20/*Kampung I*

4.7K 41 8
                                    

Noorul pov

Aku membantu ibu menyediakan sarapan. Hari pertama di kampung tidak banyak aktiviti yang aku dan Hafeez lakukan.

"Ibu! Ibu! Jom makan. Abang! Abang!"laungku dari dapur.

"Kamu ni Noorul apa panggil suami makan macam tu.. tak baik. Cuba kamu panggil elok-elok. Agaknya, bila kamu dah kahwin macam ni kamu layan suami kamu."

Dah mula dah, sesi mengeluh ibu.. aku pun mengeluh jugak.

"Yelah, ibu."

Telefon di atas almari dapur kuambil.

'Assalamualaikum, abang. Sarapan dah siap. Jomlah turun makan.'butang send ditekan.

Wasap jer lah. Malas betul aku nak naik atas.

Selang dua tiga minit kudengar suara derapan kaki di belakangku dan terus ciuman melekat di pipiku.

Aku jegilkan mata menunjukkankan aku marah kepadanya. Kulihat senyuman pelik dihadiajkan kepadaku.

"Amboi, amboi! Nak cium-cium dalam bilik yer! Ibu ni kalau muda lagi boleh jer ibu kahwin baru"

Aku malu apabila ditegur ibu.

"Maaflah,ibu. Kalau ibu nak kahwin lagi,nanti Hafeez carikan."

"Uish..kamu ni! Idaklah aku! Tak payah-tak payah. Abah kamu sorang jer yang kacak. Yang lain semua palsu."

"Udah-udahlah sembang, makanlah Noorul masak ni." Aku menyampuk.

"Cukup banyak ni abang?" Kulihat Hafeez hanya mengangguk.

"Ibu, dekat kampung ni..apa jer yang ada?"

Aku mengerutkan dahi. Terus aku menyampuk.
"Macam-macamlah ada. Ada pokok, rumah, kedai runcit, kereta. . . "

"Noorul!! Hafeez tanya tempat-tempat yang menarik." Aku hanya membuat mulut 0.

"Ibu, nanti orang nak jalan-jalan dengan suami orang kejap tau?"

"Ikut suka kamulah. Ibu pun nak pergi kuliah dhuha dekat masjid. Kamu nak naik apa? Dalam stor belakang ada basikal abah. Gunalah."

"Okay."

Aku selesai makan dan terus meninggalkan ibu dan Hafeez bersembang. Baju kutukar kepada yang lebih sopan. Kepalaku ditutup dengan tudung bawal crepe berwarna biru laut.

Aku keluar menuruni anak tangga. Stor belakang rumah kutuju. Basikal ada satu jer?

"Ibu, basikal ada satu jer ker? !!"

Mana ibu ni..

Mata menangkap satu figura di belakangku. Mungkin ibu. Bagus jugak, boleh mintak tolong ibu.

Terasa ada tangan yang mengusap perutku dari belakang. Aku yang kepelikan dengan tindakan drastik ibu menoleh seraya itu

"Ibu kata ada 2buah basikal dalam stor ni. Biar abang pulak yang cari."

"Ni ha?"

"Jom pusing-pusing kampung."

"Abang tak kesah. Tapi Noorul kata kat sini ada pokok, kereta, bunga. Sama jer macam dekat sana."

"Alah..abang ni. Noorul melawak jer.

Kulihat Hafeez masih lagi merajuk.

"Bye abang!!"

Hafeez yang terkejut terus mendapatkan basikal yang ditinggalkan. Aku kejar Noorul dari belakang.

"Sayang! Sayang! Sayang!."

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now