MERAH curi-curi pandang wajah Adrian yang sedang memandu di sebelahnya. Sejak dia masuk ke dalam kereta lagi, lelaki ini hanya diam membatu. Nak tegur tapi dia rasa takut, nak cakap pasal hal hari tu, dia rasa serba salah. Sudahnya, dia sekadar main jeling-jeling saja.
"Ada apa-apa yang awak nak cakap?" Ayat pertama yang keluar dari mulut Adrian langsung membuatkan Merah tak tentu hala. Mak ai, dia macam tahu-tahu saja apa dalam minda aku.
Tekak dicuci. Nafas ditarik perlahan. Lambat-lambat dia menggeleng seakan Adrian nampak perbuatannya.
"Saya minta maaf pasal hal hari tu." Sudahnya Adrian yang buka cerita dulu.
"Bukan awak yang patut minta maaf tapi saya yang kena minta maaf daripada awak sebab curiga dan syak bukan-bukan pada awak. Saya tahu saya tak patut cakap macam tu. I am sorry," ujar Merah dengan mata terkebil-kebil macam anak kucing sambil jari-jemarinya dimain-mainkan.
"It is okay. Kalau saya kat tempat awak pun, dah tentu saya akan buat tindakan macam tu. Anyway, kerja awak macam mana? Okey? Andhika ada buli awak tak?"
Merah rasa nak tergelak mendengarkan ayat terakhir Adrian. Andhika buli dia? Memang taklah. Selama dia kerja dengan Andhika, sikit pun dia tak rasa macam kena buli. Kecuali bila ada Amanda! Urgh! Sebut nama Amanda naik berbulu telinga sendiri.
"Mana ada. Encik Andhika tu baiklah. Cuma itulah... Beberapa hari ni saya terpaksa ikut dia keluar. Jumpa klien, pergi event sana sini."
"Baguslah." Adrian senyum nipis bila mendengar penjelasan Merah.
"Adrian... Sebenarnya apa mimpi awak datang jemput saya lepas waktu pejabat?" Hairan juga dia bila Adrian yang dah menghilang selama dua minggu tiba-tiba boleh muncul di hadapannya lalu menjemput dia dan bawa dia entah ke mana. Mula-mula Adrian jemput tadi pun, cuak juga nak ikut lelaki itu tapi setelah diyakinkan yang keselamatannya akan terjamin baru dia bersetuju. Itu pun jenuh Adrian pujuk.
"Saja nak jumpa awak. Tak boleh?"
"Bukan tak boleh tapi pelik sebab awak tiba-tiba datang selepas menghilang."
Perkataan menghilang yang keluar dari bibir Merah membuatkan Adrian tersenyum senget.
"Saya menghilang dua minggu tu sebab ada kerja sikit. Sekarang, urusan saya tu dah selesai sebab tu saya datang jumpa awak." Sekilas saja dia pandang Merah dan menukar gear kereta lantas menekan minyak sederas mungkin menghalakan kereta di jalanan.
Sebuah restoran dijejaki. Usai memesan makanan dan minuman, Merah dan Adrian hanya saling memandang sesama sendiri tanpa sepatah kata. Merah dah mula rasa tak selesa. Adrian merenungnya macam nak makan orang. Nasib baiklah mereka berada di kawasan umum. Kalau jadi apa-apa, boleh dia menjerit.
"Ehem..." Merah cuci tekak lagi. Nak halau resah yang bermukim dalam hati.
"Tadi ada seorang perempuan cantik datang cari Encik Andhika kat pejabat. Katanya dia bakal isteri Encik Andhika. Mesti awak kenal, kan?"
Buat pertama kalinya, Merah selamba membuka cerita tentang Amanda di depan Adrian sehinggakan lelaki itu hampir saja lagi tersedak.
"Amanda?" duganya bersahaja.
"Haah. Cik Amanda. Cantik orangnya. Elegan, bergaya, seksi. Tapi saya pelik sebab selama dua minggu saya bekerja, tak pernah nampak pula muka dia di pejabat."
"Hmmm... Tu mesti baru balik dari Paris la tu," juih Adrian seakan-akan kurang berminat mahu membicarakan hal Amanda.
"Dia duduk kat Paris?"
"Sebelum ni memang dia tinggal kat sana tapi sejak dua tiga tahun ni dia dah balik menetap kat sini. Cuma sejak dua bulan lepas rasanya dia sengaja balik ke sana melawat saudara-mara."
YOU ARE READING
Tolong Bagi Hati Awak
RomanceTajuk: Tolong Bagi hati Awak Penulis: Hannah Ezaty Muka Surat : 672 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-21-1 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) BELI SECARA ONLINE : www.p2u.my BELI DALAM APLIKASI : Aplikasi KARYASENI