36/ *Pilihan*

3.6K 28 3
                                    

Aku lihat Am bangun dari pembaringan.
GEDIK..aku pujuk taknak bangun.

"Aku suap."

Am hanya mengangguk.

"Takpalah..Dr.Ain. Fatt!! Aku gerak dululah. Dr.Ain.. lain kali jangan sakit lagi. Kesian Fattah risau sangat, saya tengok tadi."

"Aku suami dia. Mestilah."

🍲🍲🍲🍲

"Awak risaukan saya?. Terima kasih jerlah." Luah Am berniat untuk bergurau namun hambar.

"Mestilah aku risaukan kau. Arman kata kau demam biasa tapi kenapa macam teruk. Kita pergi hospital nak?" Risau Fattah didalam diri.

"Aku tak apa-apa lah."-Am

Am membuka mulut untuk menerima suapan daripada Fatt. Am masih terus membisu. Semasa kecil Am jarang demam. Mungkin kerana hal yang satu itu menyebabkan Am lemah dan tidak kuat.

"Fatt, kalau kau diberi pilihan antara aku dan Noorul Hani. Yang mana kau pilih."

"Apa?"

Am hanya mempamerkan senyuman terpaksa.

Flashback

Sir, ada orang nak jumpa sir di hotel."-Aminn.

"Erm? Siapa?"sambil mengerutkan dahi.

"Ini notenya."

Aku baca dalam hati.

Hai, sedara. First time i jumpa u dekat pub ni.
Jom jumpa i..

Am

End flashback.

Am menyambung kembali
"... Awak masih ingat macam mana kita berdua boleh berkahwin? Hump..... Awak masih ingat jugak masa sekolah menengah awak ada seorang kawan bernama Hani dan Am yang senantiasa memanggil awak dengan gelaran sotong?"

Air mata Am menitis sedikit demi sedikit. Dia takut setelah apa yang berlaku kepada dirinya atas apa yang dilakukan oleh Fatt menyebabkan Fatt memilih Hani. Am sudah tidak memiliki apa-apa setelah kejadian malam itu. Tiada lelaki diluar sana yang menginginkan perempuan yang sudah hilang kesuciannya. Air mata Am menitis semakin laju.
Fattah berasa sakit apabila melihat Am tidak meneruskan bicaranya tetapi terus senyap dan terus menitiskan air mata.

"Am, aku masih ingat macam mana kita boleh berkahwin. Aku juga masih ingat macam mana aku tewas dengan diri aku sendiri. Aku juga ingat seorang perempuan bernama Amin memberiku note daripada seorang wanita bernama Am."

Am hanya mampu mengangakan mulut kerana terkejut. Perasaan takut, risau semua bercampur menjadi satu.

Fattah tidak sanggup meneruskan bicara. Keadaan Am tidak mengizinkan untuk dia meneruskan bicara.

Tangan Fatt yang masih memegang mangkuk berisi bubur yang dimasak oleh Arman diletakkan tepi.

"Am, aku memang akan memilih Noorul Hani kerana dia adalah orang yang pertama membuat aku kenal erti cinta. Tetapi, Ain Maisarah adalah orang yang pertama membuat aku mengenal erti pengorbanan, kesusahan dan diri aku sendiri."

Tangan sasa milik Fattah mengambil kembali mangkuk bubur yang masih berisi dan sebelah tangan lagi mengusap air mata Am pergi.

"Aku taknak tengok airmata ni ada lagi dekat wajah kau. Seingat aku, selama lima tahun aku mengenali kau suatu masa dahulu tidak pernah sekali aku melihat kau demam. Kiranya, kali ni aku berkesempatan melihat kau demam dan menitiskan air mata jantan.."

"Ha??? Air mata jantan??"

"Yerlah. Kau kan dulu perangai macam jantan."

Am sudah mahu beransur pergi. Sakit hati diperli oleh Fattah.

Tangan kananku pantas disambar oleh Fattah bagi mengelakkan Am meninggalkan dirinya.

"Aku mintak maaf. Now, kau tak boleh pergi sebab kau wajib habiskan bubur Arman ni."

"Aku dah kenyang."

Mangkuk bubur diletakkan di tepi kemudian pinggang Am dirangkul erat dari belakang.

"Kau buat apa ni? Lepaskan, lepas!"

"Kalau aku taknak lepas?"

"Kalau kau tak lepaskan aku, macam mana aku nak makan?"

Fattah perlahan-lahan melepaskan rangkulan. Sofa yang menjadi tempatnya sebentar tadi diambil kembali.

"Aaaa. Cepatlah bukak mulut. Saya nak suap awak ni."

Am yang masih terpinga-pinga hanya menurut.

"Kau panggil aku awak? Sejak bila??"

"Awak?? Sejak bila pulak aku panggil kau awak?"

"Abaikanlah. Mana aku punya ubat yang Dr. Arman bagi aku?"

"Atas meja agaknya."

"Takpelah. Kau pergi ambik ubat yang aku patut makan. Bubur ni aku boleh makan sendiri."

☕☕☕☕☕☕

Setelah memberi ubat kepada Am, aku terus meninggalkan Am melayan perasaan seorang diri.

"Boss, saya minta maaf dengan kerja yang anak buah saya buat. Boss jangan risau. Kali ini, boss tak perlu bayar upah. Saya yang salah. Saya salah letak dalam makanan boss."

"Tak, ni bukan salah awak dan pekerja awak. Isteri saya yang mintak tukar makanan dan minuman saya."

"Ha?"

"yer,, saya makan food yang awak letak ubat untuk isteri saya dengan rela hati."

Tapi... aku tak sangka kesan ubat tu terlalu kuat sehingga aku tak sedar aku dah. . .

Langkah kakiku terus menerus menaiki tangga menuju ke bilik Ain Maisarah.

"Ain Maisarah, saya minta maaf kerana sudah merampas mahkota yang awak dah jaga sejak awak sedar mahkota itu penting dalam hidup awak. Maaf."

Ciuman paling ikhlas Fattah hadiahkan di dahi Ain Maisarah agar dia mampu memberi kemaafan kepada dirinya.

☕☕☕☕

Air kopi yang dibuatnya sebentar tadi disisipnya perlahan. Sudah lama Fattah berteleku seorang diri di dapur. Jam sudah menunjukkan jam 3pagi. Tiba-tiba dia berasa haus. Tekak minta air untuk dibasahkan.

Sisipan pertama masih mampu ditahan. Sisipan yang seterusnya sudah tidak mampu ditahan. Satu perkataan untuk air kopi yang di sediakan ialah payau.

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now