Aku kini berumur 24 tahun. Bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta. Ibu dan aku telah berpindah dari rumah kami yang dahulu dan kini kami tinggal di sebuah taman perumahan yang dekat-dekat dengan tempat kerjaku.
Doktor Chim : Doktor Caline!
Aku tersentak dari lamunanku. Pen di tanganku terjatuh ke bawah meja kerjaku.
Aku : Ya,Doktor Chim! (Bangun dan segera tunduk tanda hormat)
Doktor Chim ialah doktor senior. Beliau banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepadaku sejak aku mula berkerja di sini.
Doktor Chim : Jauh termenung nampak? Nah,minum milo ni.
Aku : Oh,terima kasih!
Doktor Chim tahu yang aku tidak suka minum kopi sebab tu dia beli milo untuk aku.
Aku : Susah-susah je.
Doktor Chim : Takde apa-apa pun. Oh,ya..petang nanti kamu free tak?
Aku : erm..tak tahu. Kenapa?
Doktor Chim : Tak. Saya dengar geng Doktor Sandy kata nak pergi karaoke nanti. (geng doktor junior sepertiku. Doktor Chim pun rapat dengan mereka)Mereka ajak aku. Aku akan pergi dengan geng aku juga. Jomlah,ikut!
Aku : Erm,saya tengok dululah.
Doktor Chim : Ok! Saya pergi dulu. Kalau nak pergi,inform saya dulu tau.
Aku : Ok!
Aku sebenarnya tidak mahu ikut mereka terutamanya ada orang lelaki dalam kumpulan itu. Memang geng Doktor Sandy tu baik dengan aku. Tapi ,kalau keluar dengan lelaki..pergi karaoke pula tu. Aku mana tahu menyanyi. Baik lagi kalau aku ajak mak aku pergi tengok wayang.
Setelah kelibat Doktor Chim hilang,aku segera mencapai fail yang aku perlukan dan melangkah ke wad pesakit kanak -kanak. Aku ditugaskan untuk memeriksa mereka. Melayan kanak-kanak ada kalanya menyusahkan tetapi ada kalanya menyenangkan. Lucu juga melihat kerenah mereka.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Aku mencapai beg sandangku dan kunci skuter berwarna biruku. Skuter itu hadiah dari nenek aku sempena hari jadiku yang ke 23. Aku amat menyukai skuter ini kerana ia memudahkan aku untuk berulang-alik ke tempat kerjaku dan rumahku .
Aku terlihat Doktor Chim dari jauh di tempat letak kereta setelah keluar dari hospital. Aku segera menghampiri skuterku. Aku tidak ingin bertembung dengan dia yang jenis terlebih mesra terhadap aku! Aku tidak suka.
Di rumah,
Aku : Mak, caline dah balik!
Mak Caline : Oh..awal hari ni?
Aku : Ya..kerja siap cepat.
Mak Caline : Oh..
Aku : Mak,tengok wayang nanti nak tak?
Mak Caline : Cerita apa? Sekarang ke?
Aku : Lepas ni. Caline mandi dan makan dulu.
Mak Caline : Ok..ok!^_^
Mak aku ni kan. Walaupun dah nak masuk umur 50 ,tapi masih kuat dan aktif. Suka layan drama korea pula tu, macam aku!^_^
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Aku membeli dua tiket wayang 'I Love You' dan sekotak popcorn. Aku membawa ibuku duduk di tempat yang ditetapkan. Cerita mula ditayangkan. Ia berkisah tentang cinta sepasang kekasih yang dihalang oleh ibu bapa masing-masing. Tapi,ada sesuatu yang tak kena dengan pelakon dalam cerita tu. Puas aku memikirkannya.
Aku : (ahh,mungkin pelakon itu terlalu handsome kot.malaslah nak fikir banyak-banyak.buat pening kepala je)
Mak Caline : Eh,Caline! Macam kenallah dia tu! Siapa nama dia eh?
Aku : Yang mana satu mak?
Mak Caline : Tu..yang tinggi tu!
Aku : Oh...siapa ya? Itu kan artis. Mestilah mak kenal.
Mak Caline : Bukan. Memanglah dia artis. Tengok tu. Bukan tu jiran kita dulu ke?
Aku : Jiran kita dulu? Ermm...
Mak Caline : Apa nama dia tu. Mak dah lupa..
Aku : Hah?!(tergamam dan terkejut) Bukankah itu...
Mak Caline : Siapa ya? Caline mesti ingat nama dia kan? Kan dia berkawan dengan kamu dulu. Oh...Kai...kai namanya..
Aku : err...
ANDA SEDANG MEMBACA
Teman Tapi Mesra...Hey!
RandomCaline jatuh cinta dengan mamat artis? Kehadiran mamat artis itu berjaya mengubah sikapnya yang keras hati? Adakah mereka hanya kawan biasa? Namun,suatu perkara telah berlaku menyebabkan hubungan persahabatan mereka dikorbankan untuk 5 tahun. Bagaim...
