38/ *Jujur*

4.1K 33 0
                                    

Am pov

Pagi ini aku bangun tidur seperti biasa malah sedikit awal dari sebelumnya. Aku kena kuat dan tabah untuk mendengar jawapan daripada Fattah.

Penggera telefon bimbitku sudah berbunyi ketika jam 6pagi. Bayang suamiku dicari terlebih dahulu agar tidak lewat untuk menunaikan solat subuh.

"Fatt, Fatt,"-panggilku berkali-kali sambil menggoncang sedikit tubuh Fattah.

"Yer??"

"Bangun, solat subuh. Nanti terlewat pergi kerja."

Fattah sudah bangun dari pembaringan tetapi masih belum bergerak ke bilik air.

Aku mengambil wudu' terlebih dahulu untuk menunaikan salah satu rukun islam itu. Kemudian turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Aku kena kuat dan sembuh dari demam ni. Sudah seminggu aku demam. Hari ini aku terasa segar dan sedikit bertenaga. Abah sudah pulang malam semalam. Fatt hantar abah ke stesen bas malam tadi. Mungkin terlalu penat menyebabkan dia masih berat untuk membuka mata.

😴😴😴😴

"Ummi, mata Mai terasa berat. Mungkin kesan daripada ubat Mai agaknya. Kalau ummi sudah mahu tidur, tidurlah. Tidak perlu tunggu Abang Fatt, dia ada kunci. "

"Takpe. Mai berehat dulu ye. Ummi nak layan drama ni dulu sampai habis."

Aku hanya mengangguk. Kakiku diatur tertib menuju keanak tangga. Pintu bilik pantas dikuak. Sofa yang menggoda terus menerus memanggil namaku. Mata yang mengantuk sudah tidak mampu ditahan. Akhirnya, aku tertidur dalam diriku masih belum dalam posisi yang sesuai untuk melelapkan mata.

"Fattah...please stop."

"Shhh diam. Jangan menangis. Tak sakit...janji.shh" Fattah memujuķķu.

"Fattah...please stop. "

Akhirnya, mata aku terbuka dan terlepas satu beban yang membebani fikiran aku. Jam didinding dikerling sekilas. Sudah menunjukkan pukul 2pagi. Katil masih belum terusik menandakan Fattah masih belum menjejakkan kaki ke bilik.

Aku sudah berura-ura untuk mengubah tempat tidurku agar lebih selesa di atas katil tetapi telingaku dapat mengagak suara Fattah semakin dekat. Tindakan yang drastik aku ambil untuk kembali dengan pembaringan aku sebelum ini diatas sofa dan berpura-pura tidur. Aku tidak mahu dia menganggap aku sedang risaukan dia dan menunggu kepulangan dirinya.

😴😴😴😴😴

Fatt pov.

Pintu bilik dikuak perlahan agar isterinya tidak terjaga dari tidurnya. Berdasarkan kata-kata ibu mertuanya tadi yang masih belum tidur menonton siaran bolywood menunjukkan Am sudah lama tertidur di sofa.

Kakiku diturutkan menuju ke sofa dan bersimpuh diatas lantai. Tanganku juga perlahan-lahan mengusap lembut kening milik Am. Betullah kata orang tua-tua dulu jangan terlalu benci nanti jadi suka. Dari awal lagi aku tak pernah benci dengan Ain Maisarah. Dari awal lagi aku tak pernah tetapkan diri aku untuk mencintai Ain Maisarah. Tetapi semakin aku mengenali diri Ain Maisarah semakin aku berasa bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk bertaubat.

Kelihatan hidung Am seperti bergerak-gerak. Aku pantas menjarakkan diriku daripada Am. Aku takut dia menyedari aku menilik wajah ayu miliknya. Setelah jauh aku melarikan diri kedalam bilik air aku mengintai di celah-celah pintu.

Dia sudah mengubah posisi pembaringan. Setelah pasti dia sudah kembali ke alam mimpi aku seperti bertanggungjawab untuk memindahkan isteriku ke katil.

MY LOVELY GAYWhere stories live. Discover now