Bab 9

4.9K 111 0
                                    

Hairi memberhentikan kereta di pintu masuk Quake. Sebaik saja kami turun dari kereta, Hairi menyerahkan kunci kereta kepada valet service untuk memarkir kereta. Aku dan Hairi berjalan ke arah pintu masuk. Dari luar aku sudah boleh mendengar dentuman bunyi muzik yang kuat. Aku sudah tersenyum sendiri. Tak sabar rasanya hendak menari di dalam nanti.

Aku dan Hairi tidak terus menari sebaik saja menjejakkan kaki di Quake. Sementara mengambil mood, kami sama-sama duduk di bar terlebih dahulu. Dua gelas air berkarbonat kami pesan untuk membasahkan tekak. Apabila DJ mula memutarkan lagu yang baru, aku menarik tangan Hairi, mengajak dia untuk ke lantai menari.

Lama kami menari bersama. Fikiran aku terasa kosong dan lapang tanpa memikirkan apa-apa. Sesekali ketawa aku lepas apabila sempat Hairi membuat lawak di dalam bunyi muzik yang kuat. Apabila terasa penatnya menari, aku mencuit bahu Hairi dan menunjukkan ke arah tempat duduk kami tadi. Menandakan aku ingin berehat.

Duduk di kerusi, mata aku memerhatikan Hairi yang ligat menari. Sesekali dia bertukar pasangan dengan orang lain. Aku menggeleng perlahan. Mujurlah aku bukan jenis yang cepat melatah. Cuba kalau dia? Pantang ada orang lain usik aku, mesti dia angin. Tambah pula apabila orang yang sahamnya lebih sedikit daripada dia. Lagi cepat dia naik angin. Siapa aje orang tu kalau bukan Putera Danial? Heh.

Aku berpusing memandang ke arah pelayan bar yang ligat menyediakan minuman pelanggan. Tangan mencapai gelas minuman. Dengan tenang aku bawakan ia ke mulut. Sesekali kepala aku goyangkan perlahan mengikut rentak muzik. Nikmatnya dunia...

"Hrm... Kamu tak cemburu ke boyfriend kamu menari dengan gadis lain?"

Mendengarkan suara garau itu menyapa gegendang telinga, aku menghela nafas perlahan. Putera Danial sudah mengambil tempat di sebelah aku dengan tangan memegang gelas berisi minuman. Aku mengecilkan mata. Cuba memastikan warna minumannya itu. Merah ke tu? Takkanlah wain merah? Putera ni ambil alkohol? Aku tersenyum sinis. Tolak satu mata daripada aku. Sekalipun aku dengan Hairi selalu ke sini, belum pernah lagi kami sentuh, minum air macam tu.

"Why? You want some?" soalnya tanpa rasa bersalah.

Aku mencebik sebelum menggeleng. Kemudian aku kembali fokus dengan minuman aku. Tidak mahu lagi menghiraukan kehadiran Putera Danial. Namun begitu, tindakan aku tidak mengikut kehendak hati aku. Mata aku tetap menjeling-jeling ke arah Putera Danial yang relaks menyandarkan badannya ke kaunter dengan mata memerhatikan orang ramai sambil menghabiskan minuman di dalam gelasnya. Apabila gelasnya kosong, dia meminta lagi segelas daripada pelayan bar yang terdekat.

"Strawberry soda?" soal pelayan itu, meminta kepastian.

Putera Danial mengangguk manakala aku tergamam. Strawberry soda? Aku tergeleng perlahan. Tak sangka rupa-rupanya putera seorang ni suka sangat dengan rasa strawberi.

"Favourite tuanku, ya? Strawberi?"

Putera Danial memandang aku apabila mendengar aku bersuara. Bibirnya tersenyum dan kepalanya dianggukkan perlahan.

"Masa tuanku paksa saya ikut tuanku, tuanku offer saya air strawberi juga, kan?" tanya aku lagi.

"Hrm... Nampaknya kamu sudah mula memerhatikan kami, dan menilai diri kami, ya?"

Berubah terus air muka aku apabila ditegur sebegitu. Malu aku jadinya. Seolah-olah setiap apa yang dia lakukan, aku perhatikan segala-galanya.

"Tak ada maknanyalah!" balas aku laju.

Putera Danial ketawa. Daripada perlahan menjadi kuat. Mujurlah bunyi muzik yang berdentum membuatkan orang sekeliling tak ambil pusing.

"Kami mencari kamu tadi. Kami ingat nak ajak kamu keluar. Tapi, rupa-rupanya kamu dah ada date."

Oh, My Prince!Where stories live. Discover now