41/ *Akhir*

7.3K 49 2
                                    


"Encik Fattah, Encik Fatt okay ke? Nak saya telefon Dr. Ain bagi mengkhabarkan keadaan suaminya ini?"

"Tak perlu, saya sihat. Saya cakap apa ye tadi?"

"Encik tanya saya berkenaan jadual encik hari ini."

"Oh, ye.. Betul betul. Maaf saya fikir benda lain. Terima kasih, kamu boleh sambung kerja."

Aku tersenyum sendiri sekali lagi. Tidak pernah aku berangan sewaktu bekerja. Penangan isteri aku semalam membuat aku mabuk. Mabuk dalam cinta.


✔✔✔✔✔✔✔✔✔


Am pov

Jujur aku bahagia saat ini. Walaupun aku agak malu-malu dengan kejadian malam semalam tetapi aku bersyukur kerana Fattah memilih aku. Manakala kejadian malam semalam telah menjadi bukti cinta aku kepada suamiku. Bulan bintang menjadi saksi penyatuan cinta aku dan Fattah.

Aku bercadang ingin memasak sesuatu yang istimewa untuk makan tengah hari ini. Fattah ada mengirimku mesej memberitahu tengah hari ini dia pulang untuk makan tengahhari bersamaku dan ibuku.

Dalam aku berangan untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak kedengaran suara ibu menjerit dari bilik atas.

Segera aku menaiki anak tangga satu persatu dan menghala kearah bilikku. Telingaku menangkap suara ibu daripada bilikku tetapi tidak aku ketahui atas sebab apa?

"Apa bendanya ni??" 

Aku melihat ibu dengan muka kehairanan masih tidak dapat menangkap apa yang ibu cuba tunjukkan dan apa yang berada didalam genggaman ibu.

"Ibu nak basuh baju ibu tapi ibu nak cari baju kotor kamu dan baju kotor Fattah. Ibu masuk bilik kamu ni macam tongkang pecah. Baju dalam kamu dan seluar dalam Fattah merata-rata. Kamu tak malu ke dengan suami kamu dapat isteri tak tau kemas bilik?"


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hei, kamu ni dengar tak? Ni baju tidur kamu ke?"

Aku hanya mengangguk. Aku segera merampas baju tidur kepunyaanku yang semalam dan sorokkan di belakang badanku.

"Takyah nak malu sangatlah. Ibu pun pernah muda. Baju kamu ni biasa je. Baju malam pertama ibu dengan ayah kamu dulu lagi dahsyat dari ni. Ibu memang niat nak bagi kamu. Nanti kamu pakai baju tu ye, tunjukkan kat Fattah. Kejap ibu pergi ambil."

Aku menutup muka kerana malu.


🍹🍹🍹🍹🍹

Fatt pov

Kakiku terus diatur menuju ke dapur untuk melihat isteri dan ibu mertuaku. Pelbagai hidangan sedia terhidang diatas meja makan. Menu utama yang aku dapat lihat ialah nasi ayam. 

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now