16 / *Ice Breaking*

3.9K 34 7
                                    

Am pov.

Hari ini aku dah boleh discharge. Aku dah bosan tinggal dekat hospital. Walaupun aku dapat bilik VIP, tetap berasa bosan.

Ayah dan ibu sudah tunggu di luar. Aku sudah selesai menyimpan baju dan bersedia mahu pulang.

"Mai, dah siap ke?"soal ibu kepadaku yang sedang melihat keluar tingkap hospital.

Aku sekadar mengangguk.

Di dalam kereta, aku masih mendiamkan diri. Ibu kata malam ni ibu ada buat kenduri kesyukuran kerana aku sudah sedar dari koma. Tetapi, aku masih belum sembuh sebetulnya. Macam mana aku nak tolong apa yang patut.

Sampai sahaja dirumah, ibu mengarahkan aku agar masuk kedalam bilik untuk berehat.

Aku tersedar apabila jam menunjukkan keangka 8malam. Orang masjid datang lepas selesai solat isyak.

Aku pulak, baru bangun pukul 8malam.

Almari pakaianku dibuka untuk memilih baju yang bersesuaian. Aku memilih baju yang warnanya sama dengan ibu. Abaya berwarna margenta dan mengenakan shawl bewarna putih.

Pada pendapat aku, tudung bawal perlu di seterika. Aku malas mahu bergerak ke bilik sebelah untuk mengambil seterika.

Ayah memilih baju melayu bewarna maroon lengkap bersamping dan kopiah di atas kepala. Tampak hansome.

Setelah selesai aku bersiap, aku keluar dari bilik untuk membantu apa yang patut. Memang sukar untuk melakukan kerja-kerja dapur kerana aku dari sekolah menengah lagi tidak suka membuat kerja-kerja dapur. Bayangkan, goreng telur pun aku tak reti. Aku tahu masak nasi jer. Itu pun kadang-kadang jadi bubur. Goreng telur mata kerbau pun hancus tetapi tak hancur. Hahahhaaha.

Akhirnya aku buat keputusan untuk duduk diruang tamu sahaja. Apabila ibu panggil suruh menghantar makanan untuk dihidang baru aku bergerak.

"Ni nak bagi dekat siapa? Bawak sampai ke bagian laki ker ibu?"-Aku bertanya, manatahu betul telahanku itu boleh cuci mata tengok lelaki handsome. Hehehe.

"Takpayah,,! Kamu bawak sampai ruang perempuan jer. Tak usah gatal nak pergi bagian laki. Nanti ada orang ambik."-Puan Safirah.

Aku hanya membuat gaya mulut ooo tanpa bersoal apa-apa lagi.

Aku ambil air basuh tangan yang disuruh aku bawak kehadapan. Tunggu sampai 5saat.

Mana ayah ni. Takkan nak tunggu sampai ke esok.
Aku dengar suara ayah dari arah belakang.

"Ayah pergi mana? Ni air basuh tangannya. Nanti dah siap letak datang sini balik, ambil yang lain.."-ujarku.

"Bukan tugas ayah yang angkat-angkat ni."-Encik Roslan.

Aik..siapa lagi kalau bukan ayah.

"Fattah tolong pakcik bawak air basuh tangan ni."-Encik Roslan. Aku lihat Fattah hanya menggangguk akur sahaja.

Aku abaikan semua itu. Aku kembali ke dapur untuk membawa air basuh tangan lagi. Diluar ada sebuah khemah. Lebih mudah untuk membasuh tangan. Cari jer mana-mana paip.

Fattah datang lagi sambil buat muka bajet handsome dia tu.
Hari ni dia pakai baju melayu. Nampak handsome di MATA aku. Sebelum ni tak pun. Lantaklah. Teruskan kerja yang tergendala Am. Jangan berangan memanjang.

Setelah selesai angkat barang yang perlu dibawa ke hadapan aku keluar dari pintu belakang. Kakiku berjalan menuju kearah taman bunga kecil ibu. Taklah cantik sangat tetapi aku suka sebab ada buaian. Nasib baik bagian belakang. Kalau bagian hadapan pulak, ada kolam ikan koi dan akuarium. Aku tidak berapa gemar di bahagian hadapan kerana kereta lalu lalang di hadapan rumah.

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now