BAB 10

41 2 2
                                        

Pada waktu malam,di bilik Caline.

Aku menghela nafas panjang. Aku berasa marah dan sedih.
Aku : (Nasib baik mak tidak tahu. Kalau tak,mesti mak nak jumpa pihak sekolah dan Mina tu. Aku ni memang menyusahkan orang. Kalau aku tak berkawan dengan mereka,mesti aku tak jadi mangsa buli Mina. Mesti aku tak akan jadi tumpuan ramai di sekolah. Mesti hidup aku tenang saja seperti dahulu walaupun tiada kawan. Tapi,kalau nak putus kawan dengan mereka.. tidak.. tidak boleh! Tapi,kalau masih berkawan dengan mereka keadaan mesti bertambah buruk).

Aku mula menulis sepucuk surat untuk The Boys. Itulah keputusan muktamad aku. Aku tak nak rapat dengan mereka lagi. Pendek kata,putus kawan. Aku tak nak dibuli lagi. Aku tak nak menyusahkan mereka. Aku mesti melakukannya demi kebaikan semua orang.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Pada keesokan harinya,aku menyerahkan surat yang kutulis itu kepada Roy yang kebetulan lalu di depan rumahku lebih awal berbanding seperti yang biasa . Aku memberi alasan yang aku perlu menyapu kelas pagi itu supaya aku dapat mengelakkan diri diserang lagi.
Roy : Apa ni?
Aku : Surat untuk kamu semua. Bacalah nanti. Saya kena pergi dulu sebab saya bertugas hari ni.
Roy : Oh,ok!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Dalam perjalanan pulang,
Kai : Caline! Tunggu!
Aku tidak berani menoleh ke belakang. Aku berlari pulang ke rumah tanpa berhenti sekalipun.
Kai : Kenapa dengan dia?
Roy : Entahlah,muka dia sedih je waktu dia serahkan surat tu.
Kai : Surat apa?
Roy : Oh,ya! Dia ada bagi surat untuk kita bertiga. Korang pergi rumah aku nantilah. Kita baca sama-sama.

Di rumah Roy,
Kai : Kenapa...kenapa dia buat macam ni ?(tertanya-tanya setelah usai membaca surat yang diberi oleh Caline)
Yo : Agaknya,dia tak mahu menyusahkan kita.
Roy : Ini mesti sebab perkara yang memalukan Caline yang berlaku dua tiga hari yang lalu. Semua tu angkara Mina.
Yo : Kita bagi Caline masa . Mesti dia akan ok nanti. Betul tak Kai?
Kai : (mengangguk lemah)

Setiap hari aku ke sekolah lebih awal untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan mereka. Sudah seminggu berlalu. Esok hari jadi Kai. Aku buntu dan tidak mampu mengucapkan 'happy birtday' pada Kai.

Di kantin,
Aku makan bersendirian di kantin. Sambil mengunyah sandwich,aku berkira-kira dalam hati.
Aku : (perlukah aku ucap 'happy birthday'kat Kai?)

Hatiku berasa begitu sedih. Aku tidak mahu mengganggu hidup mereka lagi terutamanya Kai. Baru beberapa minggu hubungan persahabatan kami terjalin. Sepanjang tempoh itu juga aku rasa tertekan. Tertekan dengan perbuatan Mina. Aku rasa bersalah terhadap The Boys. Lagipun,mereka akan menduduki SPM tahun ni. Aku tak ingin ganggu mereka. Mereka perlu fokus dalam pelajaran. Aku menelan cebisan sandwich yang terakhirdan segera berdiri untuk balik ke kelas. Tiba-tiba, Kai muncul dan menghalang laluankun. Roy dan Yo juga ada di sisi Kai.

Aku : Ermm....(terkejut)
Kai : Ikut kami kejap,boleh?

Aku perasan yang ada beberapa orang pelajar perempuan sedang mengambil gambar kami menggunakan telefon bimbit mereka. Aku bercadang untuk pergi sahaja.
Aku segera melangkah dan Roy dengan sepantas kilat melekatkan satu stick note kecil di tanganku ketika aku melintasi Roy. Aku tidak berpaling langsung ke arah mereka kerana tidak mahu sesiapa perasan akan stick note di tanganku itu. Aku berlalu dengan sebak.

Petang,taman rekreasi berhampiran kawasan perumahan the boys dan Caline.

Aku melangkah perlahan menuju ke sebuah bangku kayu yang kosong dan menanti mereka. Stick note ditanganku aku genggam sehingga ia renyuk . Stick note itu ditulis oleh The Boys ..."kita jumpa di taman petang ini pukul 4 0k?"
Tiba-tiba,namaku dipanggil dari arah belakang. Aku berpaling.

Kai : Hai, Caline !
Aku : Hai!(cuba senyum)
Roy : Jom duduk sini! (Tunjuk sebuah bangku kosong bertentangan dengan mereka bertiga)

Aku segera duduk. Angin petang berhembus sayu seperti perasaanku sekarang. Aku yakin mereka akan marah dan sedih dengan perbuatanku. Aku memandang mereka satu-persatu. Mereka juga sedang merenung aku. Rasa sebakku menyerang lagi.

Aku : (Oh,Tuhan! Tabahkanlah hatiku ini) Kenapa kita berjumpa ya?
Roy : Pasal surat tu. Betul ke kau nak ...
Aku : Ya(tunduk)
Kai : Kenapa?!(marah)
Aku terkejut melihat Kai yang sedang marah. Aku berasa gelisah.
Yo : Sabar Kai! Bertenang! Cuba Caline berterus terang dengan kami. Surat itu tidak cukup untuk menjelaskan semuanya.
Roy : Ya! Kami perlukan lebih banyak penjelasan.
Aku : Aku....aku...(tersekat-sekat kerana masih terkejut)
Yo : Bertenang! Satu persatu.
Aku : Aku tak nak menyusahkan awak semua. Lagipun kamu semua ada SPM tahun ni. Mesti korang sibuk. Aku tak nak ganggu korang. Korang sepatutnya fokus dalam pelajaran. Aku takut kehadiranku menjejaskan korang...imej korang mesti terjejas juga. Sebab banyak gosip telah tersebar pasal kita! Lagipun, kalau aku makin rapat dan mesra dengan kamu semua,aku rasa tertekan.
Kai : Tertekan?(mula bersuara)
Aku : Ya! Pasal Mina yang selalu buli aku! Kat fb pun dia buat komen-komen yang tak masuk akal. Aku perlu fokus dalam kelas. Komen-komen itu asyik muncul dalam fikiranku. Aku bukan takut dibuli! Aku takut aku hilang fokus dalam pelajaran. Aku harap dengan memutuskan hubungan persahabatan kita ni,tekanan itu akan hilang dan Mina tak akan ganggu aku lagi sebab Mina cemburu melihat kita berkawan. Lagipun,kamu semua mesti sibuk sebab tengah mengeluarkan album baharu.
Kai : Cukup!(menjeling tajam ke arah aku)
Aku tersentak! Tapi aku sudah bertekad!
Aku : Aa...
Kai : kamu tak boleh buat kami macam ni! Kita baru sahaja beberapa minggu berkawan.!
Aku : Aku tahu!(meninggikan suara )

Air mataku sudah mengalir. Memang begitu. Aku akan menangis apabila aku memarahi orang lain.
Aku : Tapi,ini untuk masa depan kita semua ! Hu..huu...hu..

Semua mendiamkan diri. Aku menyeka air mataku berkali-kali. Aku cuba mengawal perasaan. Aku tidak menyangka aku boleh menangis depan mereka dan menengking mereka .

Aku : Aku...aku...
Kai : Beginilah. Kita buat satu perjanjian .
Yo : Bagus juga tu. Kita buat Perjanjian Persahabatan.
Aku : Herm?( x fhm)
Yo.: ada bawa kertas tak?
Roy : Aku ada!

Kai mula menulis sesuatu di atas kertas sambil membacanya.
Kai : Hari ini,21 April 2016 pukul 5:30 petang. Kita, Caline dan The Boys akan berjumpa semula di sini 5 tahun kemudian sebagai tanda pertemuan semula. Dalam tempoh ini,kita akan membawa haluan masing-masing. Semua harus bertemu di sini semula.(berhenti)
Kai : Setuju,Caline?
Aku : Kenapa nak 5 tahun kemudian?
Kai : Sebab waktu tu kami bukan artis lagi. Kemungkinan. Senang sikit kita nak berjumpa semula. Tak ada lah gosip-gosip yang tersebar. Setuju?.
Aku : Setuju!( aku mula tersenyum) Aku harap kita dapat jumpa lagi. Thank you atas segala pertolongan kamu semua selama ini. Saya harap dalam tempoh ni,kamu semua hidup bahagia. Semoga berjaya untuk SPM kamu semua! Fighting!
Kai,Yo,Roy: Fighting!!!

Hahaha...kami semua tertawa. Walaupun aku tahu hati kami masing-masing sedang sedih,tapi inilah pengorbanan dalam persahabatan.
Kai : Aku harap kau datang nanti!
Aku : Ya! Kau juga! Kalau tak datang,saya merajuk 10 tahun nanti.
Kai : Haha...
Yo : ok lh...hari dah senja. Jom balik.

Kami semua berjalan bersama-sama pulang ke rumah masing-masing. Aku harap ..semuanya akan kembali kepada asal.



Teman Tapi Mesra...Hey!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang