tadi entah sudah melayang ke mana. Aku menoleh ke kiri dan kanan.
Aku : (nasib baik tak ada orang yang tengok aku tadi!)

Tiba-tiba,ada tangan
yang dihulur.Aku melihat Kai di depanku. Aku terus menepis tangannya .Aku bangun sendiri dengan keadaan yang kurang stabil. Dia ingin menolongku namun aku mengelak. Aku tetus mengambil dengan kasar buku yang dihulurkannya. Namun,dia menarik buku itu dengan kuat sehingga aku berdiri dekat dan menghadap mukanya.

Dia menghulurkan jari telunjuknya ke arah hidungku. Ada secalit darah di jarinya. Aku terus memegang hidungku. Rupa-rupanya,hidung aku berdarah sebab terjatuh tadi. Aku terus berpaling dan segera ke tingkat bawah dan menuju ke tandas sekolah.
Aku membiarkan darah itu mengalir sehingga ia berhenti. Loceng sekolah mula berbunyi menandakan tamatnya masa rehat pelajar.
Aku meraba kocekku untuk mengambil sapu tanganku,namun tiada.
Aku : Ah,mesti tercicir tadi. Herm! Baik aku balik kelas sekarang juga! Eh!( terkejut)

Kai berada betul-betul di depanku sewaktu aku melangkah keluar dari tandas.
Kai : Nah,ni...(menghulur)
Aku : Oh,...(menyambut sapu tanganku yang dihulurnya)

Aku terus berlalu pergi tanpa menoleh.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Dalam perjalan pulang.

Aku ; (apahal dia baik dengan aku hah? Dia tidak tahu ke yang aku benci dia?) Haih....(mengeluh)

Tiba-tiba,aku terhidu bau wangian yang aku hidu pagi tadi.
Aku : Ah..mesti dia dekat-dekat sini! Baik aku lari! Hahchoo!....
Kai ; Hai,Caline!(dari belakang aku)
Yo dan Roy : Hai!

Aku benar-benar terkejut! Kenapa mereka menegur aku? Aku tak nak jumpa mereka! Aku mengambil keputusan untuk berlari balik ke rumah. Nasub hari ini aku pakai seluar track sebab ada kelas jasmani. Aku berpaling dan berlari. 
Kai : Hey,kenapa lari?
Roy: Jangan ganggu dialah...
Yo : Dia ada buat salah kat kau ke?
Kai : Tak..eh,ya! Semalam aku pergi rumah dia . Dia letak garam dalam teh aku! Punyalah masin! Pastu,waktu rehat tadi aku tolong dia.
Yo : Tolong apa?
Kai : Dia terjatuh bergolek-golek dari tangga . Hidung dia berdarah. Lepas itu,dia tercicir sapu tangan dia.
Roy : Oh...padan muka dia! Siapa suruh dia sombong dengan kita!
Yo : Tapi,saya tahu kenapa dia lari dari kita..yang pertama ,dia benci kita. Yang kedua, dia malu sebab Kai dah tolong dia waktu dia susah. Ketiga,dia alahan dengan bau wangi kita. Sebab tu dia asyik terbersin bila kita dekat dengan dia.
Kai : Oh,begitu! Siapa suruh dia sombong dengan aku!
Yo: Balas dendam lah der !
Kai : Hah? Mana boleh...dia tu perempuan!
Roy : Betul juga kata Kai tu.. Nanti kita jadi pembuli. Jatuh imej kita nanti!
Ýo : Tak apa...kita buat saja dia rasa bersalah dan terhutang budi dengan kita. Mesti dia akan rasa menyesal nanti. Dan akhirnya dia akan menjadi rakan kita. Lagipun dia seperti tidak ada kawan. Kita boleh jadikan dia sebagai kawan kita.
Kai : Hah...betul cakap kau,Yo..Bagus idea kau!

Mereka bertiga mula merancang sesuatu untuk menawan dan melembutkan hati Caline.
 

Teman Tapi Mesra...Hey!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang