@/ *__*

3.8K 34 5
                                    

Am pov.

Aku dekat mana ni. Aku dah mati ker? Aku berpakaian serba putih. Bukan putih, colourles seperti tidak memakai apa-apa pun di badanku. Aku hampir menangis.

Tetapi, aku tidak bersendirian. Aku ditemani seseorang yang aku sendiri tidak ingat, tidak kenal tetapi seperti aku cam orang itu. Siapa tu?

Aku cuba memanggil-manggil orang itu.
Siapa tu?
Siapa tu?
Siapa tu? Sambil jariku seperti menggapai-gapai orang itu.

Orang itu bangun dari sejadahnya tadi. Tetapi, makin orang itu mendekat makin aku berasa sakit dibahagian mata. Mungkin dirinya yang sentiasa bertafakur dan mengingati Allah menyebabkan dirinya bercahaya.

Aku berasa pelik kerana orang itu memanggil nama ku berulang kali.

"Mai, Mai, Mai. Awak dengar suara saya?"-Doktor Aminah.

"Ibu. . . . "Aku merintih

"Yer, ibu di sini sayang."-Puan Safirah.

"Ayah. . . . "Aku merintih lagi. Ibu berlari meninggalkan aku.

"Ayahnya.. Mai sudah sedar. Dia panggil abang."Encik Roslan berlari-lari anak untuk melihat anaknya yang sudah dua hari tidak sedarkan diri dalam erti kata lain koma.

"Ayah. . . ."aku merintih lagi.

Aku ingin mencari seseorang yang menemani aku ketika aku diberikan tidur oleh Allah.

Dia sentiasa duduk bertafakur di atas sejadah. Ketika aku melihat dirinya, aku pasti tersenyum sendiri tetapi itu semua sekejap kerana keliru siapa dirinya.

Ayah muncul dengan mukanya penuh pengharapan. Mungkin harapan aku sudah semakin baik. Aku hanya tenang tidak mempamerkan reaksi apa-apa.

Doktor Aminah meriksa aku. Tidak pernah aku menghadapi situasi ini. Kebiasaannya, aku yang akan memeriksa keadaan pesakit. Sekarang terbalik.

Doktor Aminah keluar dengan wajah tersenyum.

Bunyi pintu dikuak.

"Mai, pakai tudung nak. Orang yang dikirimkan Allah untuk selamatkan kamu nak tengok keadaan kamu."ujar ibu.

Aku tidak mampu untuk bergerak lagi. Ayah mengambil tudung sarung yang berwarna kelabu di dalam beg. Aku senyum kepada ayah. Ayah seperti faham maksudku dan menjawab terima kasih. Kepalaku sudah tersemat tudung yang cantik pada wajahku.

Ibu sudah keluar dan pintu terkuak lagi sekali. Ayah sudah berura-ura ingin keluar dari wad VIP itu.

Aku seperti tadi tidak mampu ingin meluahkan apa-apa perkataan. Aku tanpa sedar senyum kearahnya. Dia buatku rasa tenang. Terima kasih wahai seseorang kerana menyelamatkanku dengan suratan Allah swt. Itu semua hanya dalam mimpi. Aku pegang kedua belah pipiku kerana sudah lama aku tidak senyum. Seseorang itu masuk, baru aku tersenyum membuatkan pipiku seperti rasa sesuatu.

Aku pandang wajahnya lagi. Siapa lelaki ini? Siapa gerangannya? Kenapa aku tidak ingat langsung? Tidak kenal langsung dekat pemilik wajah dihadapanku ini. Tetapi aku seperti mengecam wajahnya.

Terus aku pegang dadaku bertanya berdebar dengan hebat atau tidak. Seseorang yang menemaniku ketika aku tidur dulu yang sentiasa bertafakur diatas sejadah terimbas kembali.

Serta merta senyumanku hilang. Berfikir siapa lelaki di hadapannya sekarang. Buat aku penasaran.

Fattah pov.

Aku melangkah masuk ke dalam wad milik cikaro alim tu. Wajahnya yang putih bersih itu membuatkan aku senang dengannya. Aku lihat dia membetul-betulkan tudung kelabunya yang elok tersemat di kepalanya sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Wajah cikaro alim sekarang dengan cikaro yang dijumpainya beberapa hari lepas sungguh berbeza. Aku lebih suka cikaro yang sekarang, yang suka tersenyum kepadaku dan suka mempertahankan auratnya yang mewakili maruahnya.

Tiba-tiba terimbas kembali saat aku dan cikaro pertama kali berjumpa. Sedar-sedar dari tidur marah-marah. Pastu raba-raba pisau rambo aku, ugut nak potong aset kesayangan aku ni.

Ganas betul cikaro depan aku ni. Sekarang, cikaro depan aku ni lain wataknya.

Aku turut senyum membalas senyumannya. Ikhlas dari hatiku.

Senyuman ikhlas yang aku pamerkan terhenti apabila senyuman di wajahnya juga seakan terpadam. Dahinya pula seakan-akan berkerut.

Aku yang risau dengan keadaan gadis di hadapannya keluar memanggil doktor.

Aku jer yang terlebih risau. Alih-alih cikaro tu cakap dia tak apa-apa. Okaylah tu, dia boleh mengeluarkan satu perkataan dari bibir yang berlekuk itu.

"Terima kasih sebab selamatkan saya."-Am.

"Sama-sama. Kebetulan saya lalu sekitar tu. Awak ingat tak yang awak kena rompak, Mai."-Ucapku satu persatu.

"Apa nama awak? Saya rasa macam pernah jumpa awaklah sebelum ni. Saya tak kenal awak pun. Saya pun tak ingat awak. Tapi, saya dapat rasa saya cam diri awak."-Mai.

"Awak tak ingat saya? Kita dah pernah jumpa sebelum ni. Ini kali kedua saya jumpa dan selamatkan awak. Nama saya Fattah." Balas Fattah sambil menyandarkan belakang badannya ke penyandar kerusi.

Berlagak seperti dia sudah jadi wira untuk perempuan dihadapannya ini dan seorang hero didalam kisah ini.

"A. .awak yang gay tu ker?"-Mai.

Aku hanya mengangguk.

"Awak jangan ingat saya dah baik dengan awak okay!!
Saya masih berdendam dengan awak. Awak tak pelihara kehormatan saya. Saya nak pisau sekarang. !!

Nurse! Nurse! Ambilkan saya pisau. Saya nak khatan lelaki depan saya ni. Cepat nurse."jerit Mai.

"Jangan nurse. Takpayah. Isteri saya ni merajuk dengan saya. Tu yang dia meraung-raung macam ni."balasku.

Nurse itu berlallu sambil tersengih-sengih depan aku.

"Hey, perempuan! Kau tahu tak? Yang nurse perempuan tu dah minat kat aku. Yang kau pergi suka-suka tuduh aku belum berkhatan tu, kenapa? Kau nak tengok kalau tak percaya. Aku boleh jer tunjuk. Aku tak kesah." Aku dah berura-ura untuk buka zip seluar aku.

Bunyi pintu dibuka menyedarkan aku. Akibat aku yang terkejut aku teruskan buka zip seluar aku.

Cikaro depan aku ni masih menutup mukanya.

"Mai, kenapa ni? Tutup muka bagai."-Encik Roslan.

"Tak, pakcik. Tadi, saya pergi toilet. Saya lupa nak zip seluar, sebab tu lah Mai ni jerit malu agaknya."-kelentongku berhati-hati.

Semua mata memandang zip seluarku.

"Ahh!!..."Puan Safirah dan Mai menjerit. Cepat-cepat tangan Encik Roslan menutup mata isterinya. Tangan Puan Safirah pula meraba-raba wajah anaknya untuk melakukan perkara yang suaminya lakukan kepadanya, yang masih terpegun dan masih terus menjerit.

Aku ikut juga menjerit.

"Sabar, sabar! Diam semua. Mai, tenang. Fattah, kamu zip seluar kamu sekarang. Kesian isteri dengan anak pakcik ni terkejut gayanya."

Aku terburu-buru mencapai zip yang sahaja ku buka tadi untuk mengenakan Mai.

Lepastu tiba-tiba pintu terkuak terkejut beruk aku. Tak sangka pulak aku belum tarik zip ni ke atas.

Haru malu kacau bilau jadinya.

Apabila semua sudah reda aku hanya mampu . . .
"Hehehehe. Maaflah pakcik, makcik, Mai."-Fattah.

"Sudahlah. Lupakan semua tu. Ni makcik ada bawak nasi bungkus untuk Fattah dengan bubur ayam plus sardin untuk Mai. Jom makan. Lupakanlah scene yang tadi. Makcik dan pakcik dah makan tadi dekat bawah."-Puan Safirah.

Tanganku menggeletar mengambil nasi bungkus dari Puan Safirah.

"Te..teri..terima kasih makcik, pakcik."ucapku tergagap-gagap.

Akan bersambung...maaflah kalau tak berapa menarik hati korang...
Im so sorry.

Please vote and comment. I really need that.

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now