Bab 10

4.8K 114 0
                                    

Aku masih lagi baring di atas katil sewaktu jam menunjukkan pukul sebelas. Hujung-hujung minggu macam ni aku paling malas nak bangun awal. Hairi pun dah faham sangat dengan perangai aku. Jadi, tak adalah dia sibuk-sibuk hendak mengajak aku keluar pada sebelah pagi.

Tengah aku sedap bergolek, telefon kedua aku tiba-tiba berbunyi. Terbuka luas mata aku dibuatnya. Aku melompat turun dari katil lalu berlari pantas mendapatkan telefon di atas meja. Bibir sedikit tersenyum apabila melihatkan nombor rumah yang memanggil.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Hani bila cuti?" Serius suara Abang Hadi menyoal.

Aku sedikit terasa hati. Tidak pernah dia bertanyakan khabar aku di sini. Sabarlah Adele, bukankah dahulu kau juga yang berkeras nak belajar di universiti? Ayah dengan Abang Hadi sudah menentang keras-keras dulu.

"Minggu depan. Kenapa Abang Hadi?"

"Hani balik cuti kali ni. Ada benda yang nak diuruskan."

"Okey..."

"Hani tengah buat apa ni?"

Perasaan aku sedikit terpujuk apabila Abang Hadi menyoal begitu.

"Tak ada apa. Hani baru bangun tidur. Hujung minggu macam ni banyak di bilik aje."

"Baru bangun? Sembahyang subuh tak tadi?" Nada Abang Hadi bertukar garang.

"Hrm..." balas aku malas.

"Duduk sana seorang diri tu, jangan nak buat pelik-pelik pula. Kalau Abang Hadi tahu, tahulah apa Abang Hadi akan buat."

Aku menggeleng perlahan. Bibir menarik senyum sinis. Bukan ke masa aku berdegil mahu ke sini, Abang Hadi dengan ayah dah kata tak akan ambil tahu langsung pasal aku? Segala masalah, makan pakai aku semua aku kena uruskan sendiri.

Sejak berkawan dengan Hairi, Hairilah yang banyak membantu aku. Cuma bab duit, aku tak pernah meminta. Dan apa yang buat aku hormat kepada Hairi adalah apabila dia sendiri tidak sibuk bertanya lebih-lebih tentang keluarga aku apabila aku katakan aku tidak suka bercerita tentang keluarga aku.

Abang Hadi menamatkan talian tidak lama kemudian apabila tiada apa lagi untuk dikatakan. Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Kemudian langsir bilik aku buka. Cahaya matahari masuk menyinari seluruh bilik. Aku menutup suis lampu sebelum duduk di atas kerusi di meja belajar. Badan aku sandarkan di kerusi manakala kedua-dua belah kaki aku angkat dan letakkan di atas meja. Nafas dihela perlahan.

Berbual dengan Abang Hadi sebentar tadi sedikit sebanyak menyebabkan emosi aku terganggu. Teringat perjalanan hidup aku sejak kecil sehinggalah dewasa. Membesar dengan ayah dan abang-abang yang kurang memberikan perhatian kepada aku. Semua itu cukup menyakitkan. Tatkala satu per satu perkara yang berlaku dalam hidup aku terlayar di ruang mata, air mata aku menitis. Dan aku hanya membiarkan pipi aku dicemari air mata. Aku benci dengan hidup aku sebagai seorang Hani!

Aku betul-betul menghabiskan satu hari di dalam bilik. Ada juga Hairi mesej ajak keluar sekali sebab mama dia ajak pergi membeli-belah. Tapi aku yang menolak kerana malas. Akhirnya aku memesan Nori's Pizza untuk makan tengah hari tadi dan menghabiskan masa dengan mengemas bilik, membasuh baju dan yang sewaktu dengannya. Masa aku selesai dengan tugasan mengemas, jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang.

Aku meluruskan badan di atas katil. Bosannya! Tak tahu apa yang patut dibuat untuk menghabiskan hari ni. Pada saat mata aku terpandangkan pakaian sukan aku yang tergantung di dalam almari, aku mendapat satu idea. Menarik juga kalau pergi joging dekat Taman Tasik Nona petang-petang macam ni. Aku bingkas bangun dan mendapatkan telefon. Ingin mengajak Hairi sekali kalau dia nak. Kalau dia tak nak pun tak jadi masalah.

Oh, My Prince!Where stories live. Discover now