Hari demi hari aku lalui dengan perasan rindu. Rindu dengan gurauan kami sepanjang tempoh persahabatan kami . Aku juga masih lagi rasa sedikit tertekan kerana Mina masih mencemuh aku di kelas dan mengatakan aku telah 'dihalau' oleh The Boys. Di facebook juga,geng Mina selalu memberi komen dan fitnah tentangku. Aku mengambil keputusan untuk main fb lagi. Aku uninstall.
Kini,sudah tiba masanya untuk mereka menduduki SPM. Dalam hati,aku berdoa agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Aku juga akan menduduki SPM tahun depan. Kami masing-masing perlu berusaha bersungguh-sungguh.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Pagi,rumah Caline.
Mak: Caline, Kai dengan kawan dia nak pindah esok. Kamu tahu tak?Aku terkejut.
Aku : Pindah? Kenapa?
Mak: Mak ada tanya tadi. Dia kata nak sambung belajar kat luar negara. Erm..ambil bidang kesenian muzik dan tarian. Roy dan Yo pun sama. Alang-alang ibu bapa mereka kat luar negara,senang sikitlah kalau mereka sambung belajar kat sana.
Aku : Oh...
Mak : Tak nak jumpa mereka ke? Mereka kan kawan kamu?Aku berfikir sejenak dan bertarung dengan hati sama ada nak pergi jumpa mereka ataupun tidak.
Aku :(Tapi esok aku ada kelas tambahan Fizik kat sekolah. Mana sempat? Lagipun,apa aku nak bagi kat mereka?)
Akhirnya,aku membuat keputusan untuk memberi mereka seutas rantai kunci(key chain) berbentuk hati yang aku beli dahulu di kedai cenderamata semasa berjalan-jalan dengan ibuku. Aku harap mereka akan suka.•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Petang,
Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah sebelahku. Rumah Kai. Tanganku memegang erat 3 rantai kunci yang aku sudah balut. Setibanya di depan pagar rumah,aku menekan loceng rumah. Kelihatan seorang wanita berusia 40-an membuka pintu rumah. Aku tersenyum ke arahnya.
Mak May : Eh, Caline! Masuklah. Kejap ye,mak cik bukakan pagar dahulu.
Aku : Ok!Aku terus melangkah masuk ke halaman rumah Kai sebaik sahaja pagar dibuka.
Mak May : Masuklah Caline. Rumah bersepah sikit. Nanti mak cik buatkan air .
Caline : Eh,takpelah mak cik. Susah-susah je. Saya nak jumpa Kai kejap je.
Mak May : Oh,ok! Nanti mak cik panggilkan Kai. Oh,Kai! Kawan kamu nak jumpa ni!
Kai : Kejap2...sibuk ni!(laung dari tingkat atas)
Mak May : Erm,mak cik kena berkemas lagi. Kamu tunggu Kai kejap ye.
Aku :Ok!(tersenyum)Aku menanti Kai di pintu rumahnya sambil memerhati keadaan sekeliling rumahnya.
Kai : Ish,mesti Yo ni kan?! Aku belum habis kemas barang-barang aku lagilah. Mentang-mentang dah habis siap kemas. Kau....(terhenti dari membebel pasal Yo)
Kai terkejut melihatku. Aku pun terkejut melihatnya. Dia sudah banyak berubah. Terutamanya wajahnya. Jejaka berumur 18 tahun itu kelihatan semakain kacak. Aku terpana seketika.
Kai : Eh,Caline!
Aku : Oh!(tersedar) em,hai!
Kai : Hai!
Aku : Erm,aku dengar kamu semua dah nak pindah. Saya datang ni nak bagi sedikit hadiah ni sebagai kenang-kenangan. Tolong bagi dekat Yo dan Roy juga,ye?
Kai : Ok,tiada masalah!
Aku : Saya balik dululah.Aku bukan apa nak cepat-cepat beredar. Aku takut Mina ataupun sesiapa ternampak kami dan mula menfitnah. Tapi,..
Kai : Eh,kejap. Kejap ye. Saya ada sesuatu untuk awak.(melangkah ke tingkat atas dan segera berlari turun semula dengan sesuatu di tangan)
Kai : Hulurkan tangan kamu.
Aku : Hah?(masih terkejut dan terpana melihat Kai yang sudah setahun tidak jumpa.Tambahan pula,dia semakin handsome. Membuatkan aku rasa gelisah dan tidak berani memandang matanya ketika bercakap)
Kai : Ala...cepatlah. jangan takut. Bukannya aku nak sarung cincin kat tangan kamu. Aku nak bagi sesuatu ni.
Aku : Oh,haha...Aku rasa lega sedikit kerana gurauannya itu. Yo dan Roy pun suka bergurau dan menyakat aku ketika kami masih bersahabat dahulu. Kai pun masih tidak berubah. Masih suka berlawak dan berlagak cool.
Kai : Nah! (Ikat seutas gelang yang diperbuat daripada sejenis tali yang berwarna hitam di lengan sebelah kananku)
Aku memerhati dengan teliti. Terdapat beberapa kubus kecil berwarna putih yang mempunyai beberapa huruf di atasnya.
Kai : Ini untuk mengingatkan awak tentang perjanjian kita dulu tu. Tinggal 4 tahun lagi.
Aku : Oh,haha. Cantik. 21 April 2020. C K R Y. Ya,4 tahun lagi. Thank you!
Kai : Sama-sama. Jangan lupa tau!
Aku : Aku tak akan lupalah.
Kai : Eh,Roy ! Yo!
Roy dan Yo : Hai!
Aku : Hai!Aku juga terpana melihat mereka berdua. Sama2 kacak seperti Kai.
Kai : Nah, caline bagi ni kat kau berdua.
Yo : Oh,TQ. Ni pula untuk kamu,Caline.
Roy : Ini juga.
Aku : oh,terima kasih! Erm,aku kena pergi dulu!
Yo : Eh!selfie lah dulu!
Aku : Aa...
Yo : Jomlah!(mengeluarkan telefom bimbitnya)
Aku : Oklah.
Kai : Aku pegang kameralah ..aku kan tinggi.
Aku : Haha..
Roy : Caline berdiri sini. (Menunjuk ke arah sisi Kai) Lady must be in the middle.
Aku : Ok.Aku berdiri di sisi Kai. Yo dan Roy pula berdiri di belakangku kerana mereka lebih tinggi berbanding aku.
Kai : One..two...three! Ok.dah. nanti send kat facebook ye. Private punya tau,Yo!
Yo : Ok!
Aku : Boleh share it gambar tu kat aku tak? Sebab aku dah uninstall fb.
Yo : Oh,ok!
Aku : Aku kena pergi dulu!
Kai : Ok! Bye! Jumpa lagi nanti!
Aku : Ok!
Roy dan Yo: bye ....Aku berlalu pergi dengan senyuman di bibir tapi dengan rasa sayu di hati. Sedih kerana tidak dapat melihat mereka selama 4 tahun. Selama ini,aku boleh mengintai Kai menyanyi di sebelah tanpa pengetahuannya. Kalau dah pindah? Aku tak dapatlah dengar suaranya lagi. Namun, aku akan menanti hari itu, hanya perlu bertahan selama 4 tahun lagi.


ANDA SEDANG MEMBACA
Teman Tapi Mesra...Hey!
RastgeleCaline jatuh cinta dengan mamat artis? Kehadiran mamat artis itu berjaya mengubah sikapnya yang keras hati? Adakah mereka hanya kawan biasa? Namun,suatu perkara telah berlaku menyebabkan hubungan persahabatan mereka dikorbankan untuk 5 tahun. Bagaim...