BAB 12

53 2 2
                                    

Aku melangkah keluar dari pintu universiti. Aku rasa lega apabila melihat bas sudah sampai. Aku terpaksa mengangkat bagasiku yang berat ke dalam bas yang sudah sedia penuh dengan penumpang lain. Semua tempat duduk sudah diisi. Aku mengambil keputusan untuk berdiri di tepi bangku penumpang. Bas kemudian bergerak.

Minda dan fikiran aku juga bergerak seiring dengan pergerakan bas itu. Sudah hampir 3 tahun aku belajar di universiti. Aku ingin pulang ke rumah pada cuti semester ini. Sementara itu,aku boleh kerja sambilan di pusat beli-belah untuk poket duit aku sendiri. Bolehlah jimat PTPTN aku itu.

Aku memandang jam tanganku. Sudah pukul 3.00 petang. Mak mesti ada di rumah. Aku balik tanpa beritahu mak aku dulu sebab nak bagi surprise sikit. Hihi!

Setibanya aku di depan pintu,mak aku pula buka pintu pada masa yang sama aku nak ketuk pintu. Memang tepatlah! Mak pula terkejut melihat aku. Aku pula kena marah sebab pulang tanpa bagitahu dia.

Aku : Mak,Caline nak naik atas dulu. Penat...
Mak Caline : Yelah,nanti turun untuk makan malam ye.
Aku : Baik.

Aku segera mandi dan menyalin pakaian. Aku terlelap di atas katil. Aku mimpi. Ada 3 orang lelaki yang aku sangat kenal. Tapi,keadaan bertukar kabur seolah-olah ada embun secara perlahan-lahan sebelum aku sempat mengamati kelibat tiga lelaki itu. Aku terbangun. Aku teringat akan The Boys. Aku segera bangun dan menguak langsir tingkap bilikku kemudian menjenguk ke rumah sebelah. Rumah Kai yang sudah beberapa tahun ditinggalkan tanpa berpenghuni. Rumah itu tidak berpenghuni. Tiada Kai. Tiada The Boys.

Aku memandang lenganku. Gelang tangan itu aku sentuh perlahan. Aku tersentak! Aku segera menyusun semula abjad-abjad yang terdapat pada  gelang itu. Cuba mencari nombor...21 April 2020. C.K.R.Y.
Hari ini 21 April 2020! Hari pertemuan kami semula!

Aku segera melihat jam di dinding. Sudah pukul 4:50 petang! Aku segera mencapai handphoneku dan terus berlari keluar untuk ke taman.
Aku tercungap-cungap dan segera duduk bersandar di bangku tempat kami berjumpa dahulu. Baru pukul 4:55 petang. Ada masa lagi. Tapi,mana mereka? Aku mula rasa resah apabila jarum jam menunjuk pada angka 5:30 petang. Mereka masih belum muncul?

Aku : Apa aku nak buat ni? Hubungi mereka? Aku tak ada nombor mereka. Mereka ada FB tapi aku dah uninstall FB aku.

Hatiku berdegup laju menanti mereka. Mana mereka ni? Hatiku mula khuatir yang mereka sudah lupa akan tarikh dan janji ini.
Aku : Mustahil! Kai sendiri yang buat perjanjian tu. Dia takkan lupa punya!

Aku tidak senang duduk. Jam sudah menunjukkan angka 6. Matahari sudah mula terbenam separuh. Nyamuk pula semakin banyak. Hatiku pula rasa sayu melihat bangku kosong di depanku. Kosong. Kelibat mereka tidak kelihatan. Di mana mereka? Mereka sudah lupa?

Aku mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah apabila jam menunjukkan angka 6:30 petang. Air mataku mengalir tanpa disedari,deras. Aku menyekanya berkali-kali. Aku marah! Mereka mempermainkan aku! Mereka beria-ia nak jumpa hari ini! Penipu! Pengkhianat! Di mana kamu semua? Aku rindu kamu semua!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Malam,

Aku cuba menyembunyikan tangisanku agar ibuku tidak dengar. Bantalku sudah basah dengan air mataku! Mereka tak guna! Penipu! Kata nak jumpa selepas 5 tahun! Tapi? Apa yang telah berlaku? Salah siapa?

Tiba-tiba,satu idea terlintas di fikiranku. Aku perlu menghubungi mereka. Aku perlu! Tidakkah mereka merindui ataupun terfikir tentang aku? Aku amat merindui mereka kerana hanya merekalah yang aku gelar sebagai sahabat seumur hidupku.

Aku segera mencapai handphoneku dan menginstall FB. Aku berharap mereka ada di talian. Aku boleh meminta nombor mereka supaya aku boleh menghubungi mereka.
Beribu-ribu notification masuk. Beribu! Kebanyakan notification yang mengatakan "hari ini hari jadi ________". Banyak lagi lah! Friends aku bukannya banyak. Seratus lebih je.
Aku melupakan tentang itu dan mula mencari FB Kai.

Rupa-rupanya,dia masih seorang artis. Aku mendapat tahu tentang itu daripada fanpage Kai. Kai sendiri dan yang lain ada FB sendiri tetapi mereka tidak aktif sejak 3 tahun lalu.

Mungkin mereka sibuk sehingga tidak ingat tarikh hari ini? Mungkin juga. Fikir positif,Caline! Baik aku message mereka seorang demi seorang kat sini. Mereka masih di luar negara. Ataupun kerja di luar negara dan sejak dari itu,mereka tak pernah balik ke sini? Sampai hati mereka? Aku keseorangan merindui kalian? Kalian pula?

Teman Tapi Mesra...Hey!Where stories live. Discover now