34/ *Main Cinta*

4.1K 41 0
                                    

Am pov

Flashback

"Am, aku tahu kau buat semua ni demi aku. Kau kahwin dengan Fattah untuk selamatkan aku kan? Aku nak kau bahagia dengan keputusan yang kau buat ni. Kalau tak,aku rasa bersalah. Kau kena bahgia Am..atau...kau cerai jer dengan Fattah."

Pin pin

Aku bagai tersedar dari lamunanku. Tuba-tiba keluar seorang lelaki yang baru terlintas di fikiranku. Aku taknak ikut cadangan Hani untuk mintak cerai. Walaupun aku dan dia tak saling mencintai tetapi aku sayang dengan perkahwinan yang tercipta.

"Oi yang kau duduk luar lagi kenapa? Masuklah cepat. Hujan kat luar tu, nanti kau demam."-Laung Fattah dari dalam kereta.

Aku menjarakkan diri dari kereta milik Fattah. Di bawah rintihan bumi yang mengalir sebab sudah dirosakkan dengan tangan-tangan manusia makin lebat menghujani aku yang sudah sedia kesejukan.

Makin jauh aku menjarakkan diri makin kecil pandanganku terhadap kereta milik Fattah. Tetapi mataku dapat tangkap kelibat Fattah yang keluar dari kereta tempat duduk pemandu. Terbit rasa bahgia di hati.

"Am!!"

"Am!!"

Aku masih senyap mendengar panggilan Fattah. Entah kenapa aku rasa bahgia dengan panggilan Fattah diselangi dengan bunyi guruh. Gila aku ni,kena sampuk aura negatif Fatt.

"Am!!"
"Am!!"

Kali ini aku menyahut berniat untuk tidak mengecilkan hati Fattah.

"Apa???"

"Kau taknak balik ker??"

"Tak nak!!!"

"Tak yah mengada, aku dah sampai nak ambik kau."

Aku hiraukan bebelan Fattah terhadapku. Langkahku yang laju kini beransur perlahan dan berhenti. Pemandangan di hadapan menjadi santapan mata ku. Sungguh indah pemandangan di hadapan menjadi penguat semangatku.

"Kenapa kau taknak balik??"

"Saja. Aku nak ambik pemandangan bandaraya semasa hujan"

Aku lihat Fattah  sudah melabuhkan punggungnya di bonet hadapan kereta miliknya. Lagaknya seperti tidak kisah bermain hujan denganku.

"Kenapa kau taknak balik??"

"Saja"

"Dalam kamus hidup aku tiada perkataan 'saja'"

"Cuba tengok daun pokok  yang kena hujan tu. Walaupun kena ribut taufan atau hujan sekencang-kencang dan gugur tetapi pokoknya sentiasa tunas semula. Diorang start hidup baru dan gugur semula. Berterusan hingga kiamat."

"So??"

Aku hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa. Keudukanku sekarang sudah bertukar tempat. Fattah mengambil tempat di tempat ku tadi dan aku bersandar di pintu tempat penumpang.

Ini membuatkan aku duduk membelakangkan Fatt. Lekuk tubuh dan lehernya menjadi santapan ku pula. Sungguh hatiku makin terpaut dengan hatinya. Bukan dengan sikap nya yang tidak seperti suami lain.

Sedang leka mengamati leher dan wajahnya di sisi keluar satu suara.

"Aku..nak minta maaf pasal hal malam hari tu." -utaranya tetapi masih dalam keadaan yang sama membelakangkan aku.

"Sudah." -satu perkataan yang mampu memberikan kefahaman yang jitu kepada Fattah. Aku meninggalkan Fattah selepas memberi satu jawapan yang aku anggap sungguh cerdik.

"Kejap."

Kaki ku berhenti melangkah dan berusaha untuk melepaskan pergelanganku terhadap Fattah. Akhirnya.

"Aku taknak balik lagi. Tapi kalau nak balik silakan, aku nak pergi bahagian seberang."

Ucapku petah. Masih takut sebenarnya. Tempat yang kutuju berteman langkah kakinya. Kalau boleh aku nak makin jauh dengannya. Aku .  .  .  .  .

"Aku tahu kau taknak bahaskan perihal ni. Tapi, selagi aku belum dapat kata putus dari kau selagi itu aku belum reda. Selagi itu rasa bersalah aku
menguasai..."

Pang

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku sudah menamparnya. Memang Hani cakap dalam perkahwinan tiada istilah rogol tapi. . . .

Aku terus menerus menampar pipi kanannya kemudian kirinya agar puas. Dada bidangnya menjadi mangsa tikaman kayu-kayu kecil yang aku kutip semasa melihat pemandangan tadi. Kesian dadanya menerima tumbukan yang bertalu-talu dari ku. Aku melepaskan segala-galanya.

Kau kahwin dengan Fattah untuk selamatkan aku kan? Kau kena bahgia Am..atau...
kau cerai jer dengan Fattah.

Berkali-kali suara itu di pendengaran ku. Kepala ku digelengkan berkali-kali. Aku bahagia dengan Fattah dan aku taknak cerai tetapi dia dah merogol aku. Aku taknak. Kepala ku terus digelengkan. Tangan Fattah menyentuh kepala ku bertujuan menenangkan aku tetapi aku masih menggeleng kemudian pandangan ku gelap dan kelam.

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now