KELUAR sahaja dari sebuah kedai buku membeli beberapa buku resipi seperti yang sudah dijanjikan, Adrian membawa Merah singgah ke sebuah pasar raya untuk membeli keperluan dapur. Mulanya Merah tak mahu tapi Adrian tahu gadis itu sekadar mengelak kerana tak mahu menyusahkannya. Merah pula tak boleh nak kata apa, diturutkan saja langkah Adrian yang kadang-kala bertindak macam King Control.
Pintu kondo ditolak. Barang-barang yang dibeli di pasar raya dibawa masuk. Ada separuh dalam pegangan Adrian, separuh lagi dalam pegangan Merah. Nak tak nak, Merah terpaksa menjemput Adrian masuk. Perasaan bimbang terselit dalam hati memandangkan hanya dia seorang di dalam kondo. Bukan tidak percayakan Adrian tapi dia bimbang jika apa-apa terjadi pada mereka. Tak pasal-pasal kena cekup, haru!
"Saya temankan awak memasak okey? Kita cuba resipi dalam buku ni." Salah satu buku resipi yang dibeli tadi diangkat lalu ditayang ke hadapan Merah.
"Sekarang?"
"Hmmm."
"Errr... Tak payah!" Kalut Merah menarik buku dari pegangan tangan Adrian dan cuba menolak tubuh lelaki itu supaya segera keluar dari kondo.
"Kenapa?"
"Saya... Saya..." Ah, waktu macam ni boleh hilang pula alasan bernas.
"Awak okey ke?" soal Adrian yang sudah pun berdiri di luar kondo. Melihat muka Merah buat dia risau semacam.
"Saya sakit kepala. Saya ingat nak baring kejap."
"Nak minyak angin?"
"Tak payah. I just need a rest."
"Kita pergi kliniklah. Saya risau tengok awak macam ni. Tiba-tiba aje sakit kepala."
"No need. I am okay. Saya cuma nak berehat aje. Awak baliklah dulu. Pasal buku resipi tu nanti saya pandai-pandailah belek dan cuba." Merah sekadar mahu mengelak. Lagipun, membiarkan Adrian berlama-lama di sini dengannya berdua boleh menimbulkan fitnah. Tsania dan Imanina bukannya balik lagi. Gadis berdua itu biasanya akan sampai ke rumah selepas maghrib.
"Are you sure?" Adrian masih belum mahu berganjak. Ikut hati memang dia heret saja Merah ke klinik. Bahu Merah hampir saja lagi disentuhnya namun Merah lebih cekap menyorokkan diri di balik pintu. Hanya kepala yang terjengul.
"Yes, sure! Awak baliklah."
"Tapi awak..."
"Adrian, please... Awak baliklah. Kepala saya makin berat ni. Awak tak kesian kat saya ke? Saya nak rehat ni."
Pintu kondo hampir saja lagi dirapatkan tetapi dek Adrian yang masih tak berganjak membuatkan Merah tak jadi tutup pintu.
"Adrian, apa lagi ni? Saya nak tutup pintu dah ni."
"Okey, saya balik tapi kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon saya. Boleh?"
"Okey, boleh."
"Janji dengan saya jaga diri baik-baik."
"Ya."
"Saya nak balik ni. Apa-apa hal, telefon saya."
"Baiklah, bos! Saya tutup pintu ni tau."
"Okey."
"Baliklah, Adrian... Awak tunggu apa lagi?" Belakang kepala digaru-garu bila Adrian masih tak mahu berganjak.
"Saya tunggu sampai awak tutup pintu."
"Okey, bye!"
Bum!
Selamba Merah tutup pintu dan membiarkan Adrian terkebil-kebil di depan pintu.
YOU ARE READING
Tolong Bagi Hati Awak
RomanceTajuk: Tolong Bagi hati Awak Penulis: Hannah Ezaty Muka Surat : 672 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-21-1 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) BELI SECARA ONLINE : www.p2u.my BELI DALAM APLIKASI : Aplikasi KARYASENI